SENARAI FILEM SERAM TERBARU YANG SEDANG DI TAYANGKAN DI PAWAGAM

Filem seram memang antara genre yang ramai juga peminatnya. Sehingga ni kini rasanya filem seram masih mendapat sambutan. Walaupun lambakkan filem sains fiksyen yang lebih urban & nampak berteknologi sains yang tinggi tapi filem seram masih bertahan. Malah semakin banyak filem seram di keluarkan setiap tahun. Membuktikan filem seram adalah filem yang menjadi pilihan penonton

Bagi peminat filem bergenre Horror mesti teruja kan nak tahu filem apa yang sedang di tayangkan di pawagam sekarang. Antara filem seram yang sedang di tayangkan di pawagam Bulan oktober ni adalah..

Always Be With You

Merana daripada penyakit berbahaya, David hilang kawalan keretanya selepas memandu dalam keadaan mabuk. Pasangan suami isteri Sam dan Ah Si bernasib baik apabila berjaya mengelak kemalangan itu, tetapi Patrick bernasib malang apabila terbunuh dalam kemalangan itu. Secara kebetulan, Xiao Hung yang bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan terhempas pada kereta Patrick. Jimmy yang mahu melihat lokasi kemalangan kemudian telah dilanggar oleh sebuah trak. Selepas insiden itu, mereka yang terselamat mendapati diri mereka berdepan dengan kejadian-kejadian pelik dan menakutkan.

Bahasa: Kantonis
Sarikata: Inggeris / Melayu
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Louis Koo, Julian Cheung, Charlene Choi, Charmaine Sheh, Gordon Lam
Pengarah: Herman Yau
Format: 2D

Haunted Hotel

Ketika bercuti di Malaysia, seorang pelancong China bersama rakannya mahu pergi ke Genting Highlands. Bagaimanapun, berikutan kekeliruan, mereka menginap di salah sebuah hotel paling berhantu di Asia. Selepas menyedari situasi seram mereka, mereka bersetuju untuk meninggalkan tempat itu, namun ia tidak semudah yang disangka.

Bahasa: Mandarin
Sarikata: Inggeris / Melayu / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2017
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 32 Minit
Pengedar: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Pelakon: Sushar Manaying, Azman Hassan, Teddy Chin, Alvin Chong, Li Chuan
Pengarah: Ryon Lee
Format: 2D

Flatliners

Sekumpulan pelajar perubatan telah melakukan eksperimen tentang pengalaman `hampir mati` yang membabitkan tragedi lampau. Eksperimen itu kemudian telah menyebabkan nyawa mereka terancam.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Inggeris / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Oktober 2017
Genre: Drama / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, Kiersey Clemons
Pengarah: Niels Arden Oplev
Format: 2D, 2D D-BOX

Happy Death Day

Seorang wanita bernama Tree Gelbman mendapati dirinya mengulangi hari yang sama setiap hari, iaitu hari jadinya. Dalam setiap pengulangan, dia perlu merungkai siapa yang cuba membunuhnya dan mengapa.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2017
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine
Pengarah: Christopher Landon
Format: 2D

Escape Room

Untuk sambutan ulang tahun ke-30 Tyler, kekasihnya telah menempah tempat untuk mereka di Escape Room, di mana mereka dan tetamu mereka akan dikunci bersama dalam sebuah bilik dan mempunyai masa sejam untuk bekerjasama menyelesaikan teka-teki untuk keluar. Setiap teka-teki semakin sukar. Teka-teki juga semakin berbahaya dan bilik itu mula mengambil nyawa mereka seorang demi seorang. Mereka kini perlu bermain untuk terus hidup dan masa semakin suntuk.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2017
Genre: Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Evan Williams, Annabelle Stephenson, Elisabeth Hower, Billy Flynn
Pengarah: Will Wernick
Format: 2D

The Crucifixion

Susulan berita seorang paderi dipenjara kerana membunuh seorang rahib, wartawan penyiasatan Nicole Rawlins nekad untuk merungkai kebenaran. Walaupun disabitkan salah, namun paderi itu tetap dengan pendiriannya tidak bersalah dan berkata rahib itu mati ketika dia melakukan ritual pengusiran hantu. Kejadian aneh mula berlaku selepas Nicole bertemu dengannya, membuatkan mereka percaya paderi itu sudah kalah dalam pertarungan dengan syaitan.

Bahasa: Inggeris
Sarikata: Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2017
Genre: Seram / Misteri / Ngeri
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Sophie Cookson, Corneliu Ulici, Brittany Ashworth
Pengarah: Xavier Gens
Format: 2D

Jadi kalau tak tahu nak tengok filem apa boleh survey dulu sebelum beli tiket.

FILEM SERAM TERBARU THE DOLL 2 BAKAL MENGHANTUI ANDA

Pada peminat filem seram, mesti tertunggu tunggu Filem terbaru The Doll 2 setelah menonton sekuel pertamanya The Doll. Saya antara peminat filem seram juga memang rasa tak sabar nak menonton filem ni. Dari sinopsis yang saya baca ia memang agak menarik untuk di tonton.

Tapi jangan silap OK.. Ni bukan filem omputih walau tajuk dia very da omputih katanya. Ni filem dari negara jiran kita Indonesia ok! Kita sedia maklum, Indonesia antara negara yang agak popular dengan filem seram sejak dulu lagi. Antara filem yang menjadi lagenda sampai sekarang adalah filem Sundel Bolong. Sampai sekarang Filem Sundel bolong masih ada penggemarnya & masih di rasai seramnya setiap kali di tonton.

The Doll 2 adalah filem dari Indonesia yang akan di tayangkan di pawagam bermula 27 Julai 2017, aitu bermula esok. Jadi pada peminat filem seram boleh la book siap siap tiket wayang tu.

Filem ni di bintangi oleh pelakon – pelakon hebat & terkenal indonesia seperti Luna Maya, Herjunot Ali, Sara Wijayanto, Rydhen Afexi, Maria Sabta, Mega Caferansa. Penulis asal filem ni adalah Riheam Junianti, Fajar Umbara & di arahkan oleh Rocky Soraya.

Sebelum menonton korang boleh baca dulu sinopsis filem ni supaya menepati citarasa anda.

Filem seram Indonesia berjudul “The Doll 2” ini merupakan filem yang mengisahkan tentang sebuah keluarga bahagia antara Maira (Luna Maya) dan Aldo (Herjunot Ali) bersama-sama dengan anak perempuan mereka Kayla yang masih kecil dan juga Yani, pembantu rumah tangga mereka.

Pada suatu hari berlaku satu kemalangan tragis sehingga meragut nyawa Kayla dan kebahagiaan keluarga mereka. Sejak peristiwa itu, Maira berubah menjadi murung dan Aldopulak  sibuk dengan kerjanya. Selepas 6 bulan sejak kejadian tersebut, bila tiba hari ulang tahun Kayla, Maira merasakan satu perkara yang ganjil dan merasa bahawa Kayla seolah olah masih ada bersama mereka.

Berlaku kejadian-kejadian aneh dan ganjil seperti suara pintu yang terbuka di malam hari, televisyen yang menyala sendiri dan suara kanak-kanak kecil yang sering memanggil Maira, serta boneka Sabrina milik Kayla sering berubah tempat dengan sendirinya tanpa disedari.

Lalu Maira menceritakan hal tersebut kepada sahabatnya Elsa, akhirnya Elsa menyarankan Maira untuk cuba berkomunikasi dengan Kayla dengan menggunakan perantaraan boneka dan benda kesayangan milik Kayla semasa hidup dulu. Selepas peristiwa itu juga, Maira menjadi semakin terganggu dan yakin bahawa Kayla yang mengganggunya dan Maira yang menceritakan kejadian tersebut kepada Aldo, tapi Aldo tidak mempercayainya.

Maira yakin bahawa roh Kayla berada di dalam boneka Sabrina dan ingin menyampaikan mesej kepada Maira dan akhirnya Maira terpaksa meminta bantuan dari Bu Laras dan Bagas, seorang pengamal paranormal untuk menangani masalah gangguan yang di alaminya sejak beberapa tahun yang lalu. Bu Laras memberitahu bahawa kejadian itu akan jadi lebih buruk dari yang sebelumnya dan Maira harus bersedia untuk menghadapi segala kejadian dan akibat yang bakal berlaku.

Anda boleh menonton trailer filem ni di SINI

So kalau korang memang peminat filem seram tegar macam saya.. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ni ok! Kena tonton dulu baru boleh buat ulasan samada seram ke tidak. Best ke tidak.. ye dok!! Semoga hidup anda tidak di selubungi misteri lepas menonton filem ni…