Perjalanan Ke Pulau Pangkor ( Gambar sekitar di jeti dan feri)

Perjalanan ke Pulau Pangkor yang tidak di rancang sangat pun. Belasah je pergi .. kebetulan En Kay bercuti dengan agak panjang , jadi bawa la anak-anak berjalan tengok dan cuba hidup dengan suasana lain. Sesetengah orang kata Pulau Pangkor tak best. Tetapi untuk saya , orang yang sukakan alam ni saya suka.

Cemburu betul dengan orang tempatan yang di lahirkan di Pulau Pangkor ini. Kita ni kena keluar duit untuk merasai hidup di pualu.  Sedikit gambar untuk tatapan pembaca semua. Maaf laaaaa .. mood update blog ni kadang-kadang ada kadang-kadang hilang.

2013-03-26 16.19.08

Gerak dari Taiping Perak ke Jeti Lumut. Saya drive sebab Kay tengah kebas mulut nak cabut gigi tapi tak jadi. Fuhyoo ~ baru 2 kali Kay benarkan bini dia drive jauh-jauh. Seronok…

Sampai je tempat letak kereta sementara tu , dan ada ejen hotel dan kereta sewa. Jadi untuk orang yang tak merancang macam saya boleh je terjah ke sana terus. Tetapi ada benda akan tidak suka nanti. Baiklah merancang.. #pengalaman.

Saya tidak sewa tempat letak kereta kerana ada adik yang tinggal di Lumut jadi kami serahkan kereta kepada adik saja . Lebih selamat dan jimat.

Di Pulau Pangkor kami sewa kereta RM80 Sehari. Jadi tinggal di sana 3 Hari 2 Malam. Sewa pun jadi 3 hari la. Tambang Feri RM10 Seorang.

2013-03-26 16.18.40

Tengok ada 4 budak kecil kan ? Anak saya yang bertiga tu .. budak kecik di depan anak saudara .. baru 1 tahun 7 bulan dah kena culik dek kami. Selambaaaaa … je dia ikut langsung tak ingat mak pak dia.

2013-03-26 16.22.14

Dalam perjalanan nak naik Feri. Semua teruja sakan. Masing-masing pandang tepi ke arah laut. Macam nak terjun waktu tu jugak tu ..

2013-03-26 16.25.05

Dalam feri dah …. jeng jeng ..

2013-03-26 16.36.54

Pemandangan jeti di dalam Feri

2013-03-26 16.37.14

Kapal minyak ..

2013-03-26 16.38.46

Kay dan Iman.. ¬†sayang .. sayang .. sayang ….

2013-03-26 16.43.35

Tengok ombak ..

2013-03-26 16.54.23

Nampak tak ? nampak tak apa yang saya nampak ..

2013-03-26 16.54.14

Ini Feri ke Marina .. lawa sikit dari Feri ke Pulau Pangkor.

2013-03-26 16.54.01

Pangkalan TLDM

2013-03-26 16.51.55

Tengok kapal TLDM dengan tempat parking nya … suka sungguh Kay ..

2013-03-26 16.50.00

Habis dah gambar-gambar di dalam Feri .. Last baru ada Ibunya .. biasa lah kalau dah saya tukang pegang kamera kan .. Muka hilang keserian. Hitam dan kusam. Perut buncit. Ha ha .. apa kah tandanya ? Jeng jeng jeng lagi!

Nanti akan update entri pangkor yang lain dengan penerangan penuh. Sabar ye ~

Pemandangan Di Peneng Port : Pangkalan Sultan Abdul Halim

Salam & Hai pembaca semua , ini entri ke dua di bawah kategori percutian saya ke peneng , sekadang nak berkongsi gambar-gambar kenangan ketika berada di dalam Feri di Pangkalan Sultan Abdul Halim, sangat cantik ciptaan Tuhan. Cantik kan , kalau lah ada camera DSLR …. berangan sudah. Jom layan gambar lah ye.

Pangkalan Sultan Abdul Halim
Pangkalan Sultan Abdul Halim

Tahu tak Pangkalan Sultan Abdul Halim pernah mengalami kemalangan ? Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia. Ia berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana panik itu menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.
Laluan kanan jambatan terminal masih boleh digunakan. Pengguna lain pula beralih kepada Jambatan Pulau Pinang yang jauh dan lebih cekap. – wikipedia

Sejarah lama , kini tidak lagi , nampaknya Pangkalan tersebut sudah pun ada perkhidmatan yang lebih cekap. Read More

Jabatan Pulau Pinang

Bercuti ke Batu Feringgi Peneng

Salam & Hai semua , saya dah lama berjanji nak upkan entri bercuti di Batu Feringgi tu kan , tapi malangnya banyak betul benda-benda lain yang tak di rancang mendatang dan terpaksa tangguhkan post pasal percutian saya itu. Sebab satu lagi , saya masih fikirkan bagaimana nak update pasal percutian ini , ye lah walaupun hanya 4 hari saya pulang kekampung dan bercuti ke Batu Feringgi , tapi banyak kisah dan tempat yang sempat saya lawati.

Jabatan Pulau Pinang
Pemandangan sebelum sampai ke peneng port

Read More