FENOMENA TAIP ‘SELAMAT’ KELUAR BELON DI FACEBOOK

Pagi pagi lagi penuh status di facebook bercakap pasal sesuatu yang baru sedang berlaku. Bagus kat pengasas facebook Mark Zuckerberg ni. Ada saja dia nak buat pengguna facebook ceria di pagi hari.

Walaupun benda nampak ni simple & tak ada apa keuntungan sangat pun setakat masing – masing mencuba taip perkataan ‘Selamat’ & akan keluar belon sementara perkataan tu akan di bold & berwarna jingga tapi benda tu at least menghiburkan. Sedikit sebanyak menjadi terapi untuk kecerian.

Bagi yang nak mencuba fenomena baru kat facebook hari ni boleh la try taip di wall atau komen dengan perkataan ‘Selamat’ & akan berlaku seperti yang saya katakan tadi.

Tapi untuk pengguna FB lite tiada fungsi ni. Kalau taip pun dia akan keluar paparan macam biasa. Cuma untuk mereka yang menggunakan facebook full version atau web version sahaja.

Semoga permulaan hari anda yang cerita dengan belon yang berterbangan mampu memberi mood yang baik untuk anda sepanjang hari ini