UBAT GENERIK DAN INNOVATOR : ANTARA MITOS DAN FAKTA

Assalamualaikum semua.. ha. Ni saya nak cerita sikit tentang ubat.. semua kalau sakit mesti cari ubat kan? Tak pun pergi klinik nak jumpa doctor untuk dapatkan ubat. Ubat ni merupakan bahan kimia yang digunakan dalam rawatan, pencegahan dan diagnosis penyakit. Pada kebiasaannya ubat boleh didapati daripada klinik, kedai farmasi dan pasaraya. Kalau ubat digunakan seperti yang diarahkan, ini sudah tentu dapat merawat atau mengawal penyakit anda. Sebelum anda makan ubat, kena pastikan ubat tu untuk apa. Jangan main makan je sebab ubat mungkin mempunyai warna dan bentuk yang sama tetapi kegunaan dan indikasi yang berbeza. Tahukah anda bahawa terdapat dua…

Continue reading

Fakta Mengenai Twitter – I Like Twitter

Ronda-ronda blog tadi , terjumpa satu blog isu hangat nih ..best jugak fakta tentang twitter nak jugak tahu kan kaedah kewujudan twitter..so meh kita kongsi 10 fakta mengenai twitter dan gambar owner twitter . korang ada twitter ? apa lagi add ler puanbeedotcom di twitter ehehe:)

twitter
Fakta kredit to : blog isu hangat

1—Orang pertama yang memiliki akaun di Twitter

owner twitter picture | Gambar owner twitter

Jack Dorsey adalah orang yang pertama memiliki akaun Twitter kerana dialah pembuat dan pembangun Twitter. Jack juga orang pertama yang melakukan tweet di Twitter.

2—Pendapatan Twitter

Twitter dibangunkan pada tahun 2006 dan telah menjadi raksasa dalam jejaring sosial. Mungkin kita akan menyangka pendapatannya akan sama / atau lebih kurang Facebook yang mencapai billion dollar, tapi sesungguhnya dalam 3 tahun pertama semenjak dibagunkan Twitter tidak pernah mendapatkan keuntungan satu sen pun.

3—Frekuensi orang melakukan Tweet

Berapa banyak tweet yang melayang di Internet dalam sesaat ? Jumlahnya ialah sebanyak 750 tweet dalam sesaat.

4—Tema Tweet yang paling banyak

Isi / tema dari tweet yang paling banyak digunakan adalah kejadian sehari-hari dan adalah tidak penting. Contohnya; “Sedang lunch di xyz”, “sedang layan blog isu hangat ” jumlahnya cukup besar iaitu lebih kurang 40%.

5—Nama asli Twitter

Nama Twitter yang digunakan selarang bukanlah nama aslinya, tapi tetap berkaitan dengan nama yang dipakai sekarang. Nama awal twitter adalah “TWTTR”. Nama itu dipilih dari fakta bahawa di Amerika penggunaan kod singkatan adalah sebanyak 5 karakter.

6—Hari pertama Twitter Online

Tentu saja hari pertama Twitter online berkaitan erat dengan seseorang yang spesial dalam organisasi tersebut. Versi beta dari Twitter pertama kali online bersamaan dengan hari ulang tahun CEO Twitter Even Williams.

7—Laki-laki atau Perempuan

Lelaki lebih mudah bersosial dibandingkan perempuan namun perempuan lebih banyak ber’kicau’dari kebanyakan lelaki. Pengguna Twitter perempuan menyumbang lebih dari 55% twitter di sementara pengguna Twitter lelai hanya menyumbang sekitar 45%.

8—Penggunaan Twitter

Anda akan terkejut bila mengetahui bahawa traffic terbesar penggunaan Twitter bukanlah dari laman utama Twitter.com, melainkan dari applikasi pihak ketiga seperti tweetdeck, ubertwitter, seesmic, dll yang menyumbang sebanyak 75 % dari keseluruhan traffic twitter.

9—Bila Twitter adalah sebuah Negara

Dengan lebih dari 105,779,710 pengguna Twitter yang berdaftar, apabila Twitter adalah sebuah negara maka akan menjadi negara terbesar ke-12 di dunia dalam jumlah populasi rakyatnya.

10—Kelas sosial masyarakat pengguna Twitter

Berdasarkan kajian kepada pengguna Twitter kebanyakan adalah dari kelas sosial menengah ke atas, dimana sebanyak 30% penggunanya berasal dari keluarga yang mempunyai income $US 100,000 setahun.

Please follow and like us:
200