Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 (Promo)

Drama Seindah Sakura dari novel juga ke ? haha persoalan biasa , sebab banyak sangat drama di petik dari novel. Rasanya drama senindah sakura ni juga dari novel sebab ada kan novel seindah sakura , saya baru tengok di karangkraft. Ok kenapa saya suka drama ni ? satu … sebab saya suka Zul Huzaimy .. saya dari dulu mula-mula Zul belakon saya dah suka sangat cara beliau berlakon , lepas tu terjumpa sekali di shopping mall , si kakak melambai2 kat dia , Zul tak sombong dan lambai semula , so saya yakin saya memang suka cara dan perwatakan Zul Huzaimy oleh itu saya sokong hasil kerja beliau.

Update 9/3 : Drama ini masih belum di keluarkan bagi mengantikan drama ATAS NAMA CINTA , sebaliknya drama CINTA BUAT EMELDA akan menenmui penonton selepas drama ATAS NAMA CINTA . Harap maaf atas info salah ini :) mungkin ada sebab lain kenapa drama ini tidak di keluarkan sekarang :)

seindah sakura slot akasia tv3

Tajuk : Seindah Sakura Arahan : Zul Huzaimy Pelakon : Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah Produksi : Temenggung Pictures Sdn Bhd Lokasi penggambaran : Kuantan Pahang dan Kota Paris,masih dalam penggambaran di pahang dan selepas itu di paris..

seindah sakura fasha sanda dan fahrin ahmad

Walaupun tak lah minat sangat Fasha Sanda , tapi Fasha Sanda memang berbakat dalam lakonan , saya suka juga tengok Fasha ni belakon , tengok dari gambar ni , hurmm memang nampak macam best je lah.

seindah sakura arahan zul huzaimy

Apa nama adik ni tah , terlupa pula ..tapi adik ni pun pandai berlakon .. hahah saja selitkan gambar si Zul Huzaimy ni .. ok jom tengok video promo seindah sakura di bawah ni pulak.

Rasanya drama seindah sakura ni akan di tayangkan selepas drama Atas Nama Cinta tu habis , lama lagi tu … Atas Nama Cinta ni agak macam tak berapa best jek.. bosan nak layan , tapi mungkin kerana masih baru kan .Tunggu episod kemuncak lah baru boleh nilah.

p/s : bila nak keluar drama yang canggih sikit ala-ala Supernatural tu ke ?

Search

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: