Apa akan jadi pada akaun facebook jika kita mati ?

Apa akan jadi pada akaun facebook jika kita mati ? Pernah terfikir tak ? saya sendiri merasa takut dan gusar , walaupun rasanya gambar dalam facebook menutup aurat , jarang mengumpat tapi ye lah tetap takut. Sejak akhir-akhir ni teringat benda pelik – pelik aje .. jadi saya pun google lah. Ada satu blog tulis tentang Security Settings di facebook yang membolehkan kita , mengamanahkan facebook kita kepada kawan untuk menguruskan akaun facebook kita , atau ianya di setting supaya , selepas di beri tahu oleh seseorang bahawasanya kita telah pun meninggal dunia , facebook akan menutup akaun dan memadam gambar kita kesemuanya secara kekal.

Anda pilih nak yang mana satu , di timeline saya terdapat banyak gambar anak-anak dan bisnes emas saya. Saya ada menguruskan group kutu emas. Jadi saya pilih untuk seseorang dapat meguruskan akaun saya , tak lain dan tak bukan saya amanahkan suami sayalah ye. Sob sob … mana lah tahu… Ikutkan hati nak pilihan kedua , supaya facebook menutup akaun dan memadam semua gambar saya , tetapi takut ada hutang tak terjelas nanti. Mak kutu makan masa at least 10 bulan.

Bagaimana hendak mengaktifkan fungsi ini ?

  • Buka akaun facebook anda , pergi bahagian ikon bumi dan klik setting , anda akan nampak perkataan security sila klik disitu.

rujuk gambar : ikut step 1 , 2 dan 3

kalau apa2 terjadi

Kemudian pilih pilihan anda , rujuk gambar.

Tips Menjual Barangan Preloved Anda Di Facebook

Facebook , ada kebaikkan ada keburukkan , dah alang-alang menjadi pengguna facebook marilah kita gunakan sebaiknya. Walaupun dah ramai beralih ke instagram. Tetapi masih ramai juga pengguna facebook. PRE-LOVED bermaksud , barang yang kita sayang , masih elok dan cantik tetapi kita dah tak guna , so kita jual murah-murah. Itulah masudnya preloved , berbeza dengan bundle.

preloved item di internet

Baru-baru ini saya terjebak dengan group preloved di facebook. Tak sangka .. masih ramai mendambakan barangan pre-loved. Sesetengah orang berlumba-lumba membeli barangan mengikut jenama , trend. Tetapi sesetengah orang bertindak bijak dengan berlumba-lumba mendapatkan barangan pre-loved dan juga menjual barangan pre-loved sendiri. Jualan saya laris … macam pisang goreng. Saya jual banyak tudung AJ , baju anak-anak semurah RM5 ke RM20. Saya jual beg tangan , saya jual kasut , saya jual pandora .. semua pun laku lah. Allhamdulillah.

Apa beza fanpage dan personal profile ?

Saya percaya semua peniaga online akan mengalami masaalah ini.Setiap kali gambar di upload , akan ada komen . PM .. PM .. PM ..Persoalan nya di sini , admin facebook nak PM apa ? semua detail dah ada pada gambar , code , saiz , harga , dan cara pembelian / penghantaran.Dia masih minta kita PM. Masaalah kedua , admin fanpage facebook memang tak boleh PM sesiapa pun ( PM = PRIVATE MESSAGE ). Dah memang di tetapkan untuk menjaga privasi pengguna.Setiap kali dia minta kita PM…

#CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara online

Sekarang zaman minyak mahal , mesti kena jimat seboleh-boleh nya. Jadi apa sangkut minyak mahal dengan shopping online ? begini .. kalau keluar pergi kedai dah tentu kena naik kenderaan , dah naik kenderaan kena isi minyak sendiri mesti nak makan-makan , mesti nak belanja anak belon 2-3 biji , mesti nak belanja anak kfc , mesti nak belanja tekak sendiri “coffee latte ” betul tak ?

membeli pakaian murah dan secara online
membeli pakaian murah dan secara online