Kempen Mialiana.com Untuk DIGI WWWOW Awards Blogger Of The Year : Tugasan kedua

Salam Bahagia 🙂 Ini adalah sticky post sehingga 20 jun 2011 post tebaru dibawah yer… post ini dibuat untuk kempen mialiana.com dalam pernyertaan beliau dalam DIGI WWWOW Awards untuk kategori Blogger Of The Year .. seronok juga ada aktiviti begini hehe ..tak de lah mengharapkan balasan sangat tapi saja suka2 … moga mialiana berjaya dalam pencalonan ini ..

Jom tengok saya bergambar dengan gift yang telah dihantar oleh mialiana ke depan pintu rumah saya Thanks mia .. sungguh gigih beliau , sesuai lah dengan pencalonan beliau untuk award bloger of the year .. Jika sudi undi mialiana undi DISINI , BELIAU TELAH BERADA DI RANK KE – 3
Read More

Char Kuey Teow Best Di Gombak

Salam Bahagia 🙂

Nak share dengan korang tempat paling best tuk layan char kuew tiaw ..memang sedap lah makan disini , tapi tu lah …saya tahu makan dan order je tak ingat pulak jalan nk kesana dan nama kedai tu haaa mcm mana nk share ni , tp tk pe nanti saya pergi lagi saya ambik detail nya erk…. tapi tau kedai tu area gombak je..

UPDATE : ALAMAT KEDAI NI TAK TAHU , TAPI BERDEKATAN LRT TAMAN MELATI GOMBAK …

Lagi pun ni singgah sebelum kitaorang balik kampung , malam dan gelap tempat tu … memang sedap char kuew tiaw dia ..bayangkan lah kan …tempat gelap tk de lampu ..lampu ada di bahagian order dan masak je..tempat duduk tk de lampu ..gelap dan romantik je gitu ..tapi orang tetap berpusu – pusu mengorder char kuew tiaw ni …

char kuew tiaw gombak
char kuew tiaw gombak

Layan gambar nih sat ..sedapnya nk pergi lagi …oh selama ni kay p makan situ diam2 erk haaa.. tak bawak org rumah kesian puanbee kehkeh mintak simpati kat kay jap ..la nih kay pandai jenguk blog saya dah dulu tk nak langsung …

Paling saya suka tengok betapa pro nya perkerja dia masak char kuew tiaw ni , ada 5 tukang masak … diorang masak open …pastu tk berenti ..sekejap2 tukar tukang masak … dan yang paling saya suka perkerja yang ambik order ..tak berenti mulut dia order dan aturkan ..tukang masak nih masak special , tukang masak tu masak biasa ..

Bab air pulak , diorang dan stanby air dalam gelas separuh2 bila ada yang order je diorang tambah lah air panas atau ketul ais ..memang cekap ..pelanggan ramai kalau diorang tk cekap lambat lah jawabnya ..tapi lambat juga lh memang ramai sangat disitu ..nasi lemak pun ade tp tk try pulak , saya suka char kuew tiaw…

Ada 2 jenis char kuew tiaw . biasa pinggan kecik sikit udang ada 4 ekor , special pinggan besar udang 7 ekor ..adei sedap! sedap! sedap ..tu pun order pinggan kecik kat budak2 ni tak habis … mak ayah lah tukang habiskan dah ler kami order pinggan besar tuk kami ..adoiyaiii…

Layan gambar lah …

char kuew tiaw gombak
char kuew tiaw gombak
char kuew tiaw gombak
char kuew tiaw gombak
char kuew tiaw gombak
char kuew tiaw gombak

memang sedap dan di cadangkan tuk korang try 🙂 lepas makan kitaorang bertolak balik kampung ..saya tidur kekenyangan dalam keta hahah… buruk perangai !!!

Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan ..

Salam Bahagia 🙂

ehee silap tu tajuk tu , sepatutnya Cuti Tambahan Untuk Hari Raya Puasa Dan Hari Kebangsaan dan HARI LAHIR PUANBEE , kehkehkeh …. Tahun ni hari lahir puanbee mungkin jatuh di bulan puasa atau hari raya pertama , kemudian esok nya Hari kebangsaan , kemudian Hari Raya …amboiii bahagia 🙂

Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. – Bernama

Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia

Gambar Majlis Perkahwinan Zed Zaidi

Salam bahagia 🙂 Nak komen klik tajuk yer …

Baru je tengok gambar perkahwinan zed zaidi itu pun ada sekeping je..eh tak de ke orang nak tayang gambar mereka nih teringin jugak nak tengok ! huhuhu , Bagus lah kenai di facebook dan kahwin ramai orang yang cintanya kecundang jika kenal dari laman sosial nih ..apa-apa pun tahniah di ucapkan dan di doakan zed zaidi kekal bahagia sehingga ke akhir hayat bersama isteri …

Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telahpun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.

Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia
Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.

Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

kad jemputan kahwin zed zaidi  yang unik
kad jemputan kahwin zed zaidi yang unik

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.

“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.

Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.

“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.

Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi
Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi

Harap-harap zed zaidi baca nih haha…weekk tak semenggah yer puanbee!

Mengidam Buah Salak …

Ehemmm ngidam lah pulak yer…tak de lah cerita nih dah lama pun , bee mengidam kan buah salak ni semasa ngandungkan si una tu … waktu tu susah jugak nak cari buah salak di taiping , then cari punya cari kebetulan kawan kay ada ladang salak nih…so bee dah lepas ngidam ..now una dah pun 4tahun umurnya …

korang pernah ngidam semasa mengandung cam aku tak ?

buah salak buah tempatan malaysia

Baru-baru nih kawan kay bagi lagi buah salak , setiap kali kawan kay ni balik kampung mesti dia bawak buah salak beri pada kami ..yang best nya bee dah tak makan buah salak , kay pun tak makan , anak2 je makan itu pun kurang depa tak pandai makan sangat ..so kena lah bersedekah ke jiran-jiran..kihkih yang kawan kay ingat se isi rumah nih suka salak …

Pelik jugak masa bee mengandungkan husna tu bukan main nak makan salak 24 jam, asal terbayang je tak boleh tidur asyik teringat salak je manjang hahaaa….

sedikit info buah salak :

Buah Salak (Salacca Edulis) merupakan salah satu buah tropika yang banyak diminati oleh orang Jepang, Amerika, dan Eropa. Buah ini memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi dan dapat dimakan sebagai buah segar mahupun dijadikan sebagai manisan, jeruk, buah kering dsb. Isi buah ini mengandung kalsium, tanin, saponin, dan flavonoida.

cer citer ada lagi tak sesiapa yang mengidam cam bee nih ??

TIPS PENJAGAAN ANAK- Anak tak mahu makan ??

 

Salah satu sebab yang merungsingkan ibu bapa bila si kecil tak mahu makan. Tambahan pula, ada anak yang suka memuntah kan makanan dan hanya menyukai satu jenis makanan atau lebih suka mengambil makanan yang tidak berzat.

gigi

sudah tentu anda bimbang . Bila anak tidak mahu makan , ia menyebab kan tubuhya kurang zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh semasa tumbesaran. Seterusnya,ia boleh menyebabkan anak anda kelihatan tidak bertenaga dan mudah dijangkiti penyakit.
Untuk itu anda seharusnya melatih anak-anak makan dan tahu akan pentingnya makanan berzat untuk kesihatan tubuh.

sebagai permulaan anda harus memulakan dengan menggalakanya mengambil susu, seterusnya disusuli dengan makanan pepejal secara variasi.
Selain soal selera makan, ada faktor menyebabkan mengapa bayi atau kanak-kanak tidak mahu makan salah satunya faktor psikologi.
kebanyakakn ibu bapa suka memaksa anak makan, akibatnya anak akan menganggap waktu makan adalah waktu membosankan.

Oleh itu, usahakan atau cipta suasana yang gembira apabila tiba waktu makan.Biasakan anak secara teratur dan sediakan menu yang sesuai dengan usia dan perkembanganya. Anda harus variasikan menu masakkan dan cara penyajian. Makanan yang memberi kan tarikan visual dan beragam rasa serta bentuk tentu akan buat anak tidak cepat bosan.
Jangan lupa variasi ini juga harus mengutamakan keperluan vitamin dan zat yang diperlukan oleh perkembangan tubuh dan minda anak. Lebih penting adalah baik jika anda memberikan sedikit makanan tetapi berzat daripada memberikan banyak makanan tetapi tidak berzat.
Misalnya anak-anak sekarang lebih menyukai nugget ayam, kentang goreng dan lobak merah.Apa yang perlu anda sediakan ialah variasikan bentuk dan cara hidangan menu tersebut.
Cara lain, anda juga boleh menggunakan peralatan menyjikan makanan yang menarik perhatian anak-anak. Misalnya menggunakan piring atau mangkuk yang berwarna warni dengan gambar-gambar kartun yang disukainya. Ia dengan sendirinya akan menarik minat anak untuk menjamah makanan tersebut. Jangan lupa anda juga perlu mendapatkan pelbagai menu dengan kandungan zat dan vitamin yang peibagai untuk menarik pehatian si manja anda.

Berikut beberapa tip yang boleh di manfaatkan oleh ibu bapa dalam menggalakkan anak makan.
– ibu yang berkerja, luangkan sedikit masa tetapi memanfaatkan masa itu dengan berkualiti untuk menyuapkan anak makan sebab anak memahami kesibukan anda yang berkerja. Oleh itu dia akan makan jika anda yang menyuapnya.

– berikanlah kepuasan psikologi kepada anak sesuai dengan usia dan dalam suasana yang menyenangkan hatinya.sperti makan sambil berjalan -jalan . ini sesuai buat kanak-kanak beusia 6 bulan sehingga 2 tahun.

-Semasa anda pulang dari kerja , perkara pertama anda perlu lakukan adalah menyapa anak, tanya sudah makan ke belum. Jika belum berikannya makanan terlebih dahulu.

-Jangan memaksa anak makn senhingga terpaksa mencubit memukul atau memarahinya. sebab itulah timbul masaalah anak tidak mahu makanan yang berkhasiat, sebaliknya memujuk dan jelaskan kepadanya dulu tentang makanan yang akan anda sediakan dalam menu dahulu dengan harapan, dia beransur-ansur mencuba makanan itu.

-sebaiknya dari usia awal anak , anda menerapkan nilai penghargaan dan hukuman yang positif. Misalnya jika anak mahu makan berilah pujian,pelukkan dan ciuman. kalau tidak mahu makan katakan anda tidak mahu menonton tv bersamanya atau tidak mahu bermain denganya.

-setelah anak mencapai usia 4 hingga 6 bulan mulalah perkenalkan makanan segera yang perlu dibancuh dengan susunya .Jika lebih enam bulan , lebih baik sediakan buburnya sendiri dengan mencampurkan pelbagai sayuran ,kentang, lobak , dan lauk pauk yang disediakan dengan pelbagai variasi rasa . Jika anak anda cirit-birit atau muntah-muntah ubah menu untuk memberi kesesuaian kepadanya.

– Apabila bayi sudah merasai perubahan rasa makan dia mungkin akan memuntahkan makananya anda perlu masukkan semula dengan kuantiti yang dikurangkan dan dicairkan sedikat.

– Dalam kes anak yang mengalami gangguan psikologi akan cuba menyampaikan protesnya dengan cara menyembur atau memuntahkan makanan yang anda suap ia akan dapat di atasi apabila umurnya mencecah tiga tahun.