Niat Puasa Hari Arafah

Tarikh Puasa Sunat Hari Arafah 2016 Di Malaysia

11 September 2016 (Ahad): 9 Zulhijjah 1437H

puasa-arafah
Niat Puasa Hari Arafah
niat-puasa-arafah

Sahabat, bila malam Nisfu Sya’ban?

Sahabat, bila malam Nisfu Sya’ban? Mudahnya macam ni; Sabtu 21/5/2016 adalah 14 Sya’ban. Ahad 22/5/2016 adalah 15 Sya’ban. Jadi malam Nisfu Sya’ban itu ialah Sabtu malam Ahad. Anda faham?Alhamdulillah, bagus. Imam Syafie mengingatkan bahawa malam Nisfu Sya’ban ini adalah antara malam dimaqbulkan doa. Jangan lepaskannya.

masjid

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini :

1. Allah mengampuni dosa-dosa para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam Nisfu Sya’ban ini. Read More

Tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa.

Scroll facebook nampak kawan share tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa. Terus niat nak tulis letak di blog untuk rujukan diri sendiri dan sebarkan kepada lebih ramai ibu bapa. Kalau ada ramai ibu bapa yang baca blog puanbee lah.

Hari ni hari pertama anak yang nombor 3 tu periksa. Tahun 1 kan. Si kakak aliya dan kakak husna tak ada lah terasa apa sangat sebab dah biasa. Padahal si kakak tu nak UPSR tahun 2016 ni. Punya lah mak dia pulun tidur awal. Bangun awal , sekali jalan sesak teruk ya amat. Kenapa tah KL ni. Makin lama makin teruk. Lagi tambah jalan , lagi tambah MRT , LRT , HIGHWAY , TRAFFIC LIGHT lagi teruk sesaknya. Pening dah kepala ni nak drive di KL setiap hari. Rasa nak pindah balik duk taiping.

peperiksaan

Berbalik kepada tips untuk ibu bapa ketika anak menduduki peperiksaan. Benar kan.. doa ibu bapa itu mujarap. Lagi -lagi ibu .. jadi marilah kita doa banyak-banyak. Supaya anak mendapat berkat .. untuk menjawab soalan peperiksaan. Belajar tu dah belajar dah usaha tu dah usaha dah. Tinggal lagi doa je lah dari ibu bapa. Read More

langit , instagram

Waktu-Waktu Doa Mustajab

Waktu-Waktu Doa Mustajab yang mana kebanyakkan orang dah tahu , saya petik dari Facebook seorang kawan ,jika hendak berdoa untuk sesuatu lakukan bersungguh-sungguh , tak kira masa … tetapi jika dah tahu waktu mustajab , apa lagi … usahakan agar doa kita di terima ALLAH S.A.W kan …

langit , instagram

Instagram @Puanbee

Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu. Semoga doa di terima. Amin

1. Waktu sepertiga malam yang akhir

  • Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
  • “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

  • “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu

  • “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud

  • “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
  • “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat

  • “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

  • “Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

  • “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah

  • “Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan

  • Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340) salam jumaat semua dan selamat beramal 😉