#MYTravelAdventure – Sehari di SAFARI PARK BUKIT GAMBANG

Hai semua. Cerita #MYTravelAdventure ini khas buat Traveloka , demi support contest mereka untuk blogger. Ampun terlewat agak sibuk. Gambar ni semua adalah hasil jalan-jalan dalam Malaysia pada tahun 2015. Tapi belum pernah di publish di blog. Saya pergi masa tu memang tak rancang. Jika korang semua jenis travel sesuka hati je boleh lah geng. Jam 11 malam macam tu suami cakap jom jalan. Kita pun terus pack baju masuk dalam kereta jalan.

#MYTravelAdventure kali ini kami pergi ke Gambang Waterpark dan Safari Park yang terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang. Kalau rajin nak tengok gambar boleh ke instagram tapi kena scroll ke belakang lah dalam 87weeks macam tu.

Safari Park Bukit Gambang adalah Safari Park Terbesar di Malaysia. Ia bertujuan untuk membawa anda bertemu dengan haiwan eksotik dari seluruh dunia secara tertutup . Terdapat lebih daripada 300 spesies haiwan, sebanyak 138 ekar hutan sekunder dan hanya 35km sebelum bandar Kuantan, Safari Park Bukit Gambang adalahZoo Safari Park yang terbesar di Malaysia.

Saya tak mahu cerita waterpark lagi , nak cerita pasal safari park. Sebab ini merupakan kali pertama saya ke sana. Waterpark dah pergi beberapa kali.

Semasa di menuju ke Gambang , memang tak sempat booking hotel pun. Kami terus menuju ke gambang dan cari hotel. Sehingga lah terjumpa hotel yang masih available biliknya iaitu Arabian Bay Resort , korang nak tahu maklumat tentang hotel ini boleh lah klik link Traveloka ini.

Maaf gambar tak ada sangat  , di instagram ada  satu ini  ( klik link ). Apa yang best nya tinggal di Arabian Bay Resort adalah , hotel ini seperti sebuah apartment , di dalam nya terdapat 2 bilik. Bilik master room di sertakan dengan bilik air. Bilik ke dua ada bilik air sendiri di luar. Ada ruang tamu dan ada pantry nya sendiri. Jika pergi berkeluarga dengan anak – anak kecil seperti saya dan inginkan privasi bersama pasangan tanpa anak tidur sekali boleh lah cuba menempah di Arabian Bay Resort. Harga sangat berbaloi.

Saya ambil pakej bilik dan waterpark + safari park. Termasuk makan  pagi dan malam. Weh .. makan malam tau. Makan pula sedap. Bukan macam hotel biasa. Berbaloi sangat lah.

Bergambar di pintu masuk Gambang Waterpark. Pintu masuk ke Safari Park sebelah nya sahaja.

Ada banyak gambar di hanphone saya , tapi handphone saya sudah arwah. Maaf .. ini yang tinggal gambar dari suami. Selamat sebab dah sync dengan laptop. Mari lah sama-sama melihat serpihan gambar yang tinggal.

Seronoknya pergi ke Safari Park adalah kerana dapat melihat haiwan yang boleh di katakan haiwan liar dan hidup di habitat asalnya. Mereka melepaskan haiwan di sini. Ada singa dan harimau yang hampir pupus juga.

Di Safari Park ada 2 bahagian , satu bahagian lagi haiwan jinak-jinak satu bahagian haiwan seprti singa dan harimau ni. Tapi penat sikit lah pergi dengan anak kecil macam syamim yang berumur 2 tahun pada ketika ini. Meragam.Mula-mula ya eksited.

Continue reading

Gosip Minyak Yu Yee Tak Halal ? Minyak Yu Yee Cap Limau Halal Dan Telah Di Sahkan Oleh Jakim

Assalamualaikum dan hai semua. Pernah dengar tentang Minyak Yu Yee Cap Limau tak halal tak ? Setelah beberapa tahun saya menjadi pengguna setia Minyak Yu Yee Cap Limau iaitu zaman kelahiran anak sulung tahun 2004 kalau tak salah .. ke 2003  Omak aihh ..lupa pulak tahun kelahiran anak sulung .. Abaikan .. pendek kata dia sekarang dah berumur 13 tahun , lepas tu bawa ke adik adik memang lah pengguna setia Minyak Yu Yee Cap Limau ko .. Lepas tu timbol gosip di katakan Minyak Yu Yee Cap Limau ada lemak khinzir. Amboi mengelabah orang kita termasuk lah daku .

Lepas tu sekarang ni , kalau di belek – belek dekat tin nya dah pun ada cop halal. Makanya sebagai pengguna dan blogger yang sangat perihatin mesti lah check sendiri di website Jakim kan. Korang ni. Mana boleh bedal je buat entri kang kena kecam. Minyak Yu Yee Cap Limau HALAL. Korang boleh check sendiri dekat website JAKIM. Meh sama-sama jadi perihatin dan bijak. Bak kata Mat Dan , jangan buat bijok .

Minyak Yu Yee Cap Limau Kegunaan Satu Keluarga.Continue reading

NIKMAT TIDUR

Assalamualaikum , selamat pagi. Wahh seronok nya pagi ni rasa segar bugar. Badan rasa sihat. Dah berapa hari tak sihat sakit kepala nyut nyut. Tak tahu kenapa , tapi mungkin dek kerana stress makan dan tidur tak menentu. Bila sakit tu terlentang je tak boleh buat apa. Badan dah bagi signal suruh rehat tetap berdegil. Sampai satu tahap tak tahan. Mata pun tak mampu nak buka. Di penghujung cerita saya dapat tidur awal seawal jam 10 malam . Dah berapa lama tak rasa nikmatnya tidur. Jam 2.30 pagi dah boleh bangun , cergas sambung menjahit. Masak sarapan untuk anak-anak. Badan dah lama tak rasa berpeluh kembali berpeluh segar. Masyallah. Nikmat yang dah lama saya tak rasa. Takde la lama sangat. Seminggu cuma . Tapi macam lama.. Tak sanggup.

Laila siap cakap , seronok bila ibu sihat macam ni. Saya hanya mampu senyum kelat. Maafkan ibu korang sedikit terabai bila ibu layan tak sihat ni. Saya siap dah la minta ampun dari suami melalui whatsapp kot kot tak lama hidup di muka bumi ini. Huhuhu.

Sakit itu “Dzikrullah”.
Sakit itu “Istighfar”.

Semoga terhapus lah dosa dosa. Amboi macam teruk sangat je.

disebabkan rasa sihat sangat.. maka terhasilah .. cucur bawang letak ubi kentang didadukan , cicah sos panas2 ..

Ayat di bawah copy dari status facebook sesorang , saya belajar tak tinggi sangat , tahu lah tidur tu Nikmat dari Allah. Cuma tak reti nak tafsir , tapi nak juga share. JANGAN KECAM AKAK.

Tidur merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah. Sebagai istirahat bagi tubuh agar esok dapat beraktiviti kembali.Continue reading

Tefal FV1245 – Iron steam murah

Assalamualaikum dan hai , kali ni nak share lah review iron steam murah ni. Murah tak murah RM100 tu tinggi juga la untuk rakyat marhaen ni kan kan. Saya tak beli lah jenama amway , philips atau harvey norman yang rata-rata di review sangat best tu. Iron tu lagi best kan. Tapi dapat yang ini pun syukur allhamdulillah. Dan ini hasil menjahit .. tolong cikgu jahit baju 4 pasang dapat upah saya beli lah iron , iron lama tu kalau silap sikit berlubang baju , ni nak jahit baju raya orang banyak ni. Takut juga ter hangit. Tu sebab lah cari iron steam juga.

Semasa search lazada memang baca spec iron steam bawah RM150 sahaja. Target banyak tu je ada modal nak beli iron pun. Jadi setelah di ambil kira pelbagai sudut. Saya pilih tefal ni sebab di situ tulis ceramic technology di mana jarang dengar , biasa guna soleplate je. Pernah beli jenis soleplate ni melekat juga lama-lama. So nak cuba lah ceramic techology ni. Ok juga la buat masa sekarang.Continue reading

Bila anak dara sakit perut

Assalamualaikum dan hai , Baca tajuk tu , tak tahu la nak letak gambar apa. Ibu malas letak gambar anak dara takut laris sangat. Lawak je .. Nak cerita la saat mendebarkan bila anak dara mula sakit perut sampai 4 hari ni. Risau juga. Bawa lah dia jumpa doktor.

Husna baru 10 tahun , badan besar macam anak dara . Berat dah 42kg. Saya mulakan bicara dengan sakit si husna ni lah.  Saya pendekkan je lah . Sekali doktor cakap ” nak kata nak period awal lagi ” sambil pandang muka saya. Saya pun dengan spontan jawab ”  eh tak kan dia dulu .. kakaknya 13 tahun pun belum lagi. “

Kakak nya dari umur 12 tahun duk siapkan pad ke hulu ke hilir , sebab kawan kawan dah period , dia belum lagi. Ni dah masuk 13 tahun pun belum lagi. Tak kan adik dulu kan.

Teringat dulu-dulu macam ni lah feeling nya. Tertanya-tanya bila turn kita , nak pula masa tu saya duduk asrama. Di asrama macam pesta bila datang period , syok laa sebab tak payah turun solat di surau. Boleh lepak – lepak sambil makan megi dengan kawan-kawan yang sama datang bulan  , bangga tu bila tak boleh puasa. Lucu bila teringat.

Lepas tu balik rumah , whatsapp lah ayah dia .. doktor cakap pasal period.

Tau jawapan dia ?

” Hahahahah “

Lepas tu dia alih tajuk , tanya syamim.

Erkk apa reaksi ayah ni sebenarnya ? saya tak faham .. malu ke tak tau macam mana nak bincang hal anak ni. Ke tak patut bincang hal ni ? ke kena bincang ?

Saya keliru.

Sebab , saya dulu memang tak rasa kasih sayang Abah , Arwah abah meninggalkan kami masa kami 6 beradik kecil kecil.

Macam mana lah keadaan kalau anak sakit perut segugut , saya pun segugut jugak  selalu naik angin masa tu. Mau belaga arah. Dah la jaga anak sorang-sorang. Dah la ada 3 anak dara. Dan saya masih boleh beranak. Awww .. tak dapat fikir dah. Cukup lah di sini saja.

Eh kalau di fikirkan serta merta takut. Husna sebenarnya ada kuman dalam air kencing dan kencing ada darah sikit. Dah dapat ubat antibitik dan lain-lain ubat. Yang penting MC , takut cikgu kata tak puas cuti pula. Heheh.