Mendaftar anak masuk sekolah tahun 1 ( 2020 ) dan pra sekolah tahun ( 2019 )

Akhirnya … ibu dah ada line internet untuk mendafatra syamim ke PRA sekolah tahun 2019 serta daftar untuk masuk ke tahun 1 pada tahun 2020. Ya Ampun susah kemain tak ada internet yek. Nak update blog. Bayar bil , submit link ke client , update bisnes ibu.

Kewangan ibu tengah tenat-tenat sangat-sangat. Ayah dah kerja dengan orang tapi makan upah sikit je lah. Lepas tu kalau kereta tu ok boleh lah tangkap projek sendiri. Masaalahnya kereta pun sangkut macam-macam. Ibu pula kalau dapat menjahit banyak ok juga. Tapi dengan keadaan megandung dah masuk 38 minggu ini. Faham je lah kan.

Tapi tak apa. Masih bertahan dengan ekonomi sekarang. Anak cukup makan pakai walaupun tak mewah mana. Kita ajar anak kita bersederhana je lah kan. Dah tak mampu.

Br1m ? macam tak nampak bayang je. Samar-samar.

Tak kisah lah part tu.

Malas fikir banyak lorrrr…

Berbalik kepada permohonan kemasukkan anak ke sekolah pada tahun 2020 nanti. Bagi kawasan yang padat eloklah daftar awal. Saya memang usaha daftar awal sebab nya sekolah tu sekolah paling dekat dan paling senang nak pergi. Anak-anak yang lain pun sekolah di situ. Jadi kita takdak lah risau sangat kan nanti. Kalau sekolah tu penuh susah juga. Nak kena sediakan van pergi ke sekolah. Duit lagi. Aihh pening oiii fikir duit. Jadi mana dapat di kurangkan tu kita kurangkan lah.

Untuk PRA sekolah pun sama je ah. Ibu tak mampu nak hantar anak ke sekolah lain. Mampu PRA sahaja. Tahun depan 4 orang masuk sekolah. Wah wah wah. Tapi harap ayah dapat kerja lah dalam masa terdekat ni. Waaa nangis air mata darah lah kalau tak dapat kerja lain lagi.

 

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2018.

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2019

 

Tahun 1 Ambilan 2018/2019


Maklumat mengenai permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2018/2019 adalah seperti berikut:

Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.

Dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017 , 

Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut

Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar.

Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpenggunauntuk pendaftaran pengguna baharu.

Kemasukan Tahun 2018 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.

Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.

 

OK .. itu saje ..gatai nak update … rindu nak berblogging .. tapi masa sangat cemburu dengan saya .. kenapa ye ?

Hurmm … dunia sekarang pun berputar sangat cepat.

Salam semua. TQVM siggah membaca di sini.

tarikh buka sekolah 2014

Persediaan buka sekolah 2014

Semua ibu bapa dah mula membuat persediaan buka sekolah bagi tahun 2014 kan ? Lumrah hidup begitu la .. dulu mak pak kita buat untuk kita , sekarang kita buat untuk anak-anak kita. Hidup bagaikan roda , pepatah biasa orang gunakan sekarang. Dengan lahirnya anak saya yang ke – empat bertambah sibuk lah perjalanan hidup saya. Bukan merungut tetapi berkongsi sedikit sisi hidup saya yang setiap hari sibuk menguruskan anak-anak.

tarikh buka sekolah 2014

Tarikh buka sekolah 2014 :

  • 2hb Januari 2014  / Khamis bagi semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bersekolah pada  1hb Januari 2014 / Rabu.

Ketiadaan suami di sisi dek kerana tuntutan kerja menambahkan lagi paras sibuk tu. Namun Insyallah .. segalanya akan di uruskan dengan sehabis baik. Suami bekerja sebagai krew kapal. Memang kadang kala di darat , kadang kala di laut. Sekarang suami belayar ke Jakarta Indonesia. Lebih kurang 11 hari baru sampai katanya. Talian terputus seketika.

Tiada apa yang lebih menyakitkan selain dari tidak mendapat berita dari suami tersayang. Sungguh saya beranak sendiri , uruskan anak-anak sendiri tidak lah seperit rasanya akibat tidak dapat berita dari suami. Entah apa la cerita dia di sana. Sihat ke ? makan minum macam mana ye ? Setiap masa , setiap saat saya mampu mendoakan kesejahteraan kesihatan suami dan semoga selamat tiba di sana dan balik.

( mata serasa berabuk 🙂 )

Tahun 2014 ..

Saya terpaksa menukar sekolah anak sulung ke sekolah baru , kerana hendak mendapatkan sekolah satu sesi. Anak no 2 baru masuk tahun 1 , jadi jika kakak masih di sekolah lama , mereka akan bersekolah 2 sesi. Jadi saya tukar sekolah anak sulung dan daftarkan semula anak ke dua ke sekolah baru. Walaupun sebenarnya anak no 2 tu telah pun di daftarkan di sekolah lama kakak nya 2 tahun lepas. Saya merancang dari 2 tahun lepas , mana tahu kini saya terpaksa tukarkan sekolah mereka.

Anak no 3 pula telah layak masuk ke tadika. Maka saya akan mencari sekolah tadika untuknya , jika boleh hendak sekolah yang berada di satu laluan dengan sekolah kakak-kakak nya. Almaklumlah .. jalan di KUALA LUMPUR 24 JAM SESAK. Tak sanggup saya menempuh jalan sesak dengan membawa baby yang baru sahaja di lahirkan.

Dah tukar sekolah kebangsaan , maka sekolah agama pun kena tukar. Sekolah lama kawasan Selangor , sekolah baru kawasan KUALA LUMPUR. Jadi waktu sekolah tu tak sama.

Kalendar Cuti AM & Cuti Sekolah 2014 ( Persekutuan & Negeri )

Baju-baju semua selamat , saya dapat sediakan semasa saya sarat megandung kelmarin. SYUKUR sangat. Tinggal urusan sekolah sahaja.

Dan saya masih berpantang sebulan. Mujur ada adik datang tolong menjaga anak-anak dan menjadi kawan berbual. Kalau tak meroyannnnn ….

# Sesibuk saya sekarang , sesedih pilu kerinduan ke suami  masih boleh bertahan , lagi sedih tengok update dari kawan-kawan yang menjadi mangsa banjir .. habis semua barang musnah .. semoga kalian tabah ye … ujian dari ALLAH .. besar ganjaran nya nanti.

Umur 4 Tahun Nak Pergi Sekolah Dah

Laila hari-hari sebut nak pergi sekolah , hari-hari nak tidur awal sebab nak pergi sekolah. Anak-anak saya semuanya jenis tak takut nak ke sekolah. Tak ada yang menangis di hari pertama sekolah pada tadika mahupun tahun 1 , siap ada yang suruh ibu balik. Allhamdulillah la .. Laila baru 4 tahun tapi saya dah kelam kabut mendaftar Laila untuk ke tahun 1 pada tahun 2016 nanti , cadang kalau tak ada apa-apa aral melintang tahun depan Laila akan di masukkan ke tadika , belum buat keputusan sama ada nak hantar ke PRA Sekolah Kebangsaan ataupun ABIM je . Kakak-kakak nya di hantar ke ABIM pada usia 5 tahun.

laila , aliya husna Read More

Pendaftaran Kemasukkan Murid Tahun 1 – Negeri Selangor 2014/2015 Kini Di Buka

Memandangkan ramai pencari dari google search mencari maklumat pendaftaran murid tahun satu bagi tahun 2014/2015 ini , jadi saya kongsikan sedikit info disini. Setakat ini saya cuma berkongsi untuk makluman ibu bapa yang tinggal di kawasan selangor sahaja. Jika anda mempunyai anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008 anda boleh mula membuat pendaftaran kemasukkan pelajar untuk tahun satu pada 2014/2015 bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2013 ini. Pendaftaran lewat di anggap permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

daftar  tahun 1 2014/2015 Read More

Kakak masuk tahun satu (Part 2- Beli Buku)

Nak beli buku punya cerita nih..wah 3 kali ulang alik ke sekolah punya lah ramai manusia menunggu..erm panas… hujan…semua di redahi jugak! mak pak yang bersemangat giler!!
Yang ini kali ke-3 kami beratur untuk beli buku..oh ! sungguh siksa so tahun hadapan bee bercita-cita tak mau beli buku last minit…bukak jer kedai terusss serbu…..


kali ke-3 jugak! ada 3 line semuanya….
Beg tuh berat sungguh, kakak pun tak sanggup nak bawa!
haha yang mana bee ? yang paling simple tuh bee yer..malas nak melawa panas!!!

una saja menerai tudung kakak nih, puji dia comel sekali terus mintak snap gambo ! cehh!!
Ini kali ke-2 nak beli buku tapi tak beli pun …beratu punya beratur dari pagi tau2 jer dah time kakak sepatutnya masuk ke kelas so balik , mandikan kakak..tukar baju pergi sekolah pulak! time nih bawak adik dan baby tuh! memang rimas lah bawak budak-budak! tak sesuai…

tengok berpeluh si baby nih follow ibu..hahaa..lepas tuh balik tinggal baby dengan ayah yer…ayah ambik cuti tapi duk rumah jaga anak..haha ibu yang pergi daftar semua!!!

oh kali pertama beli buku semasa orientasi tapi tak beli jugak! lambat beratur nyer…baby kat rumah dah mengamuk terpaksa balik..heee… tahun depan beli buku awal-awal yer!! pesanan untuk diri sendiri !!