Resepi sup ayam dan Cara buat sup ayam tanpa bunjut

Assalamualaikum dan Hai Semua. Haaa apabila puanbee terlebih rajin , terus masa dengan video dan gambar. Biasanya puanbee malas nak ambik gambar semasa masak. Hari ni masak sup ayam tanpa bunjut. Eh biasanya pun tak pakai bunjut sangat sebab selalu terlupa nak beli bila pergi ke kedai. Cara saya sangatlah mudah. Tips nak dapatkan rasa sup ayam yang sedap adalah reneh dengan api perlahan. Tu je .. Nak resepi ke ? Resepi dan bahan mudah sahaja. Ada di dapur setiap rumah rasanya. Bahan untuk sup ayam : Ayam , separuh potong kecil Daun sup dan daun bawang – 3 pokok…

Continue reading

Resepi keria gula melaka

Assalamualaikum  allhamdulilah. TETIBA TERAJIN. Aku ni bukan jenis rajin masak. Makan tu rajin la. Tiba tiba teringin pula dengan cucuq keria gula melaka ni. Nak pergi melaka semata-mata nak beli keria ni ? memang tak lah. Aku bab nak beratur tu sorry .. tak berapa bekenan. Jadi cara lain ialah buat sendiri. Kos nya dalam RM10 sahaja. Sekeluarga makan siap repeat 4 kali. Untuk berjimat , para ayah kena bagi galakan pada para ibu ni supaya rajin masak. Aku tak rajin sangat sebab bagi aku letih memasak. Aku masak simple je .. janji makan kenyang sudah. Nasi dengan kicap +…

Continue reading

Cara buat popcorn guna periuk biasa je

Dulu tahun 2011 saya pernah tulis di dalam blog ini cara buat popcorn di rumah senang je .. bunyi nya macam tu la. Selepas beberapa tahun , hampir nak masuk 7 tahun ye saya masih lagi buat popcorn sendiri di rumah dan guna periuk biasa sahaja. Sungguh sangat menjimatkan dan anak anak makan sampai puas. Setelah bertahun tahun tak kan saya guna cara biasa sahaja kan ? mesti lah dah di upgrade sikit. Nak tengok cara lama boleh klik link di atas. Cara baru yang lagi senang dan mantop kena tengok entri baru. Boleh pulak ada cara buat popcorn lama…

Continue reading

Cara buat KIMCHI sendiri : Resepi KIMCHI

Salam , saya dapat resepi untuk buat kimchi sendiri ni dari group facebook , saya suka simpan resepi di blog , maklumlah kalau buku asyik hilang sahaja , ribuan terima kasih kepada kakak Nora Sabri kerana berkongsi resepi kimchi ini dengan begitu detail cara nak buat tu. 1 : kobis dibelah dua dan basuh. Toskan 2 : Lumur kobis dengan garam kasar sehelai demi sehelai. Perap selama 6 jam atau lebih. 3 : Bilas kobis dengan air dan buang sisa sisa garam. Tos kan.

Continue reading