CARA SELAMAT AMBIL UBAT KETIKA MASIH MENYUSUKAN BAYI

Bagi ibu ibu yang sedang & masih menyusukan anak perkara paling di bimbangkan bila terpaksa mengambil ubat. Mungkin ada masalah kesihatan.. even demam sekalipun. Risau kesan ubat tu di serap ke dalam badan anak melalui susu yang di minum & memudaratkan. Kebanyakkan ibu akan rasa was was tentang perkara tu.

Cuma ada ketika tiada pilihan terpaksa ambil juga ubat.. Jadi penting juga kita tahu bagaimana cara pengambilan ubat – ubatan ketika menyusukan anak/bayi..

Saya ada terbaca satu perkongsian di Facebook tentang perkara ni. Ada tip yang di kongsikan untuk semua ibu ibu yang masih menyusukan anak.. antaranya ;

Bagaimana pula untuk mengurangkan kesan ubat-ubatan kepada bayi yang disusui?

Sebagai panduan, kesan ubat-ubatan kepada bayi mungkin boleh dikurangkan dengan tip berikut:

1. Hanya mengambil ubat sekiranya diperlukan sahaja (bukan untuk rawatan kronik). Sebaik-baiknya dinasihatkan oleh doktor atau ahli farmasi setelah mengambil kira keadaaan ibu yang sedang menyusu. Ibu mesti memberitahu doktor atau ahli farmasi bahawa mereka sedang menyusu sebelum mengambil sebarang ubat. Elakkan membeli sendiri ubat di kedai terutamanya ubat-ubatan tradisional yang tidak diketahui kesannya kepada bayi

2. Sebaik-baiknya ubat diambil dengan dos yang rendah dan pada tempoh yang sesingkat mungkin (bagi bukan penyakit kronik) untuk minimumkan kesan sampingan pada bayi

3. Mengambil ubat sebaik sahaja selesai penyusuan anak dilakukan, supaya kepekatan ubat tidak terlalu tinggi apabila menyusukan anak untuk sesi seterusnya. Mesej penting di sini adalah ‘susukan dahulu bayi kemudian barulah ambil ubat’ atau boleh juga perah susu dahulu sebelum mengambil ubat dan simpan susu tersebut untuk sesi penyusuan seterusnya.

4. Jika mengambil ubat pada dos sekali sehari, ibu digalakkan mengambil ubat sejurus sebelum bayi tidur pada jangka waktu yang lama contohnya pada waktu malam. Dengan ini risiko bayi untuk terdedah kepada masa penyerapan ubat yang maksimum ke dalam darah adalah lebih rendah kerana bayi tidur dan tidak menyusu dalam tempoh tersebut.

5. Bagi terapi elektif misalnya kaedah diagnostic dan radiofarmaseutik boleh ditangguhkan penggunaannya sehingga bercerai susu, bincang dengan doktor yang merawat.

6. Bagi ubat-ubatan yang memerlukan ibu terpaksa memberhentikan penyusuan anak buat sementara waktu semasa menjalani rawatan menggunakan ubat-ubatan. Misalnya rawatan radioaktif , ibu diminta untuk memerah susu secara berkala dalam 3-4 jam sekali bagi memastikan pengeluaran susu sentiasa ada dan tidak kering. Kaedah “perah dan buang” boleh digunakan. Kaedah seperti memastikan agar proses penyusuan boleh dimulakan semula setelah selesai rawatan kerana bekalan susu tidak putus atau kering.

7. Namun susu tersebut perlu dibuang dan tidak boleh disimpan untuk bayi. Ketika ibu menerima rawatan tersebut, bayi boleh diberikan susu perahan yang telah dikumpul lebih awal ataupun mendapatkan ibu susuan ataupun alternatif lain bagi menggantikan susu ibu.

Jika ingin penjelasan lanjut mengenai ubat-ubatan yang hendak diambil atau sedang diambil, ibu-ibu boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian bebas tol 1-800-88-6722 yang beroperasi pada pukul 8pagi – 5 petang, Isnin hingga jumaat.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Sumber : Dziehan Mustapa

Semoga perkongsian ni membantu ibu ibu yang terpaksa mengambil ubat ketika masih menyusukan anak.

Moeder susu khas untuk ibu menyusu dan hamil yang ingin memperbanyakkan susu

Kali ni saya nak memperkenalkan Moeder yang mmpunyai fungsi untuk menambah khasiat dan pengeluaran susu ibu. Seterusnya ibu ibu yang hamil dan menyusu dapat menjaga kesihatan diri sendiri dan bayi mereka di samping dapat menyempurnakan perjalanan menyusu bayi selama 2 tahun. Saya percaya ramai ibu di luar sana berhajat untuk menyusukan anak mereka sehingga cukup 2 tahun dan mengalami masaalah susu kurang atau baby tak cukup susu.

RASA MOEDER :

Saya dah cuba sendiri rasa moeder sebelum tulis di blog ini , rasa moeder lebih kepada rasa susu bijirin , seolah-olah nestum atau pun soya. Tidak terasa seperti susu kambing segar tu pun. Untuk mereka yang semasa mengandung tak boleh terima rasa susu , boleh cuba minum Moeder.Juga sesuai untuk mereka yang memang tak suka susu. Tidak terlalu manis , sedap dan wangi. Selepas 3 hari saya mencuba , pembungan menjadi sangat lawas. OK ni .. sebab saya memang susah nak membuang. Saya rekomen kepada ibu dalam pantang juga. SANGAT BAGUS dan berkhasiat. Susu menjadi lebih banyak dan pekat.Anak tak meragam lagi.

sUSU MODER PENAMBAH SUSU BADAN

Apa itu MOEDER ? 

  • Moeder adalah salah satu produk makanan tambahan dimana membantu ibu-ibu atau bakal ibu diluar sana untuk menjaga kesihatan mereka serta cahaya
  • Moeder juga merupakan salah satu perangsang susu badan dimana kebanyakan ibu-ibu di Malaysia mengalami masalah kurang susu badan, letih, sakit2 badan, kulit kendur selepas bersalin, payudara kendur dan masalah kulit.

Continue reading

Petua tambah susu ibu – Makan DURIAN ? Berkesan ke ?

Buat penggemar durian , ini berita gembira dapat makan durian di samping tambah susu ibu @ susu badan … memang lah .. orang kata makan durian tak elok untuk baby sebab sifat buah durian lepas makan akan rasa panas satu badan. Tapi mana lagi tak elok , antara susu merundum dan anak menagis 24jam nak susu dengan makan durian lepas tu kena minum air banyak dan rajin mandi ?

Durian udang merah

Durian udang merah

Makan DURIAN ? Berkesan ke ?

Perempuan .. perempuan .. memang banyak lah kerenah nya.
Ada je benda nak di risaukan. Baru lagi saya beli durian dan makan sebelum bulan puasa , memang lah tak rasa apa-apa. Selain dari panas badan sahaja , beli pun tak banyak. Almaklumlah belum musim , beli sebab teringin sangat.

Bila tiba bulan puasa , selepas beberapa hari berpuasa. Susu badan merundum, anak saya berumur 1 tahun 8 bulan mengamuk sebab tak puas menyusu. Ingat dia mengamuk sebab demam selsema dia tu. Tapi rupanya susu kering kontang. Mula lah langkah pencarian penambah susu badan @ milk booster di giatkan.

Saya update facebook , mana lah tahu kawan-kawan akan rekomen.

Dan ya .. ada sesorang kakak syorkan saya makan durian , saya macam terkejut .. eh betul ke ? macam tak percaya. Selama ni memang suka durian , tapi suka makan je bukan untuk tujuan apa-apa lah.

Ke esokkan nya , saya beli durian .. dalam gambar tu bukan ya. Saya beli durian kampung 6 bijik tau. Saya makan dengan anak-anak selepas berbuka puasa.

Dan semasa sahur , dah rasa susu banyak .. penuh ..  dan syamim senyum lebar lepas menyusu  tu. Alahai anak .. Dia punya senyum , cair ibu tengok.

Apa pun allhamdulillah menjadi , tapi lepas 2-3 hari ,susu kurang semula. Mungkin disebabkan anak pun dah besar sikit. Nak tak nak kena cari sesutu untuk menambah susu. Larat nak makan durian selalu .. rosak diet den. Hihihih..

Antara petua lain untuk menambah khasiat susu dan banyakkan susu badan. Paling penting.

  1. Niat nak susukan anak sehingga dia besar ( 2 tahun sekurang-kurangnya ) kerana ALLAH.
  2. Tak nak stress , enjoy semasa menyusukan anak.
  3. Minum banyak air kosong … cukup … macam mana nak tahu cukup ke tidak ? sukat … 1 liter = 25kg , jadi berat badan bahagi 25 dapat berapa ? saya 3 liter ..
  4. Lain -lain tu , boleh cuba mana yang sesuai … tak semua sama , saya walaupun dah beranak 4 , tak semestinya sama  perjalanan menyusu anak sulung dengan anak bongsu.Serius.