Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016

Assalamualaikum dan hai, Malam-malam jam 2 pagi ni nak menulis tentang Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016 . Saya seorang pelanggan ye. Bukan penjual tetapi jika berminat nanti boleh lah klik link di bawah. Nak cerita kan saya dah guna hosting serverfreak ni dulu tetapi saya tukar konon-konon nak murah sikit. Tetapi rupanya ada bias terhadap income blog saya. Dulu saya pernah beberapa kali menukar syarikat hosting , masaalah dan sebab tu pelbagai … Antara perkara yang saya tak suka tu blog selalu down , blog tak dapat akses , tak mesra google , blog slow , data tak cukup.Ada plugin / theme yang tak sesuai. Dan banyak lagi , tak tahu nak sebut sebab saya bukan seorang yang pandai bab ni. Saya tahu saya guna best dah cukup.
Malaysia Web Hosting

Di bawah adalah bill untuk 2012 – 2014 , kali pertama saya langgan hosting serverfreak. Kemudian saya tukar ke hosting lain murah sikit. Tapi di sebabkan beberapa perkara saya tukar kembali hosting saya ke serverfreak pada awal bulan 12  tahun 2015. Nampak tak ? tiba-tiba saya rasa menyesal sangat buat keputusan untuk pindahkan data dari serverfreak ke host lain dahulu.  Yang terpaling effect adalah jumlah pelawat semakin hari semakin sendu. Padahal semasa saya dengan serverfreak jumlah pelawat sangat baik.

sf 1
tengok tarikh je … lain jangan tengok .. itu harga domain

Selepas berfikir panjang saya langgan balik hosting serverfreak. Nasib baik lah proses nya sangat senang. Dan serverfreak pun memang terbaik buat kerja. Cepat dan pantas. Kita cuma perlu pergi web serverfreak , pilih pakej dan langgan. Buat bayaran dan tunggu pihak serverfreak email kita untuk proses pemindahan data. Mudah sangat – sangat. Sehari siap. Hari ke dua tunggu blog stabil dan boleh beroperasi seperti biasa.

BIODATA Mom Blogger di Malaysia : Review & Adsvertorial

Assalamualaikum & Hai Pemilik blog di kenali sebagai puanbee . Nama sebenar Latifah bee ... bukan C mahupun D. Berasal dan di lahirkan di Taiping dan kini menetap di Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga dengan Encik Kay. Puanbee kini di kurniakan empat orang cahaya mata. Aliya , Husna , Laila dan Syamim. Puanbee ibu muda , berkahwin muda , suka buat-buat sibuk dengan anak-anak , suka beleter dan suka juge makan. Kadang-kadang mood tah hape-hape .. Kebanyakan cerita di dalam blog merupakan rentetan kisah hidup suka…