Tahun 2016 untuk blog puanbee.com

Salam dan hai , ada ke pembaca blog puanbee.com lagi ni ? setelah tahun 2015 menjadi tahun paling sikit entri di update membuatkan saya terasa nak buat wish list dan sedikit perubahan lah pada tahun 2016. Memandangkan usia baby dah semakin meningkat , kemungkinan ragam dia semakin berkurangan. Maka saya ambil beberapa tindakan untuk megembalikan mood menulis.

Menukar syarikat langganan hosting dan domain.

Rasa tak manis pula saya ceritakan di sini , provider sebelum ini DataKL . Tidak ada apa-apa masaalah .. saya cuma tukar kerasa saya dahulu memang dah lama langgan hosting dan domain dari Serverfreak. Saya rasa Serverfreak memenuhi citarasa saya , jadi saya telah pun tukar pada awal disember 2015 lepas. Harga pun lebih kurang sahaja.

Menukar theme blog

Kot lah lepas ni rajin update .. semoga rajin update dan dapat menambah income blog ni. Dapat juga la saya gunakan duit untuk menaik taraf hidup. Gitu .. kan pak menteri minta kita cari kerja ke dua. Ayoyoyo … banyak kerja saya , surirumah .. peniaga emas kecilan .. driver sampngan anak doktor hantar ambik dr sekolah dan menulis.

New-Year-Eve-Clip-Art-2016-14

Umur makin tua , anak dah 3 orang bersekolah .. anak sulung saya akan menduduki UPSR pada tahun 2016 , kalau dulu UPSR perlu skor 5A , sekarang perlu skor 6A. Tak ada mata pelajaran di tambah , tapi sebaliknya matapelajaran Bahasa english di pecahkan kepada dua bahagian.

Antara fokos 2016 adalah untuk anak tahun 6 tu lah.

Diharapkan tahun 2016 ni ALLAH memberikan tuah , keberkatan dan kisihatan yang baik. Semoga semua urusan bejalan dengan lancar .. gembira selalu .. begitu juga lah hendaknya .. saya doakan buat semua pembaca blog saya ni.

Babai 2015.

Bersungguh -sungguh

Bersungguh -sungguh dalam melakukan sesuatu perkerjaan adalah di galakkan. Tetapi bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan di bawah tidak di galakkan sama sekali ye anak.

SYAMIMKerana PS3 itu bukan milik ibu… Ibu tak mampu nak …   😛 Read More

Edit dan terus update blog – applikasi cymera + wordpress

image

Tengah cuci kereta ni , walau proton tak setanding kereta lain , i like proton wira ni .. dia banyak berjaya .. sebenarnya nak cerita lain , applikasi cymera ni best la kalau nak edit gambar atau letak watermark pada gambar sebelum di upload terus ke blog mengguna applikasi wordpress ..

Ermmmm ..

Posted from WordPress for Android

Hanya mampu memandang … Ulang Tahun ke Lima Blog Denaihati

Dalam hati duk cemburu la juga. Saya tak dapat pergi ke majlis iftar ramadan anjuran denaihati network sempena bulan puasa dan ulang tahun ke lima blog Denaihati bertempat di Hotel Singgahsana , dek kerana demam. Tak semena-mena kesihatan merundum , duduk rumah pun hanya mampu makan ubat dan tido. Sapu minyak cap kapak ke seluruh tempat .. lenguh-lenguh pula. Nasib baik ada adik tolong menguruskan anak-anak.

vco dan minyak cap kapak

Sekalung tahniah di ucapkan buat blog Denaihati di atas kestabilan yang di capai dalam arena blogging. Denaihati.com banyak membuka mata , peluang dan ruang buat blogger lain dan sahabat media lain.

Dalam hati jeles nyeee la hai 🙂 tapi takpe .. ada banyak tahun lagi nanti boleh follow semua program Denaihati.com … insyallah ..

Khas siapa nak buat blog — > belajar sini