Pageview sebulan blog Puanbee.com

Tadi , nampak seorang blogger update status tanya pageview blog di facebooknya. Baru lah tergerak hati nak tengok pageview blog sendiri. Ok lah pageview ni sebab jarang sangat update blog sekarang. Tetapi saya menerima traffic 100% dari google. Mereka mencari info dan kebanyakkan tips yang saya tulis dari pengalaman saya sendiri. Sebenarnya saya ada masaalah theme blog. Kalau anda perasan kejap-kejap tukar. Saya tengah mencari theme yang betul betul kena dengan jiwa. Header dalam proses. Kemudian saya akan buat sesuatu untuk mendapatkan income menggunakan blog ini. Saya tak rasa ada blogger guna cara ini lagi. Saya nak cuba dahulu sendiri. Untung ka rugi buat macam tu.

Allhamdulillah. Rezeki ALLAH nak bagi. Duduk diam-diam tiap bulan duit masuk dari adsense dan initty (tipu , tak lah duduk diam sangat sebenarnya ). Kalau tak ada rezeki tu buat macam mana pun tak dapat juga kan. Yang penting tak berhenti berusaha dan teruskan buat apa kita suka. Pedulikan apa orang kata. BLOG adaalah hobi saya dengan penuh minat. Belum masa nak bersara. Insyallah anak dah besar sikit nanti boleh update gila-gila. Minta anak jadi editor pun boleh. Berangan sebentar.

Di bawah adalah gambar pageview untuk sebulan bagi bulan MAY (tak cukup hari lagi ) , bulan APRIL dan bulan MAC. 
pv 4

pv 2 Read More