bayaran blind.gd pertama

Cashout Blin.gd Pertama

Ramai yang menanti post ni keluar , saya tahu sebab ada 2-3 orang yang tanya status pembayaran Blin.gd saya yang pertama , boleh percaya ke ? sebab Blin.gd ni benda baru kan .. So saya cuma nak cakap , bayaran pertama sebanyak RM156.20 telah pun selamat di masukkan ke akaun saya , boleh tahan kan ..

bayaran blind.gd pertama

Saya berhenti buat iklan Blin.gd ni pada hari saya cashout earning tu , saya cashout pada 31 Oct 2011 , dan bayaran nya di terima pada 21 Dis 2011 , sebulan lebih masa di ambil normal lah , sama macam churp-churp dan juga YS , saya suka juga Blin.gd ni , kerana bayaran perclicks nya lebih tinggi dari Youth Says dan juga Churp-churp , bermakna cepat sikit duit tu bertambah.

Selain tu bayaran masuk terus ke akaun pun best juga jika nak di bandingkan dengan Churp-churp yang bayarannya di beri melalui cek , agak renyah nak ke bank untuk tunaikan cek tu , malas betul..

Step menerima pembayaran dari Blind.gd :

  • Cashout
  • Tunggu dapat email pertama pengesahan
  • Tunggu email kedua untuk beritahu cashout berjaya
  • Esoknya duit masuk dalam akaun

Ok kalau tak de apa-apa masaalah nak berhenti buat iklan churp-churp lah , tumpukan pada YS dan Blin.gd , sebab Blin.gd masih kekurangan iklan , perlukan YS untuk backup , tapi kalau iklan initty saya sampai tahap blog yanmieonline , semua iklan lain (selain initty ) saya stop buat lah .. entah bila lah kan nak sampai tahap tu ..

Tahun 2012 insyallah , semoga saya berjaya meraih pendapatan tetap dari blog saya , sejak saya serius melabur dalam pembelian domain dan hosting , sejak tu saya serius nak duit dari blog .. terus terang ni .. seboleh-bolehnya tak nak guna duit suami dalam meneruskan minat saya untuk berblogging.

p/s : lupa letak watermark pada gambar .. cissskekkk! jangan tiru gambar saya .. LOL

Nak join tak ? kalau nak ? KLIK SINI – Login guna twitter je , senang .. amat sesuai bagi sesiapa yang suka berfacebook dan bertwitter , dari duk menternak lemak tu 🙂