Resepi bingka pandan utara

Resepi Bingka Pandan Paling Senang Dibuat

Resepi Bingka Pandan paling senang dibuat di ambil dari blog seorang kawan saya , bingka pandan nya kelihatan cantik dan menjadi , bingka pandan ini juga di kategorikan kuih tradisional Malaysia yang enak di makan ketika sarapan dan juga minum petang. Bahan – bahan untuk membuat bingka pandan ini juga mudah didapati disekeliling kita , jom tengok apa yang di perlukan untuk membuat bingka pandan.

Resepi bingka pandan utara
Resepi bingka pandan utara

Bahan-bahan untuk membuat Bingka Pandan.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 cawan gula
  • 3 biji telur (Gunakan Saiz A , jika saib B tambah sebiji lagi )
  • 3 cawan santan ( Jika ingin tambah kan air pandan , santan perlu dikurangkan menjadi 2/12 cawan , dan air daun pandan lagi 1/2 cawan pula )
  • secubit garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu perisa pandan (jika dah masukkan air pandan perisa ini tidak di perlukan sama sekali )

Bahan hiasan atas Bingka

  • Bijan (ditabur atas bingka)
cara buat bingka pandan
cara buat bingka pandan (tapis bahan)

Cara buat bingka pandan

Masukan semua bahan ke dalam mangkuk besar , kacau sebati (telur di kacau guna garpu dulu sebelum dituang dalam tepung) dan tapis.

Masukkan dalam acuan yang telah disapu mentega dahulu.

kemudian tabur bijan.

dan bakar sehingga masak.

bingka pandan yang dah siap di masak
bingka pandan yang dah siap di masak

Resepi ini disumbangkan oleh Piasara untuk Koleksi resepi ibu di puanbee.com.

Ada resepi yang ingin dikongsikan tinggal komen di bawah atau email saya , jika suka klik butang like , tweet atau 1+ yang disediakan di bawah. Terima kasih 🙂