Alat untuk lancarkan saluran air di bilik mandi

Bila bilik air tiba-tiba airnya perlahan menjadi masaalah juga bagi saya yang tinggal di atas kayangan ni , lantai rumahku adalah bumbung rumah orang lain. Jadi tak boleh ketuk sebarangan , tak boleh repair sebarangan lagi-lagi bahagian bilik air mahupun tandas. Dulu kecik-kecik duduk rumah kampung , tak pernah pun rasa semua ni…

Ini adalah tips rumahtangga yang mungkin ramai tak tahu.. selepas saya baca blog makcik kujie tentang cara tampal periuk bocor saya tergelak. Oh tips tu saya dah tahu lama dulu , dek kerana suami sendiri buat kerja-kerja maintainence menggunakan benda alah tu. Tetapi ye lah .. tak terfikir nak berkongsi kepada umum sehinggakan susah pula makcik kujie mencari petua untuk tampal periuk nya yang bocor.

Alat untuk lancarkan saluran air di bilik mandi di bawah ni. Pernah tengok ?? Boleh di dapati di kedai hardware ataupun DIY berdekatan rumah anda. Nama alat ni saya lupa dah.

petua bilik air tersumbat Read More