Persedian menyambut kelahiran bayi dan untuk ibu juga !

Penyediaan menyambut bayi baru ni saya terlintas nak tulis memandangkan ramai yang bertanya , apa yang perlu dan apa yang tak perlu di beli , ada juga yang tanya bila waktu sesuai untuk membeli kelengkapan bayi. Macam-macam kerisauan pun ada terhadap ibu muda ni kan.

Kebanyakkan yang tanya ibu-ibu muda lagi , ye lah anak sulung getaran dia lain sikit. Bila dah masuk nombor dua , nombor 3 atau nombor 4 macam saya ni , perasaan gementar tu ada cuma lebih tenang la gitu. Boleh lagi nak merayap shopping di sana sini. Ehemmm ~

Checklist barang baby berdasarkan pengalaman
Kakak-kakak teruja membeli barangan kelengkapan adik yang bakal lahir ! seronok ibu tengok kakak shopping.

Kali ni shopping seronok sikit , sebab nya tak ada pula siapa-siapa minta baju sendiri. Biasa nya saya baru pegang baju , tiga-tiga merengek nak baju baru , kali ni diorang fokos shopping baju adik je. Bagus la … dalam masa tak sampai 1 jam dah siap shooping , walaupun sebenarnya tak lengkap lagi tu.

Senarai keperluan bayi. Read More