belang gugur , adakah kerana stress ?

Bila Suami Diambil Orang …

Stress.

Stress boleh berlaku bila sesuatu perkara itu tidak mengikut kehendak kita atau kita khuatiri ia berlaku tidak mengikut seperti yang kita mahu.

Saya memang stress betul dengan suami saya , kak Normah. Langsung tak menolong di rumah.

Ya?

Ah, saya bukan kaunselor rumah tangga. Bukan juga pakar motivasi terkenal, yang saban waktu punya semangat menjulang dan jiwa kental tidak dihinggap masalah. Saya hanya wanita biasa yang punya kitaran bulanan yang sama seperti wanita lain juga, yang ada kala terduduk juga merenung takdir . 🙂

Bila dua insan berlainan latar belakang dan cara didik yang sangat berbeza duduk sebumbung, apa lagi yang boleh kita ramalkan? Sedangkan adik beradik yang punya ibu dan ayah yang sama pun asyik bertelagah, inikan pula dua insan yang berbeza cita rasa dan warna hati.

Kalau orang lain nak ambil suami awak tu, awak nak bagi tak? Yalah, kurang sikit stress tu nanti, kan.

Ish, kak Normah ni, merepek je lah.

Hahaha, ya lah, kak Normah mencadangkan saja. Kesian jugak kat awak ni yang asyik stress memanjang dengan suami.

Be grateful now. Ibn Ata’Allah said, “If you do not know the blessings you have when you have them, then Allah will teach you about them by taking them away.” Don’t wait until you are without, to appreciate what you have. ~ At The Very Least , Be Grateful.

belang gugur , adakah kerana stress ?
belang gugur , adakah kerana stress ? kahkahkahkah !

 

Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bersyukur punya suami dan anak yang punya segala kekurangan, kerana kita pun bukannya sempurna seperti yang kita sangka.

Kita asyik membebel dan bermasam muka dengan perkara yang kita mahu mereka lakukan untuk kita, tetapi tidak mereka lakukan, dan dalam masa membebel itu , kita sering lupa mengucap terima kasih dan memuji segala kebaikan yang mereka telah buat untuk kita.

Pujian dan terima kasih sentiasa boleh melembutkan hati sesiapa, dengan syarat ia datang dari hati yang penuh kasih.

Moga Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan berkatNya dalam hidup kita sekeluarga, kawan-kawan. 🙂

~cikgunormah@klcitizen~

cikgunormah

P/S : Slot motivasi cikgu normah akan bersiaran setiap selasa jam 7.00 am , nantikan 🙂