Sembelit dan Baby Syamim

Salam dan hai .. masaalah sembelit pada anak kecil pula , biasalah kan .. kehidupan berkeluarga ni memang tak dapat lari dari masaalah kecil begini , Baby syamim .. berusia 1 tahun 2 bulan sekarang… walaupun masih lagi meneruskan penyusuan ibu , tetapi syamim dan mula makan , macam-macam makanan dia makan .. termasuklah kadang-kadang tumpang sekaki makan dengan kakak – kakak bertiga tu.

syamim 1 tahun 2 bulanWalaupun begitu  biasa lah di umur seperti syamim tu akan belajar untuk makan pelbagai jenis makanan , tetapi makanan rutin nya adalah bubur nasi ditambah dengan sayur sayuran dan protein .

Disebab kan syamim suka makan juga , masaalah sembelit ni datang. Perut dan usus mjasih belajar untuk menerima makanan tersebut.

Apa petua yang mama dan papa buat jika bayi sembelit ya ?

Antara petua yang saya praktikkan adalah membeli bayi minum lebih banyak air kosong ( tapi baby tak suka ) kurangkan beri makan nasi tapi lebihkan buah buah da sayuran , seperti betik , bayam untuk mendapatkan serat yang mencukupi ( tak berjaya juga ) Jika antara dua di atas tak berjaya , apa lagi , cuba lagi petua lain , seperti 1 hari , sebotol vitagen .. tapi masih tak baik sembelitnya .. saya terus cari susu yang sesuai untuk usus , saya bukan gantikan susu ibu dengan susu tepung ya , tetapi saya jadikan susu tepung itu sebagai supplement sahaja , sehari secawan dah mencukupi sehingga syamim kembali membuang dengan selesa tanpa tangisan.

Serius kesian sangat tengok syamim menangis meneran dan di ikuti dengan najis yang berdarah. Sedih ..

Jika bayi tengah menagis tu .. apa mama dan papa kena buat ? biasanya .. saya hanya mampu menenangkan syamim dengan memujuk supaya dia dapat meneran juga. Di ikuti dengan urutan secara membulat di bahagian perut bayi. Dan satu lagi tips yang biasa saya amalkan adalah , baringkan bayi dan kita angkat ke dua dua kakinya macam kayuh basikal ke atas menghala ke arah kita , untuk mengaktifkan dan memudahkan lagi najis itu keluar. Selalunya apa yang saya buat berjaya.

Sekarang syamim dan tiada sembelit , tetapi demam panas pula. Berturut – turut .. sampai nampak turun sikit berat badan nya tu. Tapi … tak apa la .. biasalah budak baru nak besar kan ..

Mood nak menulis mai dah .. hihihi .. insyallah kalau ada masa boleh duduk depan laptop ..    xoxo