Jamuan untuk akhir bulan ramadan ni. Mesti makan special sikit .. makanan kegemaran si suami adalah kari kepala ikan dan nasi minyak. Kalau dah baca entri sebelum ini iaitu Cabaran beras Jasmine Basmathi King   dan juga resepi kari kepala ikan sentuhan orang utara ini adalah untuk melengkapkan Resepi Nasi Minyak Beras Basmathi King Jasmin ini laaaaa ~ Dah pernah cuba beras Basmathi king ini ? kalau belum … korang mesti cuba … beras yang panjang lebih padat dan membuatkan nasi lebih sedap , kenyal dan cepat kenyang. Lagi satu bau nya memang harum semerbak …
Kalau korang di beri beras Jasmin Basmathi king ni , apa korang akan masak ? ermm briyani je biasanya kan ? sebenarnya beras basmathi ni boleh di masak pelbagai jenis hidangan nasi. Yang biasa-biasa pun boleh. Cuma nak dengan tak nak je la. Serius saya makan nasi briyani di kedai je lepas tu tak pernah la beli dan masak nasi di rumah menggunakan beras basmathi , jadi teringin nak cuba … kita cuba hasilkan makanan yang boleh di makan mengunakan beras Jasmin Basmathi king yang di katakan lebih ber aromatik dan lebih panjang dari beras basmathi lain. Ermmm .. macam …