Drama Assalamualaikum Cinta [ sinopsis dan Lagu tema ]

Drama adaptasi novel Assalamualaikum Cinta karya Zura Asyfar telah pun ditayangkan di Astro Ria. Saat saya tulis tentang nya drama ini telah pun sampai ke episod 7. Drama ini dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Kamal Adli, Ayda Jebat, Emma Maembong, Ku Faridah, Wan Raja, Ieka Simone, Zalfa Zin dan ramai lagi. Drama ini arahan Michael Ang dan hasil terbitan syarikat Dark Wave Pictures Sdn Bhd. OST atau pun lagu tema drama Assalamualaikum cinta ini di petik dari lagu nyanyian Hazama bertajuk ‘Di Amaran Mama “. Drama ini di tayangkan pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Serba salah juga nak tengok drama tv3 juga drama bertajuk Lambaian Ramadan. Tapi takpe .. tak sempat tengok kita tengok online sahaja lah. Bukan susah. Janji line internet laju sudah .

assa

Sinopsis novel Assalamualaikum Cinta

Continue reading

Tunggu Walimatul Urus Lisa & Yusry Live Di Astro Ria

Malam ni , 25/02/2012 , memang tak plan kemana-mana , disebabkan kelmarin sibuk ya amat dengan hal-hal personal dan contest yang saya sertai , so hari ni memang hari saya di rumah sahaja , malas keluar rumah , malam ni perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry akan di tanyangkan secara eklusif di Astro Ria , so memang saya tunggu-tunggu sangat.

gambar lisa surihani nikah

Kredit kepada OHBulan.com

Adakah ramai yang benar-benar kecewa dengan perkahwinan Lisa Dan Yusry ni ? saya tengok rata-rata komen di youtube , facebook dan twitter ramai yang kecewa dan sedikit unsur-unsur negatif , siapa lah kita nak menilai ketentuan ALLAH , dah di takdirkan jodoh mereka bersama .. Kita sebagai peminat hanya boleh mendoakan semoga LISA & YUSRY bahagia ke akhir hayat , lupa kan segala permasaalahan lalu 🙂

Kenapa kita suka Lisa ? saya ada sebab tersendiri bukan kerana dia cantik saja ye ..