INILAH ARTIS YANG PERNAH BEKERJA SEBAGAI PRAMUGARI/PRAMUGARA

Sebenarnya ramai selebriti tempatan sebelum mereka terjun ke bidang seni mereka bekas pramugari atau pramugara. Mungkin sebab mempunyai wajah & perwatakkan yang menarik.. Bonus kalau ada bakat untuk menjadi seorang penghibur buat peluang mereka memasuki industri seni adalah lebih mudah. Ada yang kita tahu artis yang pernah bekerja di syarikat penerbangan & ada yang kita tak tahu.. Jadi jom kita tengok siapa artis yang pernah bekerja sebagai pramugari & pramugara AMY MASTURA (Malaysia Airlines) SCHA AL YAHYA (Air Asia) ZIANA ZAIN (Malaysia Airlines) Anuar Zain (Malaysia Airlines) DAYANG NURFAIZAH (Firefly) SHARIFAH SHAWATI (Malaysia Airlines) NORMALA SHAMSUDIN (Malaysia Airlines) MARIA TUNKU…

Continue reading

Ost Tiramitsu Tv3- Lirik Lagu Kau Menyusun Silang Kata AIZAT

Sekarang bee suka tengok cerita nih..Tiramitsu di tv3 …nih lagu tema nyer pun sedap jugak…

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(korus)
Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

(ulang korus)
Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

(ulang korus 2x)

lagu ni memang best …percayalah…

Imam Muda Musim Kedua Kembali Lagi, Kini Sasar Seluruh Dunia, Tarikh Dan Tempat Temuduga

eh Kan ramai blogger yang pandai Agama tuh, boleh lah cuba pergi temuduga yang akan berlangsung tak lama lagi!!


Imam Muda kembali untuk musim kedua setelah sambutan menggalakkan pada musim lepas. Program keagamaan ini berjaya mencuri tumpuan dunia dengan mengembangkan pendekatan kerohanian dan pemahaman sebenar tentang Islam mengikut acuan sebenar.Cuma bezanya pada musim pertama, peluang penyertaan terhad kepada warganegara sahaja.

Kini,Astro Oasis bakal meluaskan lagi pencarian Imam Muda kepada warganegara luar berikutan permintaan yang menggalakkan pada musim pertama.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kehadiran peserta antarabangsa ini mampu meningkatkan persaingan yang sihat di kalangan peserta dalam program ini.

“Kami telah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan membuka penyertaan ke peringkat antarabangsa. Apa yang penting mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan boleh menyertai segala aktiviti yang diperuntukkan dalam Imam Muda.

“Pelajar-pelajar asing yang belajar di sini juga digalakkan turut serta asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Satu faedah besar apabila mereka boleh bertutur bahasa Melayu, secara tak langsung dapat mengembangkan bahasa kebangsaan kita ke peringkat antarabangsa.

“Untuk menjadi imam yang unggul, remaja Malaysia harus didedahkan dengan persaingan antarabangsa,” ujarnya pada majlis yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Selain itu, bakal Imam-imam Muda akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang iman, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

“Segala kekurangan pada musim lepas akan diperbaiki pada tahun ini. Dan kami juga memberi pendedahan baru yang bersesuaian dengan keadaan semasa seperti selok belok ekonomi, perdagangan dan perubatan berdasarkan kitab suci Al Quran. Topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam turut diperkenalkan,” tambah Izelan.
Imam Muda musim kedua masih mengekalkan Yang Berbahagia Datuk Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan pengalamannya selama ini. Malah ManggaOnline (MO) tak dapat nafikan beliau antara tarikan utama program berkenaan. Syukur melihat tokoh agama mula dikenali anak-anak muda masa kini.

Bagi yang berminat menjadi pelapis serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai Imam, dijemput hadir ke sesi temuduga seperti berikut:

  1. 22 –23 Januari: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
  2. 28 –29 Januari: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
  3. 11 –12 Februari: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
  4. 19 – 20 Februari: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
  5. 26 – 27 Februari: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
  6. 05- 06 Mac: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Sesi ujian dan temubual terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim, mempunyai pengetahuan agama Islam dan mempunyai pengetahuan umum serta hal ehwal semasa yang cukup baik. Hanya 10 peserta bertuah dipilih untuk menjalani cabaran yang ditetapkan yang akan bersiaran pada 25 April 2011 di Astro Oasis.