Nokia Lumia 925 : Apa Yang Menarik Telefon Pintar Window 8

Terima kasih di ucapkan kepada pihak Nokia Malaysia kerana memberi peluang kepada blogger mak – mak ini mencuba sendiri Nokia Lumia 925 merupakan telefon pintar yang menggunakan Sistem Window 8 sebagai Sistem Operasi nya.

Window 8 yang sudah tersedia terpasang di dalam telefon pintar ini begitu lancar beroperasi kerana kuasa memproses processor Dual core Qualcomm Snapdragon S4 dengan clock 1.5GHz yang menjadi punca kuasa utama telefon pintar ini. Buat pengetahuan semua kapasiti bateri adalah sebanyak 2000mAh , dan ianya lebih dari mecukupi.

nokia lumia 925 review

Dengan paparan AMOLED 4.5 inci yang diberi nafas baru dengan sistem PureMotion, bersenjatakan pula dengan sebuah kamera belakang 8.7 MP yang menggunakan lens Carl Zeiss, Lumia kali ini bukan calang-calang Lumia. Ini Nokia Lumia 925.

Ketebalannya hanya 8.5 mm ¬†, nipis dan ringan … al-maklumlah puanbee biasa guna tab yang besar lagi berat dan ini memberi satu kelainan dari segi rasa.

Melihat pada design asas diperbuat daripada aluminium di keliling tepi telefon pintar tersebut. Di belakang pula, diperbuat dari bahan polycarbonate dengan kemasan yang terasa seperti getah membuatkan perasaan premium pada telefon pintar tersebut.

Skrin pula diperbuat daripada Gorilla Glass 2 dikatakan mampu menahan pelbagai keadaan lasak dan mengelakkan calar. Read More