Sembelit dan Baby Syamim

Salam dan hai .. masaalah sembelit pada anak kecil pula , biasalah kan .. kehidupan berkeluarga ni memang tak dapat lari dari masaalah kecil begini , Baby syamim .. berusia 1 tahun 2 bulan sekarang... walaupun masih lagi meneruskan penyusuan ibu , tetapi syamim dan mula makan , macam-macam makanan dia makan .. termasuklah kadang-kadang tumpang sekaki makan dengan kakak - kakak bertiga tu. Walaupun begitu  biasa lah di umur seperti syamim tu akan belajar untuk makan pelbagai jenis makanan , tetapi makanan rutin nya adalah bubur nasi…

Pilihlah Mamil untuk menjaga sistem penghadaman anak-anak.

Sebagai ibu bapa kita selalu ingin sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita. Betul kan? Sebagai ibu tinggal di rumah macam saya ni, memang pantang jika ada salah seorang anak megadu sakit, saya risau jika mereka sakit atau tak sihat ianya akan membuatkan saya menjadi huru hara. Kesian pada yang sakit, kesian juga pada anak-anak lain yang sihat tak dapat membuat aktivi harian seperti biasa. Jika boleh saya nak tengok anak happy dan menjalani hari dengan aktif. Anak kalau sakit, duduk diam di satu sudut.. Tak seronok tengok…

Sistem pencernaan yang sihat sangat di perlukan buat anak-anak.

Semua ibu bapa mahukan terbaik untuk anak – anak. Anak saya nombor 3 bernama Laila telah pun masuk 5 tahun , tahun depan dia akan bersekolah tadika. Laila seorang anak yang manja , cakap pun masih pelat .. Keletah yang bayak , periang dan suka bergaya.. Dan …. Laila masih minum susu di dalam botol.

Kebanyakkan umur kanak-kanak seperti Laila tidak lagi minum susu menggunakan botol. Saya tak sampai hati jika melihat laila tidak minum susu botol. Nampak Laila seolah-olah tidak bermaya.

Akhir-akhir ini .. Laila meneran Susah puntuk ” poo poo “ . Walaupun saya telah cuba menambahkan makanan berserat dan memperbanyakkan air kosong di dalam sajian Laila. Namun bukan setiap kali berjaya. Saya cuba menggantikan susu lama Laila dengan susu jenama lain.

Agak susah sebenarnya jika ingin menukar jenama susu. Perlu lakukan secara berperingkat. Kadang-kadang Laila memilih rasa .. Susu mestilah kena dengan tekak Laila.. Jika tidak di komplen nya tak sedap.

mummy let it out

OH !!!!! Tidakkkk ….

Jenama susu apa kah yang dapat membantu ? Saya sebagai ibu ingin sekali mencari susu yang menjaga sistem pencernaan anak saya. Tidak mahu Laila merasa sakit ketika membuang air besar.