Kisah anak 2 tahun 3 bulan.

Assalamualaikum dan hai. Apa khabar anak-anak mak hayam ? Nampak sekarang mak dah rajin menulis semula kan ? allhamdulillah. Dah stop bisnes online jual baju budak. Sangat letih .. tak sanggup mak nak berniaga kecuali ada pembantu. Sekarang mak cuma aktif bisnes emas dengan kawan-kawan sahaja di facebook. Ada juga buka group kutu just for fun. Sambil menabung simpan duit dan reward ke diri sendiri. Selain dari itu mak jadi mak supir , mak chef dan juga mak akauntan domestik. Job besar-besar kemain kan ? MAK SUPIR tu mak buat part time bawa anak jiran dan anak saudara sendiri. Total 9 orang kanak-kanak riang dalam kereta mak. Itu lah hikmah nya beli kereta besar-besar. Memang family besar. Duit upah bawa anak-anak jiran boleh rolling isi minyak kereta sesambil bawa anak sendiri. Boleh beli jajan-jajan.

Mohamad Syamim 2 tahun 3 bulan usianya. Ikut tahun dah pun 3 tahun. Tapi nampak kecik lagi sebab lahir hujung tahun kan. 2 tahun 3 bulan baru lah mak dia boleh tenang – tenang menulis blog semula. Lama nya mak ber ” hibernasi.Read More

Putus susu ibu atau bercerai susu ibu

Putus susu ibu atau bercerai susu ibu adalah masaalah biasa yang selalu menjadi pertanyaan ibu bapa di saat umur anak mencecah 2 tahun ke atas. Ada yang risau , bila anak baru berumur 1 tahun 8 bulan dah tidak mahu menyusu ibu mahupun susu formula. Ada juga yang tak sabar-sabar nak putuskan susu tersebut secepat mungkin walaupun anak baru berumur 1 tahun lebih , ada juga yang membuat keputusan , masuk je 2 tahun mesti putuskan susu ibu.

putus susu

 

Saya tak ada petua khusus , tapi saya ada pegalaman melahirkan dan menyusukan 4 orang anak  .. tiap kali beranak kecil , tiap kali susuakan anak , tiap kali anak membesar itu lah juga kitaran yang di rungsingkan. Allhamdulillah kesemua anak saya menyusu susu ibu sepenuhnya. Apabila umur mereka mencecah 2 tahun ke atas baru lah saya usahakan berikan susu formula.  Read More