Setelah 9 hari

Masih tiada air di kawasan saya , malahan tiada lori air atau pun statik tangki yang di sediakan di kaqasan rumah saya.

Setelah tamat sesi persekolahan awal tahun selama 3 hari , cuti hari sabtu dan ahad saya dan anak-anak kembali membungkus beg , kain baju yang di pakai dan berangkat ke kajang rumah adik . Syukur juga ada kakak dan adik-adik berhampiran rumah kalau tak memang bau ‘wangi’ manjang la ..

20130106-135846.jpg

Gambar hari sabtu , sekarang dah hari ahad saya telefon ke rumah , suami tak
ikut tinggal di rumah adik kerana dia bekerja dia mandi di tempat kerja saja. Hari ahad masih tak ada air ..

Risau esok dah mula nak bersekolah .. huuu ~

7 + 1 = 8 Manfaat Air

Cuaca tak menentu , minumlah banyak-banyak air kosong .. jangan pandang rendah walaupun air itu kosong tapi khasiat atau manfaat untuk tubuh badan kita memang sangat banyak.

manfaat air kosong

  1.   Mengambil air kosong dalam kuantiti yang cukup akan melancarkan sistem pencernaan manusia dan mengelakkan masaalah seperti sembelit.
  2. Air kosong melambatkan pertumbuhan zat-zat yang mengakibatkan kanser.Mencegah penyakit batu karang dan ginjal.
  3. Perawatan kecantikkan – tubuh akan menyerap air daripada kulit sehingga menyebabkan kulit kering.Air dapat melindungi ,melembab dan menyihatkan kulit.
  4. Kesuburan – Meningkatkan produktiviti hormon kaum lelaki dan wanita.
  5. Menyihatkan jantung –  Ubat strok kemampuan air melancarkan peredaran darah dan sistem penafasan membuatkan ia betindak untuk menguatkan otot-otot dan ligamen.
  6. Menenangkan – Air hangat dapat melebarkan pembuluh darah dan mencegah kekakuan otot,menghilangkan rasa nyeri,serta menenangkan fikiran.
  7. Menguruskan badan. – Minum air sebelum makan akan membuatkan anda kurang makan.
  8. Memberi kesegaran pada tubuh

Related :

  1. Lakukan Terapi Air Untuk Menguatkan Sistem Petahanan Tubuh Melawan Penyakit.
  2. Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong

 

Kami Tak Perlukan Taman Tema

Bukan nak protes terhadap Taman Tema yang ada di Malaysia ni , Jauh sekali hendak sebarkan fitnah terhadap Taman Tema .. tapi .. kenapa harus pergi ke Taman Tema jika bermain di laman rumah pun dah super duper seronok ?

kanak-kanak main air

Amboi siap peace lagi tu , ni semua sepupu-sepupu aliya , una dan baby .. bila balik kampung berkumpul memang seronok..semua tinggal di KL , tapi tetap berjumpa di kampung , Di Kl bapak-bapaknya sibuk sangat tak sempat nak bawak anak-anak jumpa agaknya..

kanak-kanak main air

Opah kata ..jangan main air ..tak larat opah nak bayar duit air nanti ..

Paklang kata .. tak pa .. nanti paklang bayarkan ..

Budak-budak apa lagi dah dapat green light ..

Saya ? rasa aman sikit semua main kat luar leh le borak dengan lebih panjang dengan mak-mak depa kat dalam bayangkan 13 orang buadak berkumpul cam mana ..hiks..

kanak-kanak main air

Si laila ni pulak , tak de mood agaknya nak layan budak-budak yang lain main air .. laila kat kampung pemalu sakan ..Una kemain lagi kan..

baby laila

baby laila

Balik Kl je una demam , dah seminggu pun , tapi demam una masih tak sembuh-sembuh siap jangkit ke baby laila lagi tu .. Budak sensitif ni agak mencabar nak jaga , itu tak boleh , ini tak boleh , tapi kalau semua di larang kesian lah pulak.. layan …

Soalan : kenapa diorang menhadap satu arah je ?