Review Buku Disney Dalam Bahasa Melayu Dan Buku-Buku Dari Filem Disney

Assalamualaikum dan Hai .. Apa khabar ? Dah lama saya nak tulis review tentang buku  Disney Edisi Bahasa Melayu ni. Tapi masa sangat tidak mengizinkan. Sibuk sungguh dengan hal duniawi. Allhamdulillah bertambah koleksi buku di dalam rumah ni. Kena cari almari baru pula lah. Dah banyak sangat buku . Pertama kali sila lah tengok video keterujaan anak-anak di dalam video di bawah. Sayang sangat sebab ter”over” merakam sampai panjang video tu. Langsung tak boleh upload ke youtube mahupun facebook.

Sekali pandang buku buku edisi Bahasa Melayu Keluaran Advantage Quest ini sangat lah menarik. Buku nya di datangkan dengan material yang berkualiti .. 5 bintang puanbee bagi. Ilustrasi terang dan sangat menarik mata anak-anak untuk memandang buku tanpa jemu. Hari pertama bawak balik Buku INSIDE OUT dan THE GOOD DINOSAUR anak-anak telah pun habis baca ya. Tak sempat pandang. Siap bawa ke sekolah dan baca sama-sama dengan kawan-kawan lagi. Mereka memang peminat Filem ini.

Untuk pengetahuan , Advantage Quest adalah penerbit utama buku-buku Disney di Malaysia dan sejak tahun lepas, mereka telah menerbitkan lebih 60 buah buku Disney dalam Bahasa Melayu. Malah, buku-buku terbitan mereka setanding dengan kualiti buku-buku antarabangsa dengan harga yang berpatutan.

 

Semua dia ikut kita ckp apa .. kalau baca buku tu suka sangat – sangat .. teruja sangat tuh sampai tak tahu nak terjah mana dulu .. kenapa lah video di Intagram ni pendek sangat .. video panjang lagi tk boleh upload di mana2 sedihhh . . Buku disney dalam bahasa melayu keluaran Advantage Quest , pengedar buku Disney pertama di Malaysia. . Buku buku ini boleh di dapatkan di kedai – kedai buku seluruh Malaysia . Terutamanya Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia . Sebelum terrrlupaaaaaa .. Kedai Buku Popular Sedang mengadakan peraduan ” Percutian ke Disneyland Hong Kong ” dengan setiap pembelian RM50 buku di kedainya. . Layari http://Puanbee.com untuk review penuh buku buku ini .. . #BukuDisney #Maribaca #Popular #AdvantageQuest #BloggerReview

A video posted by latifah bee (@puanbee) on

 Review Buku Disney Edisi Bahasa Melayu

TAJUK : ABC – PIXAR DISNEY
SIRI BUKU : LIHAT DAN CARI PERTAMA SAYA
KELUARAN : ADVANTAGE QUEST ( www.aquapublications.com )

Boleh dapatkan di kedai buku berdekatan terutamanya kedai buku Popular. Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan “Percutian ke Disneyland Hong Kong” dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney. Borang peraduan boleh diperolehi di semua cawangan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

buku-abc-disney

Buku ini sesuai sangat dengan anak berumur seawal satu tahun. Dah boleh main cari barang-barang dan di samping itu dapat juga mengajar anak bertutur dengan betul. Syamim 3 tahun memang suka kan buku ini. Bila main cari barang tersembunyi dia suka bila menang.. bila kalah dia menangis. Sabar saja lah kan.  Untuk anak kecil dah tentu ibu bapa kena bimbing anak .. tapi jangan risau .. ada juga nota  cara untuk ibu bapa membimbing anak membaca.Continue reading