Resepi Nasi Minyak Beras Basmathi King Jasmine ( Jamuan Puasa )

Jamuan untuk akhir bulan ramadan ni. Mesti makan special sikit .. makanan kegemaran si suami adalah kari kepala ikan dan nasi minyak. Kalau dah baca entri sebelum ini iaitu Cabaran beras Jasmine Basmathi King   dan juga resepi kari kepala ikan sentuhan orang utara ini adalah untuk melengkapkan Resepi Nasi Minyak Beras Basmathi King Jasmin ini laaaaa ~

Dah pernah cuba beras Basmathi king ini ? kalau belum … korang mesti cuba … beras yang panjang lebih padat dan membuatkan nasi lebih sedap , kenyal dan cepat kenyang. Lagi satu bau nya memang harum semerbak …

nasi minyak basmathi king jasmine Read More

Resepi Jelatah Timun Senang Di Sedia

Resepi jelatah timun , atau pun cara untuk buat jelatah timun paling cepat. Pada hemat saya , bahan untuk buat jelatah ini memang sentiasa ada di dapur betul kan ? dalam hidangan saya mesti ada 1 jenis lauk berkuah atau 1 jenis sayur dan juga ulam. Jika tak ada .. kurang berselera makan nya.

Ini adalah makanan sampingan yang mudah dan dapat menambah selera. Selain dari jelatah timun saya juga suka pelbagai jenis kerabu. Antaranya :

  1. Resepi Kerabu tembikai di bulan ramadan
  2. Resepi : Kerabu pegaga + sotong kurita cara mudah

jelatah timun Read More

Ikan susu bakar (resepi pemanggang ajaib)

Dah lama guna pemanggang ajaib , baru nak share resepinya , kalau bakar guna pemanggang ajaib ni , aroma nya lain sikit dari oven biasa , lagi satu senang , tak perlu kertas timah tu. Kalau tak rumit sikit nak balut-balut dulu baru bakar kan.  Sekarang memang banyak makan pangang-pangang kan bagus …

Ikan susu , ramai yang komen belum pernah beli ikan susu , tak tahu dan tak kenal ikan susu dan tak kurang juga takut nak beli ikan susu sebab banyak isi. Hahaha …

Ikan susu jenis bersisik , banyak tulang , tapi tak la sebanyak tulang ikan terubuk. Isinya banyak juga .. bila di bakar isi nya tak kering , ala-ala salmon pun ada , cuma isinya bewarna putih.

resepi simple : ikan susu pangang Read More

Juadah sahur : Ikan goreng celup tepung

Sebenarya  .. kalau tak merantau dari perak ke kuala lumpur , kalau tak pergi ke terengganu , memang tak jumpa la ikan goreng celup tepung ni. Orang utara kurang goreng ikan celup tepung. Biasanya bakar  , kukus atau goreng kunyit saja. Sekali dah rasa .. sedap pula .. cuba la cari resepi … dan dah banyak kali cuba baru la menepati citarasa.

ikan goreng celup tepung

Resepi kerabu tembikai

Bahan nya pun senang dan mudah . Memang ada di dapur mak-mak . Saya guna 5 sudu besar tepung jagung + telur 1 biji + sedikit garam dan kunyit. Gaul semua bahan. Read More

Resepi ikan asam pedas perlis

Resepi ikan asam pedas perlis dapat dari adik , dan resepi ni dari mak mertua dia , jika orang perak punya resepi lebih kurang begini juga , cuma tak ada beras … jika orang perlis atau kedah mungkin memang masukkan beras kot … tak tau nak cakap .. tapi asam pedas melaka lain pula kan..

Nak cuba ? mari la ambik resepi di bawah. Kalau dulu suka masak kari-kari , lemak-lemak sekarang memang ubah , kurangkan masak lemak dan kari – kari ni , sebab faktor kesihatan suami. hehe …

RESEPI IKAN ASAM PEDAS PERLIS Read More

Resepi Lemang Daun Pisang

Resepi Lemang Daun Pisang

Resepi datang lagi ..pelbagai komen yang saya dapat bila saya sebut nak buat lemang daun pisang dalam entri lepas kan .. so sekarang meh saya bagi resepi dan gambar. Bagaimanakah rupa lemang yang dibungkus dengan daun pisang tu ?? ok .. bila di potong lemang tu rupanya sebijik serupa mcm lemang yang di perbuat dari buluh , yang bezanya pembuatan lemang daun pisang ni lebih mudah tak perlu buluh dan bakar guna kayu api bagai , sesuai ler dengan keluarga saya yang ramai perempuan dari lelaki ..renyah tau nak buat lemang buluh tu .

Resepi Lemang Daun Pisang
Resepi Lemang Daun Pisang

Ini lah rupanya bila lemang tu dah di balut dengan daun pisang dan sedia untuk di kukus … menarik tak ? nak ikat dengan tali tu mudah saja , tak perlu takut .. siapa yang pernah masak lopeh mesti tahu cara ikatan di atas .. Read More

Resepi bubur barli mudah & Khasiat barli

Resepi bubur barli mudah hendak di buat dan berkhasiat juga. Bulan puasa dah dekat ni .. kan kan .. boleh juga di jadikan juadah berbuka nanti . Setiap kali cuaca panas tiba , saya mesti akan usahakan makanan atau air dari barli ni untuk anak-anak , sebab paling utama saya tak nak anak demam atau batuk dek kerana tak tahan cuaca panas. Seperti musim jerebu kelmarin. Panas membahang kan , jadi ini la sajian untuk anak-anak , sediakan air barli dan masak barli lebih kerap.

Antara kebaikkan barli yang lain

  • Menyejukkan badan
  • Melawaskan air kencing
  • Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  • Merendahkan kolesterol
  • Meredakan sembelit
  • Mencegah penyakit kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis  ( jika untuk kencing manis tidak di galakkan buat bubur begini ye .. bahaya .. rebus sahaja dah memadai )

BUBUR BARLI Read More

Resepi Ayam Masak Keling

Salam , ini RESEPI AYAM MASAK KELING di berikan oleh geng KSR juga. Terima kasih Kak Yus kerana menyumbangkan resepi yang jarang-jarang saya masak di rumah ini. Ini boleh di jadikan koleksi masakkan saya terbaru.

Kak Yus meminta maaf awal-awal lagi kerana nama Ayam Masak Keling ini agak unik takut-takut tersentuh mana-mana pihak. Tetapi ini lah nama asal masakkan ini.

ayam masak keling Read More

Resepi Sup Makaroni cara kita.

Sekarang ni ada banyak benda yang saya teringin nak makan , ada dua tiga jenis makanan yang asyik berlegar dalam kepala , teringat dan terliur bila mengenangkan pada satu-satu masa. Antaranya ialah sup makaroni ni. Teringat sebab dulu pernah pergi makan di jamuan hari lahir anak seorang kawan. Teringat-ingat sebab tu la saya buat. Biasa makaroni saya akan gunakan kuah dalam tin tu jek. Tak suka makan dengan cara lain. Tapi entah kenapa nak makan jenis sup pula. He he he ehem~

Anak-anak kalau makan makanan yang jarang ibu masak tetapi sedap , tak habis2 puji kalau nak bayangkan macam mana .. boleh bayangkan belon kena pam , dan saya akan jadi belon yang sangat-sangat besar. Hik2

sup makaroni

Read More

sedap kerabu pegaga ini

Resepi : Kerabu pegaga + sotong kurita cara mudah

sedap kerabu pegaga ini

Siapa suka pegaga ? pegaga banyak khasiat dan sesuai di amalkan oleh semua orang terutamanya kaum wanita , lagi-lagi jika anda baru lepas melahirkan anak. Cara nak buat kerabu pegaga yang saya sediakan ni adalah cara yang paling mudah dan boleh di buat oleh kaum bapa untuk isteri nya ketika isterinya berpantang. Gitu .. tunjuk kasih sayang kaedahnya .. Ini adalah salah satu menu atau pun makanan orang berpantang. Sedap kan ?

kerabu pegaga , ulam pegaga

Tak perlu banyak bahan untuk membuat kerabu pegaga + sotong ini. Bahan yang paling utama haruslah pegaga dan sotong yek tuan dan puan – puan sekalian . Di ikuti dengan cili , bawang besar di cincang halus , sedikit belacan dan udang kering.

Apa yang perlu di lakukan adalah ..

  • Udang kering sila basuh dengan air panas melegak atau rebus , kerana kita tak masak kerabu ni nanti. Takut ada keracunan makanan pula. Ye lah kita tak tahu macam mana udang tu di proses kan.
  • Sotong juga setelah di cuci kita rebus.
  • Bahan-bahan lain seperti bawang dan pegaga di cincang halus . Cili , belacan dan udang kering pula di tumbuk atau pun di kisar.

ulam pegaga di buat kerabu

Gaulkan semua bahan sekali , di tambah dengan sedikit perasa , gula + garam + sesudu cuka = masam-masam manis secukup rasa. Pastikan semua rasa sekata. Masam , manis , pedas dan sotong yang pejal ranggup ! nyumm.. Oh ! cuka boleh juga di gantikan dengan jus limau kasturi atau limau nipis yek tuan dan puan-puan.

kerabu pegaga paling mudah dan sedap

Ini adalah pilihan , kalau ada kelapa parut boleh masukkan , jika tiada atau tak suka kelapa parut di dalam kerabu sotong anda sila abaikan .. kadang-kadang saya terlupa beli kelapa jadi saya tak masukkan. :p biasa orang cakap sediakan makanan sedap-sedap untuk suami , apa kata suami pula sediakan kerabu pegaga dengan sotong ini untuk isteri nya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak. Sure!!!!! isteri rasa terharu sampai sebak dalam dada.

Ewahh ..ober.

K .. selamat mencuba. Tak tau nak letak tajuk cam ne ..