SYURGAKU, KISAH ANAK MENGKHIANATI IBU SENDIRI

Share

Tinggal lebih kurang seminggu umat Islam bakal meraikan Hari Raya Korban ataupun di kenali sebagai hari raya Aidiladha. Mesti ramai yang mula buat persiapan, kan? tapi di Malaysia ni sambutan hari raya korban tidak la di raikan dengan meriah sangat kecuali di negeri pantai timur jadi kebanyakkan kalau raya korban ni memang tak ramai nak sibu beli baju raya atau buah kuih muih sangat.

Jadi raya korban ni antara raya yang tak berapa sibuk. Boleh rilex tengok tv kat rumah. Biasa la bila menjelang cuti raya banyak rancangan menarik yang TV akan tayang. Salah satunya Telemovie yang saya rasa bakal membanjirkan ramai para wanita di luar sana.

Raya kedua (2 September 2017) pada pukul 9.00 Malam dalam slot cerekarama di TV3 jangan lupa  tonton Telemoview hebat lakonan Norlia Ghani, Azhan Rani, Syurgaku. Tengok iklan promo dia pun meleleh je airmata. Nak2 watak utama di bawa oleh pelakon yang kita tak boleh pertikaikan lagi mutu lakonan mereka. Yang sentiasa hidup tak kira apapun watak yang di beri.

Dari iklan promo kat TV3, Telefilem Syurgaku ni mengisahkan seorang anak lelaki lakonan Azhan Rani yang mengkhianati janji dengan ibunya. Dia menghantar ibu dia kat rumah orang tua tua kalau tak silap & menipu isteri & anaknya yang ibunya telah meninggal dunia. Tapi akhirnya penipuan itu di ketahui anaknya.. Nak tahu apa berlaku selanjutnya. Jangan lupa menonton ok!

Terima kasih TV3 kerana menyajikan drama hebat sempena hari raya Aidiladha.

One Comment:

  1. Pelakon veteran Norlia Ghani ni sentiasa hidup lakonannya dalam apa jua drama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *