Syukur Dividen ASB 2011 – 7.65 Sen Seunit Dan Bonus 1.15 Sen Seunit

Perkara yang dinantikan setiap tahun , setiap hujung tahun bagi pemegang Amanah Saham Bumiputra , kelakar juga , ada yang cakap dapat dividen ASB boleh lah shopping , joli sana .. joli sini .. tapi bagi saya dividen ASB ni digunakan untuk tokok tambah yuran persekolahan anak-anak saya , ye lah .. zaman sekarang nak kan sekolah anak yang biasa-biasa pun banyak perbelanjaan yang di perlukan.

Tujuan saya membuat pelaburan ASB ni pada asalnya memang bertujuan untuk menampung yuran sekolah anak , sewaktu saya berniat nak melabur kelmarin dulu anak pun belum ada lagi , sehingga sekarang pejam celik , pejam celik dah pun beranak tiga.. Nasib ada dividen ini ringan sikit bebanan yang perlu di tanggung , zaman sekarang ni kalau si suami kerja seorang , memang tak cukup mewah lah lagi betul tak ?

mencarum ASB guna maybank2u , CIMB cliks

Amanah Saham Nasional Berhad, ASNB, hari ini mengumumkan agihan pendapatan 7.65 sen dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera, ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Ia, peningkatan 0.15 sen seunit berbanding 7.5 sen seunit yang dibayar tahun lalu.

Jumlah pengagihan pendapatan membabitkan 7.04 bilion ringgit itu, peningkatan 21% berbanding RM5.82 bilion tahun lalu.

Bagi pembayaran bonus pula RM628.29 juta oleh PNB.

Pembayaran itu akan memanfaatkan 7.3 juta pemegang unit.

TUN AHMAD SARJI ABDUL HAMID / PNB CHAIRMAN
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung asb ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen-instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

Sehingga 15 Disember 2011, ASB telah mencatatkan pendapatan kasar RM7.19 bilion .

Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.09 bilion atau 56.9% kepada jumlah pendapatan kasar.

Manakala, pendapatan daripada penjualan saham dalam syarikat pula menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3% .

Allhamdulillah banyak sikit lah nampak gayanya tahun ni , bermula 3 Januari 2012 , dah boleh mula semak dengan membawa buku ASB ke kaunter-kaunter berdekatan , Tahun ni 2 orang anak bersekolah dengan 3 yuran sekolah untuk di bayar 🙂 habuan anak-anak lah nampaknya .

P/S : sekarang ni tak macam dulu , susah betul nak mencarum dalam ASB beratur sampai berpeluh-peluh di pejabat pos tu , sekarang dah boleh guna CIMB clicks atau Maybank2u je .. mudah kan? menyimpanlah walau apa tujuannya pun 🙂

Please follow and like us:
follow subscribe - Syukur Dividen ASB 2011 - 7.65 Sen Seunit  Dan Bonus 1.15 Sen Seunit0

63 Comments

  • senoipraaq

    22/12/2012 at 12:21 PM Reply

    hai, kawan-kawan semua.Dengar khabar dividen ASB tahun 2012 ialah 7.65 peratus.Naik 10 sen daripada tahun lepas. # hb 1,13 nanti leh la pakat gi semak buku anda semua.

  • senoipraaq

    29/11/2012 at 3:48 PM Reply

    hai semua.. macam mana perkembangan ASB kita tahun ni? agak-agak cam tahun lepas ke or bertambah.sama-sama la kita nantikan saat pengumuman oleh PNB bulan 12..pertengahan nanti.haraplah biarlah bertambah sikit hingga 10 peratus macam dulu ke.dulu awal 90an 13 peratuspun ada.le ni susahdah nak jadi macam tu..

    • puanbee

      29/11/2012 at 4:53 PM Reply

      tak tahu lagi mcm mana , sama2 tunggu ..

  • senoipraaq

    18/01/2012 at 12:29 PM Reply

    salam. Puanbee..ni surirumah ke? Cam wife i juga le….eh leh tanya ek. suami kerja apa?

  • senoi praaq

    15/01/2012 at 12:23 PM Reply

    puan bee ni berapa usia ek..

    • puanbee

      15/01/2012 at 12:50 PM Reply

      tua dah 28 nape ? hukss buh link tk betul ..

  • Jubah Outlet II

    03/01/2012 at 6:19 AM Reply

    bolh semak kat maybank2u tak? nak beratur rama org kat kaunter.

    • puanbee

      15/01/2012 at 12:48 PM Reply

      tk boleh semak mayban2u tu ..

  • Denaihati

    21/12/2011 at 6:13 PM Reply

    alhamdulillah, rezeki2.

    • puanbee

      21/12/2011 at 6:23 PM Reply

      itu lah dia , rezeki anak2 juga tu

  • Ummi Hanie

    21/12/2011 at 3:36 PM Reply

    syukur …

    nis jugak belum ade ASB

    • puanbee

      21/12/2011 at 6:23 PM Reply

      buat satu nis , masuk rm20 sebulan pun tk pe ..sikit2

  • kakyong

    21/12/2011 at 9:43 AM Reply

    Alhamdulillah kan Bee.. ade juga dividen ASB, kakyong pun tahun depan mungkin dah harus mula mengeluorkan dividen.. buat masa ni simpan jer dulu..

    • puanbee

      21/12/2011 at 2:13 PM Reply

      hehe kalau tk de nak guna apa2 memang berhajat nak simpan je , tp belum keluar dah beratus benda2 senarai yang perlukan duit ..

    • senoi praaq

      26/12/2011 at 12:06 PM Reply

      Tak pa,le kak yong gunalah duit utk keperluan diri kiata ek,saypun nak keluar juga.

  • Juan

    21/12/2011 at 4:36 AM Reply

    saya nak belanja family jalan jalan guna ASB, hehe

    • puanbee

      21/12/2011 at 2:15 PM Reply

      jangan lupakan akk (tiba2 jd famili hehe)

  • ohcikgu

    21/12/2011 at 12:47 AM Reply

    mesti ramai suka bila asb naik tahun nih. haha

    • puanbee

      21/12/2011 at 2:16 PM Reply

      naik suka , turun nyampah kihkihkih

  • shraqs

    20/12/2011 at 5:30 PM Reply

    Hujung & awal tahun,.. inilah berita yang paling seronok. Alhamdulillah PnBee adalah rezeki anak2 tu kan.

  • CMRatu

    20/12/2011 at 3:56 PM Reply

    alhamdulillah, saya pula 30% dari dividen ni utk kereta ja… roadtax insurance, nasib baik keta murah, jadi rendah la insurance.. hehe..

    • puanbee

      20/12/2011 at 3:58 PM Reply

      haa kenyataannya kan , banyak tanggungan tu hehe

      • CMRatu

        20/12/2011 at 4:19 PM Reply

        tu la, sebenarnya macam2 nak pakai duit, yang asa biar la beranak dlm ASB, yang dividen ja keluarkan, kena disiplin.. yang sijil memang x leh kuar dah la..

        • puanbee

          20/12/2011 at 4:20 PM Reply

          tertekan kalau fikir duit ..huhu~ yang penting kena berpada2 gak ..

    • senoi praaq

      26/12/2011 at 12:12 PM Reply

      CMRatu banyak ke simpan ASB sampai leh bayar roadtax ,insurance keta dll.Camna cara simpan ek.saya ada tak berapa bnayak cam orang lain.nak buat loan ASB tak berani,banyak hutang lain spt rumah,credit card dsb.

  • puan kutu

    20/12/2011 at 3:53 PM Reply

    alhamdulillah ada gak rezeki utk anak2 bee..

    kutu malu nak cakap asb kutu telah berjaya dikikis dengan jayanya.haha..

    ehh dah cakap pun..:)

    • puanbee

      20/12/2011 at 4:00 PM Reply

      haha kutu , wat lawak lak dia ..

  • bardboo

    20/12/2011 at 3:35 PM Reply

    memamng inilah benda yang ditunggu tiap2 tahun..hehe…

    • puanbee

      20/12/2011 at 3:59 PM Reply

      dirindui selalu ye tk ..

  • khairul

    20/12/2011 at 2:16 PM Reply

    pak cik kayo

    • puanbee

      20/12/2011 at 3:58 PM Reply

      kalau leh kaya bagus lah 🙂

    • senoi praaq

      26/12/2011 at 12:22 PM Reply

      yeke pak cik, tentu banyak savings.kadang orang kampung ang ada ladang getah dan kebun lagi kaya dan bnyak duit daripada kakitangan kerajaan,ye tak kekawan.

  • ummiross

    20/12/2011 at 2:14 PM Reply

    Alhamdulillah, rezeki hujung tahun, tak sabar jugak nak tunggu..

    • puanbee

      20/12/2011 at 2:18 PM Reply

      ummie mesti banyak simpanan kan .

  • ila

    20/12/2011 at 2:12 PM Reply

    alhamdulilah,ada gak rezeki

  • kimmie

    20/12/2011 at 2:02 PM Reply

    setuju dgn puanbee, bagus simpan dlm ASB ni, dulu mula2 tak buat juga, masa thn2 sblum ni tak boleh nak simpan guna online banking, so mmg rasa leceh nak ke pejabat pos atau kaunter bank. Tp bila tgk abg2 dpt duit dividen, rasa jeles pun mula timbul. Then start juga simpan dlm ASB. Skrg senyum tak berhenti nak tunggu masa kemas kini buku 🙂

    • puanbee

      20/12/2011 at 2:18 PM Reply

      itu lah kimmie , penat2 simpan berbaloi gak kan ..

      • kimmie

        20/12/2011 at 2:21 PM Reply

        betul – betul….berbaloi – baloi 🙂

        • puanbee

          20/12/2011 at 2:23 PM Reply

          kimmie anak berapa ek ?

          • kimmie

            20/12/2011 at 2:23 PM Reply

            saya bujang lg puanbee

            • puanbee

              20/12/2011 at 2:27 PM Reply

              lor best lah kalau bujang dpt dividen haha ..

              • kimmie

                20/12/2011 at 2:28 PM Reply

                best sikit la :), tp dividen tu bakal digunakan utk tukar tayar kereta heheheh

                • puanbee

                  20/12/2011 at 2:33 PM Reply

                  mesti dah ade plan sebelum duit keluar kan , saya buat tampung belanja yuran anak , dan bayar road tax keta ..huwaaa…

                  • kimmie

                    20/12/2011 at 2:35 PM Reply

                    yup betul tu, biasanya digunakan utk kos2 yg agak besar. Klu nak harap gaji mau tak mkn la bulan tu.

                    • puanbee

                      20/12/2011 at 2:37 PM

                      betul lah tu .. gaji tk tinggi kan , tambah saya ni suami je kerja sorang ..

                      initty pun tk beranak2 hahah ..

  • Budak Nakal

    20/12/2011 at 12:24 PM Reply

    koz x simpan lagi kat asb…bz memanjang ingat nnt nk buat ar^^

    • puanbee

      20/12/2011 at 12:48 PM Reply

      simpan koz , sekarang dah boleh masukkan duit online je , sebulan 30 -50 pun boleh kan ..

      • Budak Nakal

        20/12/2011 at 1:07 PM Reply

        tu le…my mother selalu pesan tapi diri ni je sebok memanjang haha

        • puanbee

          20/12/2011 at 1:08 PM Reply

          hehe tk pe simpan kat mana2 dulu , kemudian masukkan ke asb , jangan keluarkan setahun tengok dividen tu nanti mesti rasa nak simpan je ..

          • Budak Nakal

            20/12/2011 at 1:16 PM Reply

            nk kne g si2 gak nk tahu maklumat lebih detail^ ^…

            kalau ikutkan perancangan awal koz lau lh nk simpan smua hasil keuntungan dlm blog ni dlm asb…hihi die lau msuk beberapa pun x kisahkan kak?

            • puanbee

              20/12/2011 at 1:45 PM Reply

              tk kisah , akk wat loan masukkan ke asb , hehe .. pastu duit blog memang masuk situ .. 10 hengget pun masuk gak ..

              • senoi praaq

                07/03/2012 at 12:39 PM Reply

                Cam na buat duit guna blog? saya minat juga bab penulisan ni.

  • akubiomed

    20/12/2011 at 12:08 PM Reply

    Banyak Puan Bee melabur didalam ASB. 🙂

    • puanbee

      20/12/2011 at 12:48 PM Reply

      tak banyak sangat , tp leh ler…

  • UpProfits

    20/12/2011 at 11:50 AM Reply

    Shopping sakan la anak2 PB..shopping brg skolah..ibu dpt dividen asb byk..hahaha

    • puanbee

      20/12/2011 at 12:49 PM Reply

      biasa lah anak2 , untung anak zaman la nih ..

  • afasz

    20/12/2011 at 11:42 AM Reply

    akak, tahu tak kalau kita dah simpan kat asb sebulan rm1000 start bulan mac 2011 then kite stop simpan pd bulan June .2011…then kite keluarkan duit asb tu dlm bulan 11 2011…so kite dpt ke dividen?

    • puanbee

      20/12/2011 at 12:50 PM Reply

      rasanya dah keluarkan memang tk dpt dividen .. simpanan tu asalkan tk dikeluarkan langsung je boleh dpt dividen , kalau tk simpan tiap2 bulan pun tk pe , asalkan tk keluarkan langsung

      • puanbee

        20/12/2011 at 12:50 PM Reply

        tapi kalau masa awak ambil tu ada baki lagi dapat juga dividen ..

        • afasz

          20/12/2011 at 12:57 PM Reply

          ooo…ada lagi baki dlm tu.hehehe.alhamdilillah kalau ada rezki…amin..tq pn bee …good info for me.baru nak kenal apa itu devident asb..:)

          • puanbee

            20/12/2011 at 1:49 PM Reply

            mesti ada lagi tu .. nanti try je semak .. seronok tiap2 tahun ada dividen , tp nak simpan tu omakaii ..

    • julianamartin

      23/12/2011 at 3:21 PM Reply

      salam..pembetulan….ASB nie kalu kita simpan sebulan je dlm ak pun bole dptdividen, coz die pro rate utj setahun….maksudnya 7.65/100x 1/12…

      • senoipraaq

        18/01/2012 at 12:27 PM Reply

        ye laa dikira baki minima bulanan.kalau tak keluarkan langsung dari awal th to akhir tahun lagi bagus..baru la dapat dividen banyakl.bonus lakbiarlah dah 10 tahun.

Post a Comment