Syarat Mohon Rumah 1Malaysia Putrajaya Presint 11 (PRIMA)

Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia atau  , akan ditubuhkan bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek di bawah program tersebut di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perbadanan khas yang akan terletak di bawah Pejabat Perdana Menteri itu juga akan membuat pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.

UPDATE BERITA PR1MA 13 dec 2012

Syarat untuk memohon PR1MA terbaru

Syarat mohon PR1MA

Pilihan Perumahan PR1MA – Nusantara PR1MA

TERMA DAN SYARAT:

1. Moratorium selama 10 tahun akan
dikenakan di mana rumah tersebut tidak
boleh dijual atau dipindah milik

2. Pembeli wajib mendiami di rumah
tersebut

INFORMASI TAMBAHAN untuk memohon PRIMA

1. Pemohon mesti membuat pendaftaran
melalui laman web, www.pr1ma.my

2. Tempoh permohonan bermula dari
Disember 13, 2012

3. Pemohon perlu membuat pembayaran
kos penyediaan dokumen (peguam)
dan duti stem seperti biasa

4. Pembeli rumah yang berjaya boleh
meneruskan urusan pembiayaan
perumahan dengan institusi
kewangan pilihan sendiri

Tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kemudian

Boleh tengok ilustrasi perumahan PR1MA di SINI 

==============================================================

Baca Berita lagi : Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 | 560 lagi tinggal – 4 oct 2011

Sehubungan itu, katanya akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan diluluskan oleh Parlimen pada sidang akan datang.

“Ini kerana (penubuhannya) kita melihat bahawa unit ini akan memberi satu peluang yang cukup baik untuk kita membangunkan sebuah industri secara besar-besaran.

“Mudah-mudahan dengan tertubuhnya perbadanan khas ini, maka program PR1MA akan menjadi program yang sangat penting selaras dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya ketika melancarkan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, di sini Isnin.

Najib berkata dasar baru itu akan dapat melonjakkan ruang pemilihan rumah untuk rakyat dan menjamin masa depan yang lebih baik kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.

“Saya amat berharap program ini akan dilaksanakan terutama sekali (projek perumahan) yang telah dikenal pasti, secepat mungkin kerana keperluannya adalah amat tinggi dan ramai yang menantikan pelaksanaannya.

“Lebih-lebih lagi, projek ini sangat diminati oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Noriyah Ahmad berkata perbadanan itu dijangka ditubuhkan awal tahun depan.

Katanya pendaftaran untuk membeli rumah di bawah program PR1MA hanya boleh dilakukan selepas penubuhan perbadanan khas itu.Sumber : Bernama

Syarat Memohon Rumah Malaysia D i Putrajaya Presint 11

  1. Menjadi pengundi berdaftar di Putrajaya.
  2. Syarat (asas) layak memohon adalah warga negara Malaysia,
  3. berumur 21 tahun ke atas,
  4. berpendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri),
  5. memiliki satu rumah di Malaysia atau mereka belum lagi memiliki rumah,

Mereka yang berminat bolehlah melayari laman web JPM di http://www.pmo.gov.my untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan serta cara untuk memohon.

Permohonan dibuka dari sekarang sehingga tengah malam 12 Oktober 2011.

Permohonan ini tiada sistem kuota, malah ia terbuka kepada mereka yang layak. Format permohonan yang kami perkenalkan ini juga ringkas, kerana pemohon hanya tandakan pada petak.

Unit berkenaan akan diperuntukkan melalui proses cabutan undi terbuka yang diadakan pada 15 Oktober 2011 dan majlis ini disempurnakan bersama Perdana Menteri.

Boleh tengok cara memohom rumah PRIMA dengan lebih lengkap di Website PR1MA — link

Search

Comments

  1. mohd saifullah sanuri :

    t.kasih. saya nak memohon rumah 1 malaysia , macamana ye nak dapatkan borang permohonan dan hantar kat mana borang tersebut . Harap pihak yang berkenaan dapat membantu saya.
    tel : 03-62729375, 012-3800050

  2. nyonya kurunai merikan :

    prima ni khas untuk kawasan semenanjung sahaja kah?tak adakah dibuat di kawasan Sarawak?

  3. salam puan.. saya memang tinggal di putrajaya dn bekerja di sana juga. Saya nak tanya ada tak rumah teres mampu milik yang di bina oleh prima kat area ni atau area sekitar putrajaya… So far gaji tak lebih dr 3500 ke bawah.. dan bagaimana nk memohonnya..TQ

  4. Harga Rumah
    815 sq.ft 120,000.00
    1006 sq.ft 150,000.00
    Kiraan Maintenance dan Parking Bagi Rumah PR1MA Putrajaya Bagi Sebuah Unit

    Keluasan Rumah (sq.ft) Maintenance 0.25 sen x 1 k/persegi Tempat Letak Kereta Berbumbung Jum. Sebulan Jum. Setahun Jum. 10 Tahun Tempat Letak Kereta Tidak Berbumbung Jum. Sebulan Jum. Setahun Jum. 10 Tahun
    RM RM RM RM RM RM
    12 Bulan 120 Bulan 12 Bulan 120 Bulan
    815 203.75 100.00 303.75 3,645.00 36,450.00 80.00 283.75 3,405.00 34,050.00
    1006 251.50 100.00 351.50 4,218.00 42,180.00 80.00 331.50 3,978.00 39,780.00

    Kiraan Maintenance dan Parking Bagi Rumah PR1MA Putrajaya Bagi 560 Unit
    Jenis Rumah Maintenance/Tempat Letak Kereta Berbumbung Maintenance/Tempat Letak Kereta Tidak Berbumbung
    815 sq.ft 420 unit 127,575.00 1,530,900.00 15,309,000.00 119,175.00 1,430,100.00 14,301,000.00
    1006 sq.ft 140 unit 49,210.00 590,520.00 5,905,200.00 46,410.00 556,920.00 5,569,200.00

    Jumlah Keseluruhan 176,785.00 2,121,420.00 21,214,200.00 165,585.00 1,987,020.00 19,870,200.00

  5. siti kamiliana :

    macam mana nak ambik borang ni ye??saya betul2 perlukan rumah 2,boleh tolong saya tak untuk dapatkan borang tu?

  6. Saya umur 24tahun n masih bujang lagi…gaji dlm rm2800 sbln..blm tolak kwsp..saya layak x utk memohon…

  7. nk tanye boleh mcm mna nk mohon rumah prima ni …

  8. ape link nak buat permohonan????

  9. Saya tak layak :(
    Huzaifah recently posted..Gempar! Harga Beli Jin Toyol Serendah RM300 Je?My Profile

  10. Mcm2 skang dasar yg gomen buat utk mesra rakyat
    Cuma….. kdg2 tak ke terfikir apakah sebabnya???

  11. ni langkah utk bantu org berpendapatan sederhana lah ni .. bagus ler …
    Ummi Hanie recently posted..Selamat hari tuaMy Profile

  12. cepat2 bagi yg layak…..

  13. Ramai kwn2 kat opis saya dah apply hari nie….
    Nazayiena recently posted..Wordless WednesdayMy Profile

  14. x cukup umo lagi… huhu
    Fakarepain recently posted..DENAIHATI NAK BAGI PERODUA MYVI EXTREME KAT KORANG !!My Profile

  15. di penang tak ada ke rumah 1 malaysia ni?

  16. alamak, kat tempat lain dia tak announce lagi yek.. takkan tetiba nk ngundi kt putrajaya plak
    mama pipie recently posted..Kisah Syafi dan Bantal BusuknyaMy Profile

  17. kat opis ni sibuk tengah hangat citer topik ni.. huhu…
    madammondoq recently posted..Malunya Posing Kat Sini..My Profile

  18. Inilah masanya untuk membeli aset jangka masa panjang

  19. harap2 ianya dijalankan secara adil
    ema recently posted..semalam dalam telaga…hari ini dalam longkang pulak!!!My Profile

Trackbacks

  1. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 | 560 lagi tinggal | LagiSensasi.com says:

    [...] Baca Lagi : Syarat Mohon Rumah 1Malaysia Putrajaya Presint 11 (PRIMA) [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge