Suri Rumah Perlu Buang Uniform Anda!!!

Salam Bahagia :)

Selamat ..selamat ..selamat hari jumaat , erm pagi-pagi nih bee online awal sikit , nanti hajat hati nak pergi nyibuk di sekolah kakak tu ada sukanneka , baby dan una tak nak bangun lagi , jadi kakak pergi lah dengan ayah dulu , nanti ibu pergi lah menyibuk ye kakak..keh keh keh..

Hari ni eh tak dah lama sebenarnya , terfikir suri rumah nih semua ada uniform masing-masing kan ? kebanyakkan nya memakai t-shirt dan kain batik tak pun baju kelawar tu , alasannya sibuk , dengan berpakaian begitu selesa katanya , eh sememang nya suri itu sangat sibuk dan cekap mana tidaknya dari habuk tingkap , minyak di dapur , tandas , bilik tidur bahkan najis cicak di cermin tingkap pun suri yang buat , dari jaga anak , mandikan , masakkan , membasuh pun sehingga lah perkara yang lebih kecil-kecil seperti potong kuku anak , bersihkan telinga anak semua itu suri yang buatkan , dari gosokkan baju suami dan baju sekolah anak , sediakan stoking kerja , kasut futsal suami , Kopi suami pagi-pagi , milo untuk anak sulung , susu untuk anak no 2 , dan botol untuk anak paling kecil …semua tu suri buatkan ..Teramatlah sibuk kan ..sehinggakan tiada masa untuk diri sendiri …eh apa salah nya jika suri nak beli baju baru dan bergaya di rumah ..wanita memang hebat semua kerja di lakukan dalam satu masa….sesekali perlu juga ubah personaliti , memakai baju yang ceria dan berwarna-warni untuk bankitkan mood dan aura wajah supaya si suami memandang si suri dengan tersenyum ..ermm terfikir tak ..luar rumah suami-suami kita , melihat pelbagai bentuk rupa wanita , wanita begini begitu ..semua nya bergaya cantik , kemas , menarik , menawan..dari pinggang ala-ala semut sehinggalah bentuk pear ada jugak bulat macam tembikai ..Tapi tak baik lah jika si suami memandang kecantikkan semata tanpa melihat kecantikkan dalaman isteri nya juga kan…

Semalam sewaktu bertandang di rumah seorang kawan , dia ceritakan betapa hatinya hancur dengan peel suaminya , betapa dia bergelut membesarkan anak-anak nya 4 orang tu , berkorban , berhenti kerja , tapi tiba-tiba terdengar cerita suaminya bercinta dengan seorang pramugati , betapa hatinya hancur sehinggakan dia memasang perangkap untuk memerangkap si suaminya sehinggakan kantoi..tapi kawan bee tu cantik , lawo , slim , suaminya selalu memberi alasan kerja out station padahal pergi holiday dengan pramugari tersebut..ishhh..pelik bee tengok ..entah apa yang di inginkan lelaki tersebut , bagi bee wanita sama saja…yang lain terletak pada hatinya ..tak mo curang curang kepada si suami …fikirkan pengorbanan isteri kepada si isteri …fikirkan pengorbanan suami…

Setelah mendengar cerita tersebut memberi kesedaran kepada puanbee, hahaa…bee perlu cantik luar dan dalam supaya kay tidak tertarik , terpandang , tersuka pada orang lain…huksss…sebenarnya nak cakap ..tension lah bila nak beli baju semua tak muat , tak sesuai dan sebagai nyer…gerammm..nak diet lagi !!!!…hiksss…tak nak lah pakai uniform di atas tu uwaa…bee tk suka nampak selekeh sgt nih..bee suka nampak cantik , kemas dan ceria selalu ..hee ada seorang kakak jiran bee , masyallah , dah tua tapi macam orang muda , aktif , cantik dan kemas sentiasa…bee suka tengok dia , warna kegemaran dia merah ..agaknya orang yang suka pakai warna merah nih aura nya berani dan aktif kot kan..tengok lah si Red mummy pun sama..bee nak jadi seorang yang aktif dan ceria selalu ..tak kisahlah badan bulat macam tembikai pun..

nota kaki : wanita korang setuju tak ? lelaki apa fikiran korang ?

 

Comments

  1. kutu klu kat rumah suka pakai baju tido yg singkat katun2.ala yg labuh sikit dr t-shirt tuh.huhu.senang nk buat keja..pastu tak panas..emm bab melawa nie memang la bagus, tp kalau dah namanya nak buat kerja, masak,basuh baju..cmna nak melawa kan bee?sudahnya busuk jugak..janji kemas dan wangi dah cukup kot..bg kutu takde masalah klu pakai kain batik pun..pendapat jer la..yg penting kemas dan bersih..laki klu nak curang takde alasan.kadang2 isteri nie baik gila..lawa gila pun dia nak carik lain..susah la..klu dah namanya nafsu satu.hehe..
    puan kutu recently posted..Sehari Bersama AkuMy Profile

    • haa sama jugak bee suka seluar apa-apa pun seluar pendek panjang je bezanya , tu lah buat kerja dah busuk bee nih asal basuh pinggan je salin , bukan utk suami tp dah biasa .pendek kata pompuan kena rajin2 kan diri ler..

  2. ada juga uniform kat umh ;p
    ehehe…yg penting pasangan saling syg menyayangi…
    jujur ikhlas dan ada rasa bertanggungjwb…
    curang2 nih kadang sajer nk test power tp bila dah melarat, makin melampau lak jadi yer…
    berwaspada la kita lebih2 pompuan kan..
    mmm…doa pada Allah moga kita semua dilindungi dr pkr2 yg tak baik nih…
    insyaAllah…kay setia pada bee…jgn riso…
    bee sweett jerr slaluuu :)
    Lorna recently posted..Semoga Lorna cepat sembuh…aminnn -My Profile

  3. kak sya mmg tk bayak koleksi kain batik & baju kelawar….kain batik biasa pakai lepas mandi aje, baju kelawar lak mlm2…tu pun sesekali je…lebih suka pakai baju tido sepasang…

    siang kak sya lebih selesa pakai t-shirt ngn skirt labuh atau seluar…kalau nk kuar rumah lagi senang, tk perlu2 tukar2 baju..sarungkan je jubah yg mmg dah tersedia…he3…
    syamila recently posted..Pakej Muhibbah @ Ummi2ShoppeMy Profile

  4. susahlah nk ckp….apa yg lelaki ni maukan sebenarnya…bila hati dh jatuh cinta sekali lg..semua benda leh dijadikan alasan….wife yg cantik, baik, pandai serba serbi..akan dikorek2 juga keburukkan yg ada walau sekecil zarah….bila cinta nafsu dh menguasai akal…mcm tu lah..tp pd mama nikmat bercita cintun tu sekejapan je….bila dh habis manis nnti…mulalah pening,,,,

    uniform ai kat umah.. ~ short dgn baby t….berdua je dgn suami takde anak bolehlah nk cekci2 pun… :)
    mamaGee recently posted.. Blog Suka2Menulis IKHLAS dr Hati My Profile

  5. dni setuju ;)

  6. saye wanita n saye sangat setuju dengan kak be.. hehehe…
    saye pon nak blaja macam mane nak jage penampilan bile dah kawen nanti…
    takmo jadikan sibuk tu alasan tuk bergaye…
    tapi kene bergaye berpadanan dengan pendapatan la kak bee kan ^____^
    aween recently posted..oh KamuMy Profile

  7. setuju sangat2..kite kene la angun untuk en somikan…
    w/pun tak cantik tapi biar kemas jgn la comot jer bile en somi balik keje tu kan…

    en somi pun kene la bertolak ansur jugak…bagi la ruang untuk isteri untuk memanja2kan diri…
    jangan la mintak puan isteri tu nak melaram mcm artis pulakkk…

  8. pokok pangkalnya hati dan iman seseorang…..masa anak2 kecik mmg ler anak perlukan kita..tapi bila suami pun memainkan peranan..maka semua tu jadi ringan…
    kpah k-poh recently posted..Blogger The Dreamer -Taufiq ArifinMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge