SURAH SURAH YANG BOLEH DI AMALKAN KETIKA HAMIL

Share

Semua wanita yang sedang hamil mengharapkan anak dalam kandungan di lahirkan dengan sihat, sempurna & membesar menjadi manusia yang memberi manafaat & kebaikkan kepada kedua ibu bapanya, agama, bangsa & masyarakat. Saya yakin tak ada seorang ibu atau ayah mendoakan anak dia lahir menjadi orang jahat kan.

Apa yang kita lakukan ketika hamil juga boleh mempengaruhi sifat anak kita yang bakal lahir. Sebab tu banyak pantang larang orang orang dulu semasa mengandung untuk memastikan anak yang lahir tidak ‘Terkenan’ katanya. Ada pantang larang orang tua tua yang merepek tapi masih ada yang relevan untuk di pratikkan. Jadi pandai pandai la yer.. Nak pilih yang mana baik di ikut & yang mana tak perlu di teruskan.

Bagi ibu ibu yang sedang hamil selain mengambil pemakanan yang sihat & supplement bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan membesar dengan baik.. Sebagai orang Islam amalan secara spiritual juga di galakkan untuk kita lakukan sepanjang kehamilan. Antaranya amalan membaca surah surah dalam Al Quran..

Bagi ibu ibu yang sedang hamil.. Anda boleh amalkan surah surah berikut..

  • Surah Yusuf > untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
  • Surah Luqman > untuk memohon anak yang cerdik.
  • Surah Maryam > untuk memudahkan bersalin.
  • Surah Yasin > untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
  • Surah al-Hujurat > untuk membanyakkan susu ibu.
  • Surah al-Imran ayat 38 > untuk memohon anak yang baik.
  • Surah al-Imran ayat 8-9 > untuk memohon rahmat.
  • Surah Ibrahim ayat 40 > untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  • Surah al-Baqarah ayat 128 > untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  • Surah Yassin ayat 22-23 > untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  • Surah as-Sajdah ayat 7-9 > untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  • Surah al-Furqan ayat 74 > untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Jadi pada yang tengah mengandung tu boleh la cuba amalkan surah surah tersebut. Semoga anak yang di lahirkan nanti cantik rupa paras, baik budi pekerti & menjadi penyejuk mata & jiwa kedua ibu bapanya. Amin..

One Comment:

  1. terima kasih atas perkongsian ini. Ibu-ibu yang sedang mengandung boleh amalkan doa tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *