sup funggus

Sup Herba Funggus Hitam , Kurma dan Ayam

Posted by

Sup ayam di tambah dengan funggus hitam kering , atau orang panggil cendawan hitam atau nama lain cendawan telinga kera , banyak sangat nama funggus ni. Cendawan hitam atau funggus ni banyak khasiatnya , selalu nya orang berbangsa cina suka makan sup dengan pelbagai jenis tumbuhan yang orang melayu tak pernah cuba pun.

sup funggus

Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.

sumber :  http://animhosnan.blogspot.com/2011/10/khasiat-cendawan.html

Walaupun banyak khasiat nya , sebab utama saya buat sup cendawan atau sup funggus hitam ini adalah kerana. Ianya senang hendak di masak. Tak perlukan masa yang lama. Sesuai untuk ibu yang tengah sakit tetapi kena juga masak untuk orang lain. Atau nak masak cepat-cepat ..memang sesuai sangat. Bahan-bahan kering ni memang kena simpan di dapur untuk tujuan terdesak , atau saat kemalasan melanda untuk beli barang di dapur kan ….

soup chinese mashrom

Bahan-bahan

  1. 10 Ketul Ayam
  2. Cendawan hitam atau funggus hitam yang kering
  3. Suhun
  4. Pucuk
  5. Bunga teratai kering (kalau tak de pun takpe )
  6. 3 biji Kurma

Cara masak

  1. Basuh semua bahan.
  2. Rendam cendawan atau funggus , teratai , suhun , pucuk dalam bekas berlainan.
  3. Rebus ayam dan kurma dengan api perlahan , air agak-agak lah sampai tenggelam semua ayam tu.
  4. Agak ayam macam dah lembut , masukkan funggus , dandi ikuti dengan bahan lain. Rebus dengan api perlahan.
  5. Masukkan garam dan perasa sesedap rasa.
  6. Rebus lagi dengan api perlahan sehingga semua bahan masak.
  7. Angkat dan hidangkan .. tak pun ambik gambar … upload kat mana2 ..hehe .. jangan marah gurau je ..

P/S : Ok dah ..  kejar masa nak hantar anak pergi sekolah …

Related :

  1. Resepi : Sup Kaki Ayam Istimewa
  2. Wantan Sup Untuk Orang Demam

27 comments

  1. Mmg sdp..cndwan ni lmbik skit..kt Sarawak byk sgt..yg fresh lgi..xyah bli yg kering..sy stp mggu suh hb bli wat lauk kami..

  2. khasiat cendawan nie berkesan sebab pernah makan setiap hari selama 1 bulan sebelum di rawat di IJN – hasilnya 2 dari 3 pembekuan darah dalam salur jantung hilang – dengan kuasa ALLAH – kita hanya berusaha ALLAH yang menentukan.. bagi yang tak makan cuba cubalah makan.. demi untuk kesihatan diri dan juga “POKET”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *