Gambar sungai gombak dan sungai klang

Sungai Gombak Dan Sungai Klang

Baru semalam saya dan keluarga singgah ke tempat dalam gambar ini , hari tengok dah masuk dalam paper metro , semalam bawak camera tapi baterinya pula habis , jadi tak boleh nak ambil gambar .. ni dapat gambar dari metro lah ..

Semalam ikut ayah budak-budak pergi ofis ayah dekat sangat dengan jabatan untuk ke Central Market dari bangunan DayaBumi. Disebabkan ayah budak-budak ni nak pergi kerja jauh 4-5 hari , jadi kenalah luangkan masa lebih tuk anak-anak.Nanti rindu ..demam lagi … kesian ibunya nak jaga depa sorang-sorang kan.

Gambar sungai gombak dan sungai klang
Gambar sungai gombak dan sungai klang. Saluran kiri sungai gombak , saluran kanan sungai klang.

Dalam Metro hari ini, kawasan persisiran ini akan di naik taraf dan dijadikan tempat pelancongan, bagi saya memang elok sangat lah.. baru semalam terdetik dalam hati … banyak sampah , kotor .. kan bagus kalau kerajaan jaga tempat ni, nampak lebih menarik memandangkan tempat ni ada sejarahnya yang tersendiri.

Laluan penjalan kaki tu pun kotor, banyak kulit-kulit kuaci,plastik-plastik sampah sedangkan yang lalu lalang di kawsan ini kebanyakkanya adalah pelancong asing.

Kawasan ini juga di huni oleh warga asing yang berpelesan , korang faham lah kan .. bukan saja pelancong tak selesa, orang tempatan macam saya pun tak selesa lalu disitu , seolah-olah berpijak di bumi asing.

Sayangnya…Tak sabar tunggu Projek DBKL yang akan datang , semoga tidak ada kaki lepak dan tempat itu menjadi lebih bersih dan menarik 🙂

Baca lagi disini

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

15 thoughts to “Sungai Gombak Dan Sungai Klang”

  1. memang patutpun tempat ni dibersihkan dan dijadikan tempat pelancongan. sayang la tempat yang mempunyai sejarah ni dibiarkan kotor je kan. tengok macam kat sungai melaka tu yg dah mula dijadikan tempat pelancongan. memng menarik sekali dengan pemandangan waktu malam yang penuh warna warni.

  2. org kita byk yg mentalitinya masih rendah.suka buang merata2 dan pengotor..sayangilah sungai kita..:)

    buat tempat plancongan pun klu masih bunag sampah merata2 tak guna..kasi denda ratus2 je!haha..

  3. Kita ini hanya dapat disiplin dengan mengetatkan undang-undang. Padahal kebersihan sepatutnya bermula dari rumah dan prinsip mengekalkan kebersihan kekal kalau ke mana-mana. Lihatlah sampah sarap selepas Pasar Malam, bertimbun macam bukit.

    1. saya pernah pergi singapura…apa yang saya perhati….memang ramai warga asing…tempat sana sentiasa bersih sebab….setiap sampah mereka terbuang tidak sampai 1 minit mereka bersihkan….tidak kira tempat celah mana pun, mahupun dia tengah jalan raya…

          1. aha, betul tu, stop compare with singapore….kalau kerajaan kita nak wat camtu, i wont have any complaint…=)…tp jangan la banyak yang amek duit kopi pastu…haha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *