Sulam Lapik Meja Oleh Kakak

Promo sikit sulam kait lapik meja yang telah di buat oleh kakak saya , susah payah beliau buatkan dan melayan kerenah adiknya ni. Saya beli buku sulaman kait , saya beli jarum untuk mengait , saya beli benang oren dan hitam konon-konon nak mengait , tapi hampeh.. tak cukup kesabaran dan kekuatan untuk mengait ok… saya bagi alasan tak de masa boleh ? ada orang tu bagi alasan mata dah rabun .. hehehee …

lapik meja sulam kait

Pandangan keseluruhan , tak reti nak ambil gambar ..huu

 Dah kakak saya suka sangat mengait , macam-macam dia kait , headband anak dia , beg kecik anak dia , semua dia kait di waktu lapang , so saya bagi semua alat saya kat dia dengan syarat ” tolong kait lapik meja aku …. ” adik beradik kata kan …

sulaman kait lapik meja

 Pandangan sulam kait dekat sikit , bagi korang tengok puas-puas , benda ni adalah sangat susah nak cari dah ..kalau dulu-dulu sulaman kait ni merupakan hobi surirumah , wanita dan gadis-gadis sunti.. zaman sekarang payah nak dapat lah .. kalau ada anak dara suka mengait ni elok pergi meminang cepat2 haha .. boleh ?

mengambil tempahan sulam kait lapik meja

Setelah di pasang .. nak tutup benda alah di bawah meja tu je … anak-anak suka sangat memunggah … Ok lah saya cuma nak promo sikit , kalau nak order boleh sangat … dia memang suka mengait dan dia suri rumah .. kalau dia dapat kembangkan bakatnya apalah salah nya kan ?

Untuk tempahan sila PM di facebook beliau , komen di sini pun boleh ..tinggalkan email je .. k ..

https://www.facebook.com/aishahbee.hashim

(Visited 4 times, 1 visits today)
About puanbee

Seorang anak , isteri dan ibu. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Berumur 30-an , Suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai perniagaan online. Segala terguran dan komen boleh terus hubungi admin melalui EMAIL.

Comments

  1. emm memang cantik..haha..puanbee tak ada kesabaran memang tak leh nyulam la mcm ni..tapi tak pe semangat nak menyulam tu ada..hehe

  2. salam bee… suri dh lama tk mengait… tgm dh kejung dh x reti pegang jarum kait.. huhuhu…

  3. nak siapkan mesti ambil masa yang lama kan..tapi kalau dah hobi menjahit mesti syok..tau2 je dah siap..

  4. Isteri saya tengah gila mengait Hari-hari berlatih latihan asas mengait.

  5. pernah berangan nak belajar mengait, tapi sampai sekarang tak start2 belajar lagi..hehe…nama adik-beradik akak memang ada ‘bee’ ye?

  6. Salam Bee,

    Kat kampung ramai yang buat biz mengait ni, mak akak xreti hehee…dia main order aje

    • mak akk ke mak mentua yg pandai menjahit tu order ? heh ..

      • Mak akak tak reti, dia order dengan orang, cantik bee jenis rapat2 dan tebal2 tu, tapi mahal sikit ler…tetiba nak pesan kat mak suh orderkan..kan dia nak dtg jaga pantang akak nanti hahahhaa

        Mak mertua reti menjahit bee, mengait tak tau plak hehehe 😀

  7. rajen kakak bee… geng mak mentua nis le muda2 dulu ni… nis jugek tak reti2 mengait, tatting reti ler, tu pun dah malazzz…. keh3x

    nnti teringin leh roger2 😉

    • boleh kalau teringin tu roger je …. kakak bee rajin betul … terus terang bee malas dan tak suka sangat kait … jahit manik okay

  8. Cantik! Dayah minat mengait. Dah lama tak mengait.. Kali akhir tahun 2001 .. last.. :)

  9. mak zie mmg suka bab kait mengaitni.. tp anak2 dia tak minat langsung.. kalau setakat jahit pakai mesin boleh la… lapik meja kait ni berlambak2 kat umah mak..dh amik satu bawa balik rumah buat lapik meja makan… :)

    • aik org besalin komen ? hihihi …

      rumah mak mentua bee byk , umah mak sendiri takde sbb dia pun tk suka mengait org kerja2 perempuan nih

  10. lama dah x tgk lapik meja pesen mcm ni..ms zaman sekolah rendah. skang timbul balik kan..

  11. cantiknya,, warna oren dan hitam. mak reti la mengait, saya tak reti, tangan keras.

  12. cantik..boleh dibuat jual ni…

  13. walaupun hobi, memang boleh buat duit sbb payah nak dapat.

  14. Kat Rumah Mak Azie pun masih ada lagi ni, Mak Azie Kait Sendiri.

  15. kreatifnye…

  16. Mak kak sun pun minat mengait..sampai skrg masih lg wat benda tu..kalo nak raye je mst mengait ikut kaler tema raya..da byk kak sun rembat bwk blik umah..wat alas meja,alas peti ais ,almari..mcm2 lg la…da try blaja ngan dia..x bole jgk..haha..teruk kan

  17. dulu2 pun suka jugak mengait…tp skrg penyakit malas dtg…alatan mengait pun entah kemana menghilang…hehehe

Speak Your Mind

*