Sukaneka Sekolah

Salam … sabtu dan ahad lepas saya hadir ke sekolah , 2 hari berturut-turut ada majlis sukan di sekolah anak-anak. Ini adalah penyebab kenapa saya tolak jemputan event atau majlis-majlis yang melibatkan blogger dan juga apa-apa kerja yang perlukan saya memberi komitment setiap hari. Anak-anak dan blog mesti lah saya pilih anak-anak kan.

sukan

Husna topi oren … pandang ibu dan lambai-lambai , senyum je … memang anak kecik suka sokongan ibu dia.

Kalau ikut hati nak duduk rumah je , kaki bengkak bagai di pam-pam kalau keluar bejalan , dah tu tak tahan panas ya amat …. saya memang panas kalau mengandung , lemah habis seluruh badan rasanya , tapi dapat tengok anak-anak main , sambil lambai-lambai ibu , snyum je … hilang semua rasa tak selesa tu ..

laila

Si laila ni pun satu hal , orang nak tengok kakak-kakak bersuka dia sibuk nak main buai .. di sebabkan tengok laila di sini dan tertinggal tengok kakak aliya main. Alahai .. kesian kakak … bila ibu pergi jenguk kakak , kakak dah habis beraksi.

Tapi untung ada 2 orang kakak sweet tolong jaga laila , ibu melepak tepi banggunan je .. rasa nak belanja adik tu air ke apa-apa , malagnya kantin tak buka .. pelik juga kantin tak buka semasa sukaneka berlangsung di sekolah. Jenuh ulang alik keluar cari kedai mamak. Dah bertambah letih jadinya.

aliya

Ni salah satu permainan yang kakak aliya masuk …. heheh … tengok juga la .. tapi dah terlepas kakak nya.  Lagipun di sebab kakak dah besar , susah sikit nak nampak dia .. berlari jumpa kawan seronok tak ingat.

laila

Sempat lagi memadu kasih .. esok ada adik cam mana Lailaaaaaaaa ??????????? fenin ibu ..

husna

Dapat la 2 medal , 2 tupperware , si kakak aliya  belum dapat hadiah lagi . Selasa baru cikgu beri katanya , sebab ada mak bapak dah bawa anak-anak balik awal , jadi takut ada yang tak dapat hadiah nya. So tunggu ..

Tak kisah la .. ibu memang tak harapkan korang dapat hadiah besar-besar , atau pun jadi orang besar-besar sangat … terpulang nak jadi apa , asalkan jadi orang je boleh ? Ibu nak anak ibu jadi anak ibu sampai bila-bila. 🙂

Hari isnin cuti ~ yeayyy !!

9 Comments

  1. Juan 25 September 2013 Reply
  2. Rina 25 September 2013 Reply
  3. sukma 24 September 2013 Reply
  4. diana 23 September 2013 Reply
  5. hafiz 23 September 2013 Reply
  6. akubiomed 23 September 2013 Reply
  7. Denaihati 23 September 2013 Reply
  8. puan kutu 23 September 2013 Reply
  9. blogger lelaki 23 September 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.