Step by step pendaftaran E-Rezeki untuk mereka yang ingin menambah pendapatan dengan eRezeki

Assalamualaikum. Ramai yang dah pernah dengar tentang E-Rezeki kan? Cuma mungkin ada yang keliru cara nak mulakan. Saya faham sebab saya juga salah seorang daripada anda dulu. Jom, saya kongsikan “Step by Step” cara nak mulakan menampah pendapatan anda dengan E-Rezeki.

Sebenarnya mudah kalau kita tahu stepnya kan. Ok Jom Mula!

1 : Masuk ke website https://erezeki.my/en/home/ dan klik ‘REGISTER NOW’


2 : Klik ‘REGISTER’


3 : Klik ‘NEW MEMBER REGRISTARION’ @ ‘SIGN UP WITH FACEBOOK’

4 : Dah siap daftar ni contoh ‘DASHBOARD’ E-Rezeki.

5 :Masuk ke website https://massable.massolutions.com/ dan klik ‘REGISTER’

6 : Isi la apa yg dia mintak untuk register. Untuk lebih mudah guna la login id yg sama masa daftar erezeki.

7 : Lepas dah register ni ‘DASHBOARD’ Massolutions. Klik pada arrow sebelah nama tu dan klik ‘SETTING’

8 : Jangan lupa untuk update ‘PROFILE’ dan juga ‘ BANK INFORMATION’. Bank information ni untuk payment. kalau tak update macam mana nak dapat payment kan.

9 : Lepas dah daftar eRezeki & Massolutions masuk pula website https://erezeki.crowdcomputingsystems.com/workspace/login dekat sini la mereka update semua available qualification & paid task.

10 : Lepas login kita akan masuk ke ‘DASHBOARD’. Klik ‘TASK’ untuk mulakan qualification task.

11 : Yang bertanda merah tu Task yang available mengikut kategori. Klik la pada salah satu Task yg bertanda tu.

12 : Ini task yang saya pilih bawah kategori Other-> Empty. macam yang dalam gambar ni ada 2 qualification task dan 1 paid task. Kita kena buat qualification task dulu ye.. selagi tak buat qualification tak boleh buat paid task, paid task tak akan masuk ke dashboard kita pun.

Untuk mulakan task klik pada ‘VIEW’

13 : Ni contoh task yang available. setiap task akan diberi masa untuk buat dan arahan. Klik pada ‘CLIK TO SHOW/HIDE INSTRUCTIONS’ nanti arahan step by step untuk buat task akan diberi. Qualification task ni perlu buat 15-20 task bergantung pada kategori dan tahap kesukaran task. 


Lepas dah baca arahan boleh la mula buat task bila dah selesai klik ‘SUBMIT’

14 : Lepas kita dah habis buat qualification task kita akan dapat message dari eRezeki. Klik ‘MESSAGE’ dan ‘QUALIFICATION(S) HAS BEEN ASSIGNED TO YOU’

15 : Dalam message dia akan bagi score task yang kita buat. Sebarang komunikasi akan diberi dalam message ni. Bagi yang dah lepas qualification task boleh la mula buat paid task.

Ok DONE!

Untuk info lebih lanjut, boleh rujuk website eRezeki. Oo ye. MDEC ada menyediakan beberapa Pusat eRezeki. Di Pusat eRezeki ada menyediakan kemudahan computer dan internet. Ada latihan juga. Jadi pada siapa-siapa yang tidak ada computer dan internet, boleh berkunjung ke Pusat eRezeki berhampiran anda. Kalau dah ada kemudahan laptop dan internet, tak nak pergi pun tak mengapa.

Kalau boleh masuk Support Group WeChat sebab mereka ada TeamSupport yang akan jawab segala soalan kita. Selalu check email ok. OO ye. Jangan risau, mereka akan bagi QRCode untuk join group tu. Selalunya lepas kita dah boleh buat Paid Task.

Semoga eRezeki boleh jadi platform untuk tambah pendapatan juga buat kita kan. Zaman yang mencabar ni, janji halal, kita cuba je. Tak cuba tak tahu kan.

Selamat bekerja kawan-kawan!

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

4 Comments:

  1. Ohhh saya baru tahu ni.. dia untuk kita kerja dan dapat upah ke macam mana? Haha

  2. Nak update blog pun dah semput kembang kempis lubang hidung
    .
    Tak dan le
    .
    Hehe

  3. Pernah mendaftar tetapi tak buat.. Biasalah sibuk dengan aktiviti blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *