Steamboat Buffet Di Setapak Sedap + Applikasi Hungry My

Share

Bersempena raya haji konon-konon nya , ajak adik sekeluarga pergi makan sedap sikit , pekena steamboat buffet di restoran m2cafe di setapak , depan festival city.  Memandangkan suami ku tak ada , jadi malas lah nak masak kesian orang tu request macam-macam selepas tengok menu di facebook  , balik nya belum tahu , jadi susun senarai apa nak makan je la . Sebagai isteri saya pun kurang la nak masak sedap-sedap dan upload di facebook tu , kalau makanan di restoran mana-mana suami tak kisah. Dia kisahkan masakan isteri dia je … ( bangga pulak aku rasa )

SONY DSC

MENU

Berbalik kepada steamboat buffet ni , boleh tahan la …. berbaloi dengan RM yang kita keluarkan. Siapa peminat steamboat mesti tahu harganya kan.

Saya pernah makan di restoran steamboat terkenal , tak ada pakej yang gempak cam gini lagi. Serius … siap ada kambing golek , sup kambing , bubur kacang , nasi goreng , bihun goreng , cup cake , buah-buah tempatan dan banyak lagi. Air percuma di sediakan , faham je la .. anak kecil-kecil mana reti makan tak ada air , menyulam makan nya … rasanya lebih dari 5 cawan air untuk seorang hahaha .. dasyat anak aku.

Menu utama nya adalah seafood steamboat. BAYAR SEKALI MAKAN BERKALI-KALI. Sesuai untuk orang yang kuat makan dan untuk happy-happy makan tanpa fikir nak makan menu apa , lepak lama-lama makan sampai puas.

harga steamboat setapak

Harga Steamboat di M2 CAFE & CATERING.

Boleh tahan ramai + meriah la keluarga saya. Macam huru hara sikit jadinya … tapi itu la yang best pun …. happy-happy makan katanya kan. Budak kecik bawah 3 tahun tak perlu bayar. Dewasa RM30 , kanak-kanak RM20 . Tapi sekarang ada promosi sehingga hujung bulan oktober 2013 ni harga dewasa RM20 , Kanak-kanak RM10. Kalau nak cuba ini lah masa terbaik. 🙂

Booking 

Jika korang nak cuba makan di sini sila booking dulu di facebook m2 cafe –>  https://www.facebook.com/m2cafecatering  atau hubungi EN Faiz 014-7571297

SONY DSCLaila dan sepupunya  .. tak makan sangat pun .. semua kena paksa makan , main gadget je lebih .. haishh …

m2cafe review 1

Pemakan sampingan , yang paling hebat adik ipar tu haha .. hairan pulak tak de gambar dia …  tak dapat nak gosip …

m2cafe review 2

Semua jenis seafood ada , saya tak makan banyak sangat .. sepinggan seafood dan sayur  cukup lah …. tak boleh masuk ah banyak-banyak perut dah sedia kenyang kan ….

Suasana di dalam restoran

m2cafe review 3

Suasana restoran , kemas bersih selesa … boleh la kan ? berbaloi dengan harga nya.

Menu istimewa

m2cafe review 4

Bang berapa ekor hari ni bang ?

2 ekor dik 

tapi cepat habis ek bang , saya sampai merasa tulang je ni.

tu la .. kambing panggang ni memang laku ..

m2cafe review 5

Dan last sekali .. menu yang saya suka .. ada macam-macam desert lagi sebenarnya … ada cup cake , ada ais krim dan pelbagai buah , termasuk buah rambutan , kemain hebat nya … tapi saya pilih nescafe dan tembikai je la .. dan tentu ais krim tu laku untuk anak-anak , berulang anak-anak ambil. Free kan … hahaha

steamboat sedap di setapak

Akhir sekali .. besarnya perut mak .. tak lama lagi dah meletup , lega la dapat makan steamboat sebelum bersalin ni .. nanti kena pantang 2 bulan makan seafood kan. Kalau ada suami lagi best ..

APPLIKASI –  Hugry Go Where ?

Kalau lapar tak tahu nak makan di mana .. sila lah install applikasi huggry go where ini. Senang nak cari restoran untuk di jadikan sasaran kita , BUAT REVIEW , dan komen kaw-kaw terhadap restoran itu.

Terdapat di google play untuk android dan app store untuk apple dan download percuma – seperti biasa. Search HungryGoWhere Malaysia  .

Atau klik link ini — >  Huggry Go Where 

applikasi huggry my

Saya dah install 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

18 Comments:

  1. steamboat ya, bagus dinikmati bersama-sama tu dengan banyak orang terutama untuk merayakan sesuatu di rumah makan …

  2. Kambing tu yg buat mata tak berkelip…hehe

  3. lihat steamboat jadi ingat masakan khas Korea
    btw lengkap juga menu2 masakannya

  4. first time tengok steamboat ada kambing golek siap. nanti kena rasa ni. ok la harga dia kalau ada kambing.

  5. Murahnya…makanan pun banyak pilihan.

  6. eh…murah la tu…RM30 satu kepala…kambing panggang tu nampak sedap..tekak tgh x sedap ni if dapat makan steambot pun ok kan…

  7. Nampak sedap. Murahnya RM30 satu kepala. Saya memang suka seafood. Bolehlah lenjan tak ingat dunia!

  8. sedep bener kalau lihat makanan tersebut yummy

  9. Boleh tahan juga harga buffet tu..

  10. saya nak kambing tu..lazat

  11. kambing golek?
    tu lebih menyelerakan..
    hihihi

  12. fuyooo, sedap makanan nih, panas panas plak tuh

  13. berbaloi harga promosi ni, murah banget, ada kambing bakar lagi.

  14. Sudah lama tidak makan Steambot kali terakhir di Red Wok, Bangi.

  15. sedapnya.hehehe..menunggu kak bee belanja Farisya pulak. 😛

  16. hem nikmat banget menu makanannya, apalagi bayar sekali makannya berkali kali

  17. saya suka steamboat..tapi suami tak suka..

  18. x pernah makan steamboat tau… wuwuwuw~

    p.s: sejibik ah cik abe “I” kite 😉 tp kami punye dah comot sikit… heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *