Squad Sunlight Melamar Puanbee

Rezeki jangan di tolak orang kata. Serius lah .. Squad Sunlight ni melamar puanbee.com untuk bekerjasama dalam mempromosi kan produk sunlight dan juga memberi sesuatu untuk pembaca blog puanbee.com. Kali pertama Squad Sunlight hubungi saya , meminta saya mengadakan contest untuk pembaca puanbee.com. Maaf saya terpaksa tolak jika begitu. Bukan apa .. untuk mengadakan sesuatu contest perlukan komitmen. Saya tak boleh beri komitmen tuk contest buat masa sekarang ni. Saya ada dua program. Satu contest penubuhan fan page baru saya dan satu Seminar Jom Kurus Kevin Zahri. Tu pun Untuk Contest Fan Page tu saya tunda dulu. Buat satu-satu kan.

event blogger

Tetapi Squad Sunlight hubungi saya melalui email semula , tak apa jika saya tak nak uruskan contest , saya cuma perlu anjurkan contest. Yaaa.. begitu .. tak pe lah .. saya terima selain saya dapat. Pembaca setia blog pun dapat. Saya suka begitu. Kadang-kadang macam tak sampai hati nak cerita benda-benda yang kita dapat tapi orang tak dapat. Tetapi itulah lumrah blogger kan , kalau tak  begitu tak ada cerita pula.

Tapi yang saya terkilan tu .. 30hb , 7hb dan 8hb saya memang ada program. Untuk 30hb dah janji dengan rafinamimi nak temankan dia sign novel sayang cikgu ketat-ketat dia ..huwaa.. 7Hb kemungkinan akan pergi buat review makanan di satu tempat. 8Hb comfirm lah saya hadirkan diri untuk Seminar jom kurus. So terpaksa mungkin janji dengan Rafinamimi (Harap kak mimi tak kecik hati). Insyallah akan diusahakan jumpa jugak pada hari tu .. kita lari lah sekejap.. maraton gitu.

Ok ada tak orang nak sponsor atau hantar squad untuk cat rumah ? serabut dah tengok dinding rumah haku ni…nak cat sendiri tk larat nak ubah perabot , maklum le rumah sekangkang kera aje. Nak upah orang bajet lak mau lebih , rasa tak berbaloi lak sebab nya ni rumah sewa. Mintak tongtong dengan tuan rumah pun tak mau. Cissskkeeeek! (sekadar nukilan…sebab malu la pula rasanya Squad Sunlight tu nak datang rumah alahai…)

Insyallah .. harap berjalan lancar.

P/S : Blogger sporting kan ? boleh bekerjasama dalam apa saja bentuk pengiklanan sebenarnya .. saya tak demand tinggi-tinggi sebab nya buat permulaan saya perlukan langkah yang pendek untuk melangkah lebih panjang. Jadikan setiap apa yang di tawarkan sebagai profile blog 🙂 . Saya memang pakai sunlight pun .. ngeeee~

P/S 2 :  Nak ambik report kad kakak.

 

25 Comments

  1. eyriqazz 3 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 5 July 2012 Reply
  2. daddydee 1 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 5 July 2012 Reply
  3. mrs.yie 1 July 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 5 July 2012 Reply
  4. Nazri 30 June 2012 Reply
  5. cik tom 30 June 2012 Reply
  6. budak felda 30 June 2012 Reply
  7. titan 30 June 2012 Reply
  8. Jebeng Otai™ 29 June 2012 Reply
  9. papa mifz 29 June 2012 Reply
  10. Din 29 June 2012 Reply
  11. Hafizul 29 June 2012 Reply
  12. Hazmin Hamudin 29 June 2012 Reply
  13. ummiross 29 June 2012 Reply
  14. spudin 29 June 2012 Reply
  15. Ummi Hanie 29 June 2012 Reply
  16. nurmisnan 29 June 2012 Reply
  17. Denaihati 29 June 2012 Reply
    • Hafizul 30 June 2012 Reply
  18. akubiomed 29 June 2012 Reply
  19. Azie 29 June 2012 Reply
  20. anif 29 June 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.