Skrin samsung galaxy tab 2 7.0 terpadam dan ” hang “

Nak tak nak  , surirumah yang ada blog “terpaksa” jadi orang yang termasuk dalam kategori “pengguna gadjet tegar” . Agak nya sebab terlampau tegar , habis semua peralatan pun nak kena ganti setahun sekali. Samsung galaxy  tab saya antara barangan terpenting di dalam blogging , menjawab email secepat mungkin , melihat komen di blog di mana-mana saja dan tak lari mengambil gambar semua yang di rasakan menarik.

Kecewa sikit dengan model samsung galaxy tablet ni , mula-mula beli pun dah rosak bahagian untuk masukkan sim kad , kemudian selalu “hang”.

Tapi ini dah tahap teruk , “hang” dan terpadam sampai tak boleh buka. Laptop baru je di beli baru , tak kan nak dapat kan tab baru pulak .. pengsannnn ..

samsung tab 2

Semalam lagi skrin terpadam , baru je nak bawa ke kedai tempat saya beli , sampai depan kedai , samsung tab ini on dengan sendiri nya , jadi saya masuk ke tesco tersebut hanya untuk beli barangan dapur.

Balik rumah , saya update software tab ni , dari android 4.1  ( kalau tak silap )  ke android 4.2 (jelly bean)  lepas update memang seronok pakai , lancar dan tak sama seperti sebelum di update software nya , lagi mudah nak baca email , sms dan menjawab call . Ada lagi beberapa fungsi baru yang tak sempat nak guna pun.

Petang nya tab dah buat hal , skrin jadi gelap tiba-tiba dan tak boleh on langsung … kalau handfon jenis lama terus buka bateri ye dok ? ni jenis baru semua bateri terbina ddalam. Adeh nak tak nak esok kena bawa pergi kedai , waranti ada lagi beberapa bulan.

Harap boleh claim waranty la … mana nak cekau tengah bulan ni woii …

Blogger ini — >  skrin s3 nya pecah  … ini lah modal untuk meneruskan minat menulis blog 🙂

Bulan ni saja ..

Streamyx tak boleh pakai , line teruk sangat-sangat saya langgan YES . Kuota 5gb dah hampir 90% saya guna , cepat betul baru 2 minggu langgan nya pun , cadang nak guna line broadband yang di langgan di tab untuk update blog , line celcom , boleh tahan la laju nya .. kadang-kadang slow , tapi tab pula meragam. Laptop pun baru je beli .. harap jangan ada dugaan duit lagi laaa .. mana boleh tahan … 🙂

Ke takdir minta puanbee rehat sampai beranak nanti ? hahaa … joke 🙂

News Reporter
Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

27 thoughts on “Skrin samsung galaxy tab 2 7.0 terpadam dan ” hang “

  1. Klau la saya terbaca blog ni awal ckit….mmg saya tak beli tab ni….tab saya ni pun asyik hang sejak hari pertma beli….ni asyik ulang alik ke service center….tapi masih jugak mcm tu…,geram betul la dibuat nyer…ni esok nk hntar balik….tak tau la ok ke dak….

  2. tab mmg gitu, selalu je tertutup sendiri. saya punya 7.7 pun camtu. tiba2 tertutup sendiri. lepas tu cepat panas lak tu.

  3. bee, iphone jugak tahan kot… *ayat racun :p

    tp nis punya iphong akibat trjatuh kuat, signal telefon rosak.. nak baikki dlm rm100+.. huwaa… jelezz cik abe beli baru (2nd hand tp still baru)

    1. Ultrabook tak berapa suka sbb berat .. lg pun kalau keluar takut nak buka gadget besar2 depan umum , berapa kali tgk org ragut depan mata …

  4. laptop dan hp dua-duanya sangat penting terutama bagi yang suka nge-blog, untuk itu harus terawat dan jangan sampai semuanya tidak fungsi, bila ada salah satu yang rusak segera diperbaiki! Semoga masalahnya segera teratasi! Sukses!

  5. Dia suruh tukar pakai ipad pulak kot..hehe…
    Sabar je la..selalunya kalau saya kan,bila ada satu barang rosak mesti lepas tu dapat barang yanglagi best.heheheh..doa2 le…

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *