Skrin samsung galaxy tab 2 7.0 terpadam dan ” hang “

Nak tak nak  , surirumah yang ada blog “terpaksa” jadi orang yang termasuk dalam kategori “pengguna gadjet tegar” . Agak nya sebab terlampau tegar , habis semua peralatan pun nak kena ganti setahun sekali. Samsung galaxy  tab saya antara barangan terpenting di dalam blogging , menjawab email secepat mungkin , melihat komen di blog di mana-mana saja dan tak lari mengambil gambar semua yang di rasakan menarik.

Kecewa sikit dengan model samsung galaxy tablet ni , mula-mula beli pun dah rosak bahagian untuk masukkan sim kad , kemudian selalu “hang”.

Tapi ini dah tahap teruk , “hang” dan terpadam sampai tak boleh buka. Laptop baru je di beli baru , tak kan nak dapat kan tab baru pulak .. pengsannnn ..

samsung tab 2

Semalam lagi skrin terpadam , baru je nak bawa ke kedai tempat saya beli , sampai depan kedai , samsung tab ini on dengan sendiri nya , jadi saya masuk ke tesco tersebut hanya untuk beli barangan dapur.

Balik rumah , saya update software tab ni , dari android 4.1  ( kalau tak silap )  ke android 4.2 (jelly bean)  lepas update memang seronok pakai , lancar dan tak sama seperti sebelum di update software nya , lagi mudah nak baca email , sms dan menjawab call . Ada lagi beberapa fungsi baru yang tak sempat nak guna pun.

Petang nya tab dah buat hal , skrin jadi gelap tiba-tiba dan tak boleh on langsung … kalau handfon jenis lama terus buka bateri ye dok ? ni jenis baru semua bateri terbina ddalam. Adeh nak tak nak esok kena bawa pergi kedai , waranti ada lagi beberapa bulan.

Harap boleh claim waranty la … mana nak cekau tengah bulan ni woii …

Blogger ini — >  skrin s3 nya pecah  … ini lah modal untuk meneruskan minat menulis blog 🙂

Bulan ni saja ..

Streamyx tak boleh pakai , line teruk sangat-sangat saya langgan YES . Kuota 5gb dah hampir 90% saya guna , cepat betul baru 2 minggu langgan nya pun , cadang nak guna line broadband yang di langgan di tab untuk update blog , line celcom , boleh tahan la laju nya .. kadang-kadang slow , tapi tab pula meragam. Laptop pun baru je beli .. harap jangan ada dugaan duit lagi laaa .. mana boleh tahan … 🙂

Ke takdir minta puanbee rehat sampai beranak nanti ? hahaa … joke 🙂

27 Comments

  1. ML 14 February 2014 Reply
  2. ML 14 February 2014 Reply
    • puanbeeAuthor 28 February 2014 Reply
  3. emma 8 November 2013 Reply
  4. Ayie Abas 19 June 2013 Reply
  5. Mus 18 June 2013 Reply
  6. Rina 18 June 2013 Reply
  7. Bidadari 18 June 2013 Reply
  8. Ummi Hanie 17 June 2013 Reply
  9. hafiz 17 June 2013 Reply
  10. Hafizul 16 June 2013 Reply
  11. Datin Tyka 15 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 16 June 2013 Reply
  12. Denaihati 15 June 2013 Reply
  13. fyna 15 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 16 June 2013 Reply
  14. saimi 15 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 16 June 2013 Reply
  15. Edi - Aura Ide 15 June 2013 Reply
  16. akubiomed 15 June 2013 Reply
  17. Kujie 15 June 2013 Reply
  18. titan 15 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 16 June 2013 Reply
  19. diana 15 June 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.