Apr
2012

Skim Rumah Pertamaku MBSB Pinjaman 100%

Pembeli rumah kini mempunyai pilihan pinjaman perumahan yang lebih menarik menerusi Skim Pembelian Rumah Pertamaku yang dilancarkan Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) pada 30 Mac di Petaling Jaya.Skim Pembelian Rumah Pertamaku dari MBSB adalah tidak sama dengan Skim yang di tawarkan oleh kerajaan Malaysia.Jumlah pembayaran balik pun tak sama , pembeli masih perlu membayar dengan harga yang tinggi

Contoh beli rumah dengan harga RM150K , pembeli kena bayar bulan-bulan lebih kurang RM1500 , dan untuk orang-orang yang gajinya bawah RM3K , masih tidak mampu.. macam tak releven je SKIM ini. Saya sendiri pernah memohon banyak kali.Kebanyakkan Ejen jual rumah dan pegawai bank menyatakan suami saya tidak layak memohon skim ini. Suami saya orang muda , gaji bawah RM3K ,  berkeluarga , dah lama pula menyewa .. kenapa tak layak ? pelik .. padahal ..rumah yang hendak di mohon tu tk lebih pun dari RM150K .

skim rumah pertamaku MBSB

Antara isi penting yang terdapat dalam laporan berita untuk menyertai Skim Pembelian Rumah Pertamaku MBSB :

  • Pembeli rumah pertama layak membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan 100 peratus margin pembiayaan tanpa perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan.
  • MBSB juga tidak menetapkan gaji kelayakan untuk pinjaman itu sebaliknya menilai peminjam dari sudut kemampuan membeli rumah dengan standard penilaian dalaman serta mengikut panduan daripada Bank Negara Malaysia.
  • Ditawarkan kepada mereka yang berusia bawah 35 tahun dan kita menyasarkan sebanyak RM500 juta dapat disalurkan melalui skim ini kepada peminjam sehingga hujung tahun ini.

Manakala Syarat yang telah di tetapkan oleh Skim Rumah Pertamaku Kerajaan Malaysia.

  1. Pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan
  2. Harga rumah di bawah RM220,000
  3. Berumur 35 tahun ke bawah
  4. Rumah Pertama
  5. Tidak Blacklist

Pengenalan Skim Rumah Pertamaku (SRP) - Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Di dalam Bajet 2012, pengumuman telah dibuat yang nilai maksimum hartanah akan dinaikkan dari RM200,000 kepada RM400,000, berkuatkuasa daripada 1 Januari 2012.

Teliti punya teliti sayrat-syaratnya ni , sambil fikir kenapa saya tak layak ? hurmm..Nak beli rumah yang biasa2 jek rasa rugi bayar sewa bertahun-tahun ni.

* Senarai bank yang menawarkan skim Rumah Pertamaku Oleh kerajaan Malaysia  <- semua bank saya dah cuba.

Search

41 thoughts on “Skim Rumah Pertamaku MBSB Pinjaman 100%

  1. Salam satu malaysia. Puan saya mr sara dan berumur 28 thn ingin beli 2nd rumah diKawasan taman daya johor bahru Ia adalah milikan saya rumah pertama. Masalah saya ialah gaji.pendapatan saya ialah RM1350 Dan bayaran buat kereta milikan saya RM580 dan pinjaman peribadi aeon RM180.mampu ke saya dpt memilik rumah 2nd bernilai 250k

  2. Sy keja krajaan tolak gedebuk gedebak gaji bersih tggl 700…..lau kira hakiki gaji bwh 3k….adakah masih lyk utk sy memiliki rumah petama….ad cr mnyelesaikn mslh sy yg msh xmemiliki rumah petama…..ad cdangan

  3. sesiapa yg nak beli rumah biasa2 mcm apartment,kos rendah teres ka..blh hubungi sy tp rumah area2 utara shj penang,sbrg jaya,btterworth,sp,kulim call noor 0175044093 gaji 2000ribu keatas blh join gaji laki bini, ada epf

  4. Saya mahu rumah pertma laa…tolng kak.. kl.dn sel rumah mahal.
    .sya sudah berkahwin lebih 5 tahun. Ank 2.. duk menyewa rm550.. masih mwncari dn tercari aset diri.. umur.makin lma makin lanjut pula.. sila bantu s saya .. ucapan tulus ikhlas. Yerima lah kasih daun keladi,

  5. Salam….

    Saya bekrja di sektor swasta dan ingin membeli rumah yg dianggarkan brrjumlah RM190,000.00..

    Saya berpendapatan bersih RM 2,874.00 selepasmenolak wang caruman kwsp dan socso..

    Komitmen bulanan saya sekarang ialah kereta dengan bayaran ansuran kereta sebanyak RM600.00 dan bayaran bulanan pinjaman ASb sebanyak RM200.00…

    Saya berusia 25tahun..

    1)  Disini saya ingin bertanya adakah saya layak memohon pinjaman melalui skim rumah pertamaku ini?

    2)  Adakah saya layak memohon pinjman 100% selama 39thn atau 40thn??

    3) Berapakah kadar faedah/ interest yang dikenakan sekarang??

    Saya ingin tahu kerana ramai komen di laman web tertentu terutama blog dimana keseluruhan komen pemohon yang mengatakan bahawa skim yang dinyatakan ini adalah tidak benar kerana pinjaman yang dibenarkan adalah sebanyak 90% sahaja..

    Mohon pihak tuan dalam menjawab soalan saya dan.sedikit penjelasan mengenai isu ini..

  6. saya nk sgt ada umh sndri
    tpi sya msh muda
    kerja swasta
    gji sya n suami dicmprkn dkt 3k
    ini rumah pertama nk apply
    saya dan suami lyk ker?knp ssh org swasta nk buat loan
    ..mcm terpinngir pon ader

  7. Maaf mencelah…loan mbsb ni x slh ramai yg ckp utk yg kerja kerajaan jek…tp,hubby sy keja separa kerajaan bt loan rm20k thn lps,alhamdulillah….lulus…dan dlm 2 mgu je dah dpt duit…tp loan mbsb ni dia akan cover loan kita dgn bank lain.atau dgn mbsb sndiri…contoh u ada loan lain dlm rm5k, u pinjam rm50k….dia akan byr loan rm5k u,and u akan dpt dlm rm45k….ok la kan…klu dah tau mcm 2,apply la lbh ckit kan….pas2 ada la tolak ckit2 duit proses….ni tgh berangan2 nk try loan skim rmh pertamaku mbsb plak….mintak2 lulus…..sape2 yg rs nak try 2,try la dl….mn tau rezeki….sbb skim kerajaan 2 mmg teramat susah nk lulus….

  8. cakap nk bantu rakyat,kebayakan belia yang sudah brkahwin blaklish..cube permudahkn ckit pinjaman ni.mcm tu baru namenye bantu..kalau mintak mcm2 tu namenye menyusahkn..

  9. Assalam…kak bee,nk tnya…kakak sya ada wt pnjaman perumahan dgn mbsb,tp belum habis bayor lg..dapat x sy nk masukkn nama sbg pemilik bersama

  10. Nak tanye kalu keje hotel lepas tak nak buat loan dan rumah tu plak rumah 2nd dan harga rumah tu dlm 97 ribu…. agak2 lepas tak?, sbb sampai bila nak menyewa je…nak juga rasa rumah sendiri.

  11. nama saya blacklist….ada tak cara saya ingin membeli rumah dengan bayaran ansuran.saya masih tidak mempunyai rumah sendiri.saya mohon bantuan kawan-kawan di luar sana sekiranya ada cara membeli rumah bagi nama blacklist seperti saya.

    • Kami adalah perunding kewangan, masalah blacklist, kesukaran mendapatkan pinjaman? Kami boleh membantu dengan memberi pertunjuk dan khidmat nasihat percuma.

      • Saya sudah berumur 38 tahun berpendapatan sekitar rm3000-4000 Masalah saya ialah mempunyai hutang sebanyak rm 10600 kerana loan kereta dgn cimb.yang telah ditarik.sekarang ni saya betul2 tertekan kerana belum mempunyai rumah sendiri walaupun telah bekeluarga dan mempunyai tanggungan..sedangkan akaun kedua isteri saya telah matang dan layak untuk membuat pendahuluan sebuah rumah.Setakat sekarang saya telah lebih 10 tahun menyewa dgn kadar rm400.bagaimana saya mahu menuelesaikan perkara ini ,bolehkah duit kwsp melangsaikan hutang dengan bank dan saya boleh memohon pembelian rumah pertamaku tanpa sebarang pendahuluan sekurang2nya untuk rumah berharga 25-50k.Ataupun ada cara lain yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah berkaitan.Jawapan pihak tuan amatlah dinantikan..sekian berbanyak terima kasih..

  12. Salam Puan. Bee! Dengar memang best jer kan pasal 100% Without 10% Downpayment, Tapi tu la banyak yang kena reject. Setahu Azie la, mereka amat menitik beratkan Eligibility & comitment.

  13. sya bkerja swasta sbgai pemandu excavator brgaji Rm3000 ke bwah layak ke? tak blacklist,permohonan rumah yg pertama..

  14. itu lah..sy pun pelik mcm mana kerajaan boleh kuar nga idea ni.. harga rumah mencecah RM400k, nilai bayaran bulanan adalah sebanyak RM2000++ sebulan..mana nak lepas pinjaman..mcm bee ckp pinjam RM150k pun x leh lepas..cemana nak beli rumah yg cecah sampai RM400K..x masuk akal tuh..dan rsnya mmg x terpikir pun kita nak beli rumah sampai harga RM400k, if pendapatan bukan rm10k sebulan kan..

    mahalnya ansuran bulanan utk rumah RM150k, beli kat ner tu bee?, umah sy dlm RM222K n bulanan dlm RM1100++ sbln..tp loan gomen la..insuran mahal kot?
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Yang Ditunggu Dah Tiba : Cek Nuffnang Bulan Mac 2012My Profile

    • loan goverment memang murah dr loan swasta ni , rumah tengah2 bandar , ala rumah apartment dengan 3 bilik je pun , nak buat pinjaman rumah pertama ni tak boleh katanya , loan biasa boleh tp tk 100 % le .. cam mana tah syarat sebenar diorang ni
      puanbee recently posted..Master Chef Kecil Buat Cup CakeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge