Sistem pencernaan yang sihat sangat di perlukan buat anak-anak.

Semua ibu bapa mahukan terbaik untuk anak – anak. Anak saya nombor 3 bernama Laila telah pun masuk 5 tahun , tahun depan dia akan bersekolah tadika. Laila seorang anak yang manja , cakap pun masih pelat .. Keletah yang bayak , periang dan suka bergaya.. Dan …. Laila masih minum susu di dalam botol.

Kebanyakkan umur kanak-kanak seperti Laila tidak lagi minum susu menggunakan botol. Saya tak sampai hati jika melihat laila tidak minum susu botol. Nampak Laila seolah-olah tidak bermaya.

Akhir-akhir ini .. Laila meneran Susah puntuk ” poo poo “ . Walaupun saya telah cuba menambahkan makanan berserat dan memperbanyakkan air kosong di dalam sajian Laila. Namun bukan setiap kali berjaya. Saya cuba menggantikan susu lama Laila dengan susu jenama lain.

Agak susah sebenarnya jika ingin menukar jenama susu. Perlu lakukan secara berperingkat. Kadang-kadang Laila memilih rasa .. Susu mestilah kena dengan tekak Laila.. Jika tidak di komplen nya tak sedap.

mummy let it out

OH !!!!! Tidakkkk ….

Jenama susu apa kah yang dapat membantu ? Saya sebagai ibu ingin sekali mencari susu yang menjaga sistem pencernaan anak saya. Tidak mahu Laila merasa sakit ketika membuang air besar.

Baru baru ini, seorang promoter menghulurkan sekeping risalah kepada saya ketika saya sedang mencari susu untuk Laila. Menurutnya, susu Mamil mempunyai “prebiotik oligosacchrine gabungan scGos/LcFos secara bukti saintifiknya membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan kanak-kanak. Selain itu itu juga Mamil mengandungi DHA yang tinggi merupakan nutrisi diperlukan untuk tembesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Betul ke nie? Memandangkan saya pun sedang mencari susu sebegini untuk Laila, apa salahnya jika mencuba? Sekarang Laila sedang menukar kepada susu Mamil secara berperingkat. Harap-harap susu nie dapat membantu Laila.

Jika anak anda mengalamai kesukaran membuang air besar , saya sertakan sedikit tips untuk anda : 

  1. Apabila anak menjerit , menahan sakit ketika membuang air besar itu tandanya merika sedang mengalami kesukaran membuang air besar.
  2. Anda boleh cuba menukar sajian makanan anak-anak , lebihkan serat di dalam sajian seharian anak anda. Mana nak dapat serat makanan ? Serat makanan terdiri daripada sayur -sayuran dan buah buah-buahan
  3. Tukar susu anak anda. Kemungkinan anak tidak sesuai menggunakan susu tersebut.Pilihlah susu yang mengandungi prebiotik. Jangan berhenti memberi susu kepada anak-anak anda. Susu dapat menguatkan sistem imun badan badan anak-anak dan juga dapat meningkatan perkembangan otak anak-anak.
  4. Sistem pencernaan anak yang sihat akan membuatkan anak lebih cergas dan aktif untuk melalui pembelajaran dan menimba pengalaman setiap hari…

Sedikit tips dari puanbee .. Mummy with 4 kids..

10 Comments

  1. Mazni Azmi 17 August 2014 Reply
  2. hanari 16 July 2014 Reply
  3. Nurul 18 June 2014 Reply
  4. myrujukan 18 June 2014 Reply
    • puanbeeAuthor 21 June 2014 Reply
      • myrujukan 23 June 2014 Reply
        • puanbeeAuthor 26 June 2014 Reply
  5. diana 17 June 2014 Reply
  6. akubiomed 17 June 2014 Reply
  7. elly-daily 17 June 2014 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.