Sinopsis Filem Karipap Karipap Cinta yang mengisahkan Ali, seorang pemuda yang bersopan santun tetapi tidak memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya mengambil gambar kawasan yang kelihatan seram dan mengubahsuainya menjadi gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati kepada seorang kartunis, Sarah. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang menyelamatkannya kerana mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.

Ali mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai ustazah. Dalam usaha memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong dirinya juga pernah menuntut di universiti sama, tetapi akhirnya pembohongannya terbongkar.

Lirik lagu dan video OST karipap karipap cinta — >>>> link

karipap karipa cinta poster

Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terbabit dalam satu pertelingkahan sengit dengan rakan politiknya, Datuk Zaidan. Dia mendapat dokumen sulit dan ingin mendedahkannya dalam akhbar politik miliknya. Ali beranggapan dokumen itu akan merumitkan hubungannya dengan Sarah.

Trailler karipap karipap cinta

Release Date Hari Raya Pertama (2011)

Genre Komedi Romantik

About Adaptasi dari novel paling laris di pasaran – Karipap-Karipap Cinta

Description Filem bergenre romantik komedi ini mengisahkan Ali (Gambit Saifullah) yang bekerja di syarikat penerbitan majalah jatuh hati pada Sarah (Melia Aimellia) rakan sekerja teman serumahnya. Cuba untuk memikat Sarah, niat Ali sedikit terbantut apabila rakan serumahnya memberitahu Sarah merupakan pelajar terbaik lepasan Universiti Al-Azhar dan familinya juga bercadang untuk menjodohkan Sarah dengan seora…See More
Awards

OST ‘Sehabis Baik’ nyanyian & ciptaan Ana Raffali < --- klik untuk melihat video dan lirik lagu sehabis baik Pelakon Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Shawal AF, Eman Manan, Elyas Iskandar, P.Jagen, Shamira Azmil, Afizudin Fazil, Rosnah Johari, Patrick Teoh, Penampilan Istimewa – Chef Wan
Directed By Othman Hafsham
Written By Nazri Md Anuar
Screenplay By Nazri Md Anuar
Produced By Cinematic Pictures
Review by Puanbee.com (ekekek 🙂 )

Facebook karipap-karipa cinta LINK

Nota jari : lagi dari novel.. lepas ni nove yang best2 semua di filemkan lah ..Sinopsis Karipap Karipap Cinta Dan Trailer di bawakan oleh puanbee

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

About puanbee

Engage me on food review, product review, advetorial post and etc, do not hesitate to contact me at puanbeedotcom@gmail.com , thank you :)


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 thoughts on “Sinopsis Karipap Karipap Cinta Dan Trailer