SINOPSIS FILEM TERBARU SHAH RUKH KHAN, JAB HARRY MET SEJAL

Pasti peminat aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan tak sabar nak tengok filem terbaru lakonan beliau kan? Terutama akak – akak & makcik makcik tu. Peminat setia shah rukh khan katanya. Harus la tonton kalau ada filem baru dari beliau kan.

Yang pasti filem bollywood ni selain penuh dengan lagu lagu selalunya akan menampilkan lokasi tempat yang mempunyai permadangan yang cantik. Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk filem ni adalah menampilkan pemandangan indah di sekitar negara Eropah di mana filem ini menjalani pengambaran di lokasi pelancongan menarik seperti Budapest, Hungary, Amsterdam (Belanda), Prague (Republik Czech) dan Punjab di India

Filem Jab Herry Met Sejal ni adalah terbitan  syarikat produksi SRK dan isterinya, Gauri iaitu Red Chillies Entertainment.

Filem ni mengisahkan seorang pemandu pelancong bernama Harinder ‘Harry’ Singh Nehra (lakonan Shah Rukh Khan) bertemu dengan Sejal Zaveri (Anushka Sharma) yang melancong ke seluruh Eropah sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya.

Dalam percutiannya itu, Harinder atau Harry menjadi pemandu pelancong kepada Sejal dan mereka berdua menjelajah ke seluruh Eropah. Selepas percutiannya berakhir, Sejal menghubungi tunangnya untuk memberitahu kepulangannya ke India, tetapi tanpa disedari cincin pertunangan yang tersemat dijarinya sudah hilang.

Tunang Sejal mendesak dia mencari cincin itu lalu meminta bantuan Harry untuk mencarinya. Mereka terpaksa pergi semula ke semua tempat percutian yang pernah mereka lawati dan dalam pencarian it, mereka berdua jatuh cinta.

Jangan lupa saksikan filem ni yang bakal di tayangkan pada 4 Ogos di pawagam berhampiran anda.

Sumber : Buddiey.com

Speak Your Mind

*