putera rayyan tv3

Drama Putera Rayyan – Samarinda TV3

Posted by

Episod pertama drama ” PUTERA RAYYAN ” akan di tayangkan pada hari ini (31 oct) jam 10.30 di dalam slot samarinda TV3. Drama Putera Rayyan akan dilakonkan oleh Kamal Adli, Nad Zainal, Miera Liyana, Luftya, Aida Aris, Zila Bakarin, Shahee, Razali Hussin dan Zuhairi Ibrahim.

putera rayyan tv3

Sumber gambar : Fanpage TV3 Malaysia

Selepas baca sinopsis drama Putera Rayyan apa yang saya dapat simpulkan … kisah drama ini berkisar kisah alam rumahtangga , harta dan darjat jadi pertaruhan. Putera Rayyan berketurunan di raja menyamar menjadi pekerja di syarikat Dato’ Norman. Anak Dato’ Norman Arisa dan Anisa juga bekerja di situ .. kemudian terjadi lah kisah ala-ala bawang merah , bawang putih atau ala-ala drama ku milikmu . Tak nak cerita pepanjang disini .. korang tengok pun mesti dapat nilai .. tak begitu ?  Kalau penonton setia drama TV3 mesti ingat drama ku milikmu tersebut. 🙂 walau apa pun sama-sama nantikan episod pertama Putera Rayyan ni .

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *