Sekarang dah jatuh hati pada drama Little Star ni pula , tapi tengok lah kalau sempat memang tengok , best juga drama ni , saya rekemen kat korang .. hehe. Drama Little Star di tayangkan di dalam slot Azalea TV3 , drama ni akan di tayangkan setiap Isnin hingga Khamis Jam 4 petang.
Sinopsis Little Star
Kisah bermula dengan Helen (Jennylyn Mercado) dan kakak Paula (Sarah Labahti) yang berada di dalam perjalanan untuk melawat bapa mereka, Gener (Paule Allan), di Manila. Malangnya, kapal mereka bertemu dengan kemalangan. Manakala Paula akan diselamatkan segera, Helen ditinggalkan di laut dengan bayi yang ditemui di kapal. Dengan mereka adalah Dave (Mark Anthony Fernandez), seorang jurugambar yang baik hati dan kacak. Tidak lama kemudian, ketiga-tiga diselamatkan. Rupanya di antara Helen dan Dave telah pun ada satu hubungan erat iaitu anak mereka, Nino (Nicky Castro)
Adik Beradik Helen dan Paula kemudian mengetahui bahawa selain daripada teraniaya, bapa mereka gagal untuk menghantar mereka wang kerana Gener juga menyokong isteri barunya, Ruby (Maricel Morales), dan anak mereka, Joross (Jiro Manio). Walaupun pernah di tipu oleh bapa mereka ,Helen dan Paula tiada pilihan tetapi untuk tinggal bersama mereka. Situasi janggal meminta Helen untuk mencari kerja. Dengan bantuan Dave, Helen, seorang wanita yang muda, cantik, dan bertanggungjawab yang gagal menamatkan pendidikan di kolej akibat kemiskinan, tidak lama kemudian di terima bekerja sebagai pembantu kepada penyanyi sensasi , Gwyneth (Lovi Poe).
Gwyneth adalah salah satu selebriti yang berjaya dalam bidang seni yang berkembang kerjaya sebagai penyanyi dicemburui oleh rakan-rakan dan sezaman. Tetapi di tengah-tengah kejayaan itu, Gwyneth menghadapi dilema terbesar dalam hidupnya – bahawa dia hamil!
Dalam satu rancangan di panggil talk show,Gwyneth telah di soal dengan gosip terkini , adakah Gwyneth telah mengandung ? tetapi Gwyneth menafikan semua komplot dan mendakwa Helen pembantu beliau yang mengandung. Sebelum diketahui oleh semua orang, Gwyneth telah diminta Helen untuk menyokong kenyataan dan menerima upah untuk menjadi ibu kepada anaknya dengan sejumlah wang yang agak besar.Peminat Helen, Lester (Paolo Contis), yang merupakan seorang oportunis, menyertai perjanjian itu dan menawarkan diri untuk menjadi bapa kepada anak si Gwyneth tersebut.
Adakah Gwyneth akan meneruskan perjanjian itu? Adakah dia akan sanggup untuk meninggalkan anaknya untuk menjaga kemasyhuran beliau? Atau dia akan menjaga anaknya itu sendiri ?
Helen, pada usia yang muda, menerima tanggungjawab membesarkan kanak-kanak demi wang? Bagaimana jika Dave mendapati bahawa api yang dimainkan dengan Gwyneth dalam menyara anak tersebut ? Dia akan menyelamatkan anaknya dari pengabaian? Dan di tengah-tengah huru-hara, akan keajaiban cinta antara Helen dan Dave?
Pelakon utama
Jennylyn Mercado sbg Helen Estrella
Mark Anthony Fernandez sbg Dave De Leon
Lovi Poe as Gwyneth/Gwyneth Ramos
Paolo Contis sbg Lester Dimaano
Sumber : Promotv3 Youtube



[...] ini mempunyai 20 episod dan akan di tayangkan pada setia hari isnin-khamis jam 4 petang , pengikut drama little star mesti tahu [...]
Fuuu. Puanbee pun layan cite nii?? Saya dari episod pertama lagi tengoknyaa. Ceceyhh. HAHAH.
Yani recently posted..Bahasa Melayu ? Bahasa Budaya Bangsa
macam tak best..mungkin pelakon tak ‘cholo’ kut..hahaha
maya mustwany recently posted..BAYI KELAKAR
tapi bahasa tagalog ni pun ada iras iras bahasa melayu jugak kan..
incik GodamOtak recently posted..Kebakaran api vs Pemadam api
tgk sedutan di tv mcm menarik juge kan bee…
mase Kakak kecik2 dulu penah gak layan citer filipina ni… tp meleret2lah mcm sinetron indon…
Ummi Hanie recently posted..Kuruskan badan dengan produk homeopati
tak tgk ler bee coz semua pelakon tak minat.. hik3
Last week jam 9.30am baru abis ceta Stairway to heaven..
touching sungguh.. heroin akhirnya mati.. sob3..
skrg tinggal episod korea jam 12pm tv7.. dah nak habis juga..
nurmisnan recently posted..Cara pakai tudung dengan betul – Ustaz Don
bee pun tk kenal pelakon ni semua , apatah lagi minat , tp boleh le layan sambil2 jahit manik tu hehehe ..
puanbee recently posted..Buat Sendiri Laa ~
sejak disiarkan xpernah miss buka TV, ttp sibuk dok layan lappy…cerita entah kemana…ckp sorg2…hu.hu.hu….
nza recently posted..Akhirnya Keperingkat Negeri ?????
dah lah tk faham basa filipin yek ibu , layan je lah ..
puanbee recently posted..Buat Sendiri Laa ~
sblm berblogging ni, rajinla jugak layan citer2 kat tv..tp skang ni mcam dah tak sempat nk tengok..sibok sgt..haha
lin azlina recently posted..Cek ketiga Exabytes dan Gelang emas
haha sibuk dengan blog ya .. faham faham ..dulu bee gitu le , skrg dah tk larat layan blog
puanbee recently posted..Buat Sendiri Laa ~
cerita melayu pun tak layan skang nie, filipina lglah..
puan kutu recently posted..Terlebih Pandai
hehe wahh sibuk betul puan kutu kita ni yek..
puanbee recently posted..Buat Sendiri Laa ~
dah lama tak layan drama filipina ni, lagi pun masa tayangan tu memang tak dpt la saya nak tgk
kimmie recently posted..Anda tahu atau tidak iklan dan tagline ini
ye kimmie kerja kan , sebenarnya drama ni dah ada full di youtube , cuma tk de ranslate lah ..
puanbee recently posted..Percutian Ke Peneng Batu Ferringgi Dari Azmanisma.com
mcm best jer citer nih..sy penggemar gak drama filiphina..dh lama ke bersiaran..rugilah sy kalau dh terlepas
rina avail a.k.a cik betty recently posted..Petua Lembutkan Hati Anak
saya baru perasan 2-3 hari , tp rasanya tk lama sgt kot , sebab masih lagi di awal cerita .. boleh lagi kalau nak tengok tu ..
puanbee recently posted..Jahit manik di baju mahal